Monday, April 02, 2012

319 ~ P R....



Setiap perniagaan yang menjalankan perniagaan yg kerap jumpa pelanggan perlukan PR yang bagus... Baik tuanpunya mahupun pekerja biasa saja...

Hari ini akak mendapat 2 layanan yang sangat selesa sewaktu berurusan dengan kedai jahit dan kedai gunting rambut...

Asalnya akak hanya mahu cuba-cuba menempah sepasang baju anak di sini. Tetapi melihatkan PRnya sangat baik dari tuanpunya butik itu sendiri, terus akak keluarkan lagi 2 pasang kain untuk dijahit disitu. Tengok, bagaimana kuasa PR yang baik dan berhemah akan mendatangkan rezeki buat perniagaan mereka.

Begitu juga dengan salun gunting rambut yang akak baru cuba tadi. Selama ini akak pergi ke kedai gunting rambut yang berdekatan dengan rumah tetapi sebabkan kedai itu tutup, akak mencari hingga ke seberang sana untuk menggunting rambut.

Cara pekerjanya menyambut kita sebagai pelanggan, sangat memuaskan hati. Kita pun jadi lembut hati daripada hanya gunting sahaja terus cuci rambut sekali... Lepas tu beli shampoo yang digunakannya untuk mencuci rambut akak. Bayangkan jika dia buat acuh tak acuh dalam kerjanya... kita sebagai pelanggan tak happy dan tak akan datang lagi.


Alhamdulillah... pencarian tempat jahit baju dan tempat gunting rambut sudah dapat yang berkenan dihati....
Akan kesini sahaja lain kali....

12 comments:

  1. setuju tak kalau saya kata bangsa asing lagi bagus PR nya? tak caya cuba lah buat perbandingan sendiri..bukan kondem bangsa sendiri tapi kenyataan nya begitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes cikgu..
      sangat setuju...
      banyak dah saya jumpa.
      Sangat mengecewakan dengan sikap peniaga bangsa kita. Kita nak tolong depa, tapi depa memang tak membantu diri mereka sendiri.

      Delete
  2. IM juga selalu cuba membuat PR sebagus mungkin dengan pelanggan IM. Tak perlu tension atau serius tak tentu hala..

    Bila PR bagus, hati juga terurus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul IM..
      bila PR bagus memang segalanya jadi mudah dan terurus....
      hati tak sakit dan berkata-kata...

      Delete
  3. sudah dapat yang berkenan dihati..???
    best kan..?

    -sara-

    ReplyDelete
  4. salam kak
    salam rindu...moga akk sekelurga sihat hendaknya ;p

    betul juga tu, kalau mereka pandai mengambil hati, melayan kita tak sedar kita mesti tertarik dan terikat kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam buat sya juga..
      Alhamdulillah kami sihat2 adanya begitu juga buat sya,..
      (macam tulis surat dulu2)
      ha'ah.. kita jadi tertarik dan terpikat...

      Delete
  5. Saya sangat bersetuju dengan entry ni. PR yang baik akan menjadi buah mulut yang sangat berkesan. Begitu juga sebaliknya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle...
      memang bidang uncle memerlukan PR yg mantap.. akak setuju sangat2.

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata