Thursday, August 25, 2011

1137 ~ Lauk apapun.. Janji masak sendiri..


Yang ini lauk masak sendiri Ikan senangin masak Lemak cili api dengan rebung....
.
.
.
.


Semalam lepas ambil anak2 sekolah akak agak sibuk sedikit... Pergi ke Bank dan membeli baju kurung anak2... Begitu begini balik rumah dah dekat pukul 6 petang. Takut nantinya tak sempat nak masak, akak singgah PaRam yang berdekatan dengan rumah. Dengan hati yang was-was akak membeli lauk untuk berbuka...
Was-was kerana pikirkan sedap ker... elok lagi ker.. macam2 pikir... - biasalah tu.

Balik rumah, terus salinkan lauk. Lauk yang dibeli ialah Ikan keli sambal, masak lemak pucuk paku, masak lemak pucuk ubi, goreng tempe dan kacang panjang... perhati betul-betul macam tak bermaya jer lauk tersebut... Terus akak buat sambal paru cili hidup dan goreng tempe. 

Akhirnya bila berbuka.... hanya lauk Paru bersambal yang habis dimakan. Yang lain tidak berusik... 
Ruginya rasa.....

Pengajarannya:

Masaklah apa laukpun yang sempoi... janji masak sendiri.... Jika malas sekalipun nak memikirkan apa nak masak, pergi ke Seksyen 7 Nada Meat Shop... kat sana dah sedia bahan2 nak masak dalam satu bekas. Pilih saja nak masak apa. Harapkan lauk beli, memang tak akan termakan.....

Antara contoh lauk masak sendiri ....
.
.
.
.
.
.


Tempoyak Kacau .... Hmmmmmm pembuka selera......






Ku berjanji kerna cintaku Selamanya dan tak akan pernah berpisah


LUEM

12 comments:

  1. setuju sgt2..lagi pun yg masak sendiri ada perasa istimewa..kasih sayang.

    ReplyDelete
  2. Betullah..masak sendiri memang laju jer anak2 dan suami makan..

    ReplyDelete
  3. dil mmg stuju mkcik...biar x sedap,biar sikit,biar x lawa,biar apepun....yg penting air tangan sendiri lagi terbaekkkkk...tmbahan pula kalau seorg ibu yang masak lagi menjilat pinggan..kan aisyah kn? :-p

    ReplyDelete
  4. Sambal tempoyak goreng lagi sedap...

    ReplyDelete
  5. Betul Kak. Bukan saja tak bermaya, rasa tak sedap nasib tak baik, basi lak. Buat sakit perut saja.

    Masak sendiri, setakat goreng bilis, telur siram kicap pun syukur sebab dah gerenti sedap!

    Akakkkkk! Tempoyak Kacau? First time dengar. Tapi saya suka! Sebab saya panggil Tempoyak Pucuk Ubi! Yummy!!!1

    Ramadhan 26th: “Bang Berahim, tolong Bang Berahim!”

    ReplyDelete
  6. Cikgu...
    YES.. perencah yg tidak ada dikedai...

    ReplyDelete
  7. kak nani...
    betul...
    dan seronok kan bila lauk kita habis...:)

    ReplyDelete
  8. Dil..
    kalau tanyakan pada Aisyah... hmmm mmg dia suka.. siap puji lagi berkali2...

    ReplyDelete
  9. IM..
    kena bg resepi lah.. saya tak biasa sambal tempoyak goreng... yg goreng sambal ikan bilis dan dimasukkan tempoyak itu ker?..

    ReplyDelete
  10. Amy...
    mmg best... masak shendiwi.. shendawa shendiwi...

    ReplyDelete
  11. Azie..
    yes goreng ikan bilis dan telor siram kicap pun dah sedapppp.....
    tempoyak pucuk ubi...
    mcm2 dipanggil.. rasanya sama jer...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata