Sewaktu akak bekerja dengan Muslim Convert Association Darul Fitrah di Taman Setiawangsa sekitar tahun 1991 dan 1992.., akak telah dipertemukan dengan dua tokoh yang amat hebat iaitu Brother Yusof Islam dan Sheikh Ahmed Deedat. Persatuan ini berkerjasama dengan Persatuan Kebajikan Islam MAS Malaysian Airlines System membawa masuk dua tokoh hebat ini.
Alhamdulillah... sessi lawatan mereka di Malaysia, Brunei dan Singapura berjalan dengan baik sekali. Sambutan yang diterima pada setiap majlis makan malam dan tengahari yang kami anjurkan mendapat sambutan yang baik sekali.
Pagi tadi, entahmacamana cerita mengenai Brother Yusof Islam telah akak ingat kembali sebaik seorang teman blogger menyebut nama itu. Rupanya dia juga meminati Brother Yusof Islam.
Sewaktu lawatannya di Kuala Lumpur, segala hal ehwalnya kami yang uruskan dari sebaik beliau tiba hinggalah waktu beliau kembali semula ke London. Pada hari akhir lawatannya akak dan Kak Norlida telah menemui Brother Yusof Islam di Subang International Airport untuk menyerahkan cenderahati buat isterinya Sister Fawzia. Kesopanan dan sopan santunnya dengan ciri-ciri Muslim amat terserlah sekali...
Allahyarham Sheikh Ahmed Deedat juga telah sempat akak bertemu dengannya sewaktu beliau berkunjung ke pejabat kami di Taman Setiawangsa. Walaupun dalam setiap ceramahnya akak turut serta, pertemuan diantara petugas dan kedua tokoh tersebut lebih mesra apabila dalam suasana yang berbeza dari waktu beliau hendak menyampaikan ceramah. Memang kedua tokoh ini diberikan Allah snw dengan wajah yang sangat bercahaya dan sangat bersih sekali. Masha'Allah.....
Al-Fatihah buat Allahyarham Sheikh Ahmed Deedat dan semuga rohnya ditempatkan bersama para solihin.