Saturday, August 06, 2011

1114 ~ Kisah masa sekolah...





Waktu sekolah dahulu, kami ada bas sekolah sendiri. Bas sekolah yang akan membawa kami ke mana-mana sahaja sekiranya ada kegiatan/lawatan luar sekolah. Bas tersebut juga mengambil dan menghantar penuntut setiap hari dari rumah ke sekolah. Bas sekolah yang berwarna biru mengikut kaler lencana sekolah kami. Bangga sungguh kami dengan bas tersebut.

Waktu balik sekolah akak selalu menaiki bas tersebut. Route rumah akak sebenarnya tidak berapa jauh dari sekolah. Patutnya akaklah antara penumpang yang tiba rumah dahulu. Tapi..... akak lebih suka menjadi kelindan bas.. berdiri di tangga bas dan mengikut bas hingga habis penumpang dalam bas.

Kakak Halipah yang menjadi konduktor bas selalu mengajak akak menemankan dia menghantar murid2 hingga destinasi masing-masing. Masa-masa begitu akak seronok menemankan kak Halipah dan kadang-kadang kami singgah di satu destinasi untuk minum-minum. Destinasi yang paling jauh yang dihantar ialah Lembah Jaya, Ampang. Berdekatan dengan Taman Rekreasi Bukit Belacan.

Jika adalah anak-anak akak yang mengikut jejak langkah ini... memang nahaslah.... kerana bahaya.


Kumencintaimu lebih dari apapun


LUEM

6 comments:

  1. doktor...
    ini kes tak bagitau mak...
    kalau dia tahu...
    NAHAS!!!!.....

    ReplyDelete
  2. Ohh..mak buleh buat, anak tak buleh ehhh...hehehe.

    ReplyDelete
  3. Ate...
    mak dia jenis 'brutal'.. sumer boley...
    anak dia ken.. mak dia dah didik baik2....
    mak dia terlepas pun sebab nenek dia tak nampak... kalu nampak... kena perintah turun dan-dan tu jugak...

    ReplyDelete
  4. sya pun ke sekolah naik bas, seronok dulu masa muda2 pelajar pempuan duduk belakang lelaki jangan harap!!! hehehehe....

    ReplyDelete
  5. Sya...
    zaman sekolah memang banyak kenangan manisnya...
    Ken????

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata