Sunday, August 14, 2011

1124 ~ Balik Kampong Paling Sekejap...


Puasa dah masuk hari ke 13.. baru kami dapat balik kampong untuk berbuka puasa... dengan jadual tuition anak2 yang dah di ubah kepada hari Sabtu dan Ahad pada bulan puasa ini... makanya hendak tak hendak kami yang ingin berbuka puasa dengan FIL haruslah mencari waktu walau sekejap untuk balik ke kampong. Tak boleh tidak. Tengahari semalam selesai Qeeb habis tuition, kami bertolak balik ke Melaka.

Budak comel ini tidak sempat hendak sarapan dan mengadu kelaparan semasa dalam perjalanan. Abahnya singgah di Restoren Jejantas Air Keroh dan tugas membawa budak ini terletak di bahu ibunya... Kenapa ibunya yang di pilih? Sebab kalau kakak-kakaknya dan abahnya... depa tidak mempunyai tahap iman yang tinggi untuk menahan godaan ayam goreng yang berbau harum... kentang putar yang suam-suam... dan air pepsi yang hmmmmmm..... no komen.... Kita semua masih puasa...kan??????

Sempat berposing ayu lagi.....



Part ini memang takder umat yg tahan godaan di waktu sememangnya waktu lunch...
Ibunya sahajalah yang dapat menahan memandang harap PERCAYA  dengan penuh geram....



Langsai.. 2 ketul peha ayam...



Sekarang tiba bahagian yang di nanti-nantikan...
Sambal sotong Pasar Ramadhan Telok Mas...
Kak Faridah yang dah bertahun2 menjual sambal sotong ini menjadi tumpuan akak.
Walau harga sotong dah melambung naik, akak tetap membeli dengan kadar yang dapat memuaskan tekak.
- Menurut kak Faridah kalau tahun lepas sotong berharga 39hinggit sekilo tahun ini 68hinggit sekilo... Mak sedara yang selalu buat sambal sotong setiapkali raya pun berkata begitu... Memang harga barang2 dah melambung sekarang ni....



Di makan dengan Mee Goreng ..... Aduhai.. tak terkata nikmatnya....
Alhamdulillah.... Syukur sekali kerana masih diberi nikmat merasai kelazatan makanan yan digemari.



Yang ini juga sangatlah sedapppp
Ketupat dengan sambal belimbing dan serunding kelapa
Memang takkan jumpa di mana-mana pun bahagian di Bangi
Dah kenal penjual yang menjual kerana rasanya.... sama macam  'Mak sedara kita masakkan untuk kita yang blik kampong nak makan ketupat...' - macam itulah rasanya....





Pagi tadi.. selesai solat subuh kami dah lari balik ke rumah Bangi. Qeeb dan Ain ada kelas pukul 8pagi nanti...



Alhamdulillah....
Berbuka dengan FIL dapat... tuition pun dapat...



Hanyalah satu yang bertakhta di hatiku Hanya dirimu yang kusayangi... oh kasih...


LUEM

12 comments:

  1. Sekejap tetapi puas dan bermakna itu tidak boleh dinilai dengan wang maupun kata-kata.

    ReplyDelete
  2. Memang patut anak2 mencari ibu dan bapa utk berbuka sama..Alhamdulillah Rahmah sekeluarga dpt melakukan walaupun sekejap.
    Itu menjadi contoh yg baik utk anak2..

    ReplyDelete
  3. Harga sotong tu mmg melambung2 naik kan. Lama betul Ate tak makan sambal sotong tu.

    Bahagialah akak dah dapat balik kampung walau hanya sebentar. Raya balik lagi ke?

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum ...wah,mmg sangat sekejap..sangat rushing..tapi walaupepun mesti sangat bermakna....huhuhu..klolah dapat balik sekejap camtu?huhuhu...
    (waduh..teruja tengok c aisyah makan kfc tu..rndu kfc m'sia..egypt x best...kecik2...hehehehe)

    ReplyDelete
  5. IM...
    sememangnya...
    bila dapat berkumpul dengan ibu/bapa untuk berbuka..memang terasa nikmat kepuasan yg tidak terhingga....selagi ayah/ibu kita masih ada...

    ReplyDelete
  6. kak nani...
    memang dah jadi rutin kami balik berbuka dengan ibu/abah.. ibu saya dah meninggal baru ni.. lagilah terasa sangat untuk balik berbuka dgn abah di melaka...
    mudah2an anak2 kami akan dpt merasai rasa kasih dan sayang yg serupa terhadap kami bila mereka dah besar nanti...

    ReplyDelete
  7. Ate..
    harga sotong kering gred yg paling baik ada mencacah hingga seratus hinggit... tak main2...
    balik berbuka di melaka mmg jadi acara tetap kami... selagi abah masih ada....

    ReplyDelete
  8. Dil...
    jika jarak dekat mcmtu mmg patut sgtlah berkejar balik... kami pernah tinggal di Penang dan selalu jugak balik melaka untuk berbuka...tp kalau ada urusan mcm tuition tu, mmg tak payah tuition lah... tak terkejar rasanya.... tp balik berbuka di kampong dgn abah tetaplah balik...
    bila2 u balik bercuti nanti..buat list... setakat ini tutti fruitti dan KFC...:)

    ReplyDelete
  9. memang ayu la aisyah. senang ye dekat boleh lari balek. :)

    ReplyDelete
  10. madora...
    Itulah makanya kami suka tinggal dekat2 dengan keluarga... dulu masa suami bertugas di Penang, nak balik melaka sampai satu hari perjalanan.... penat rasanya.... dapat KL-Melaka dah bersyukur sangat walaupun tak sama negeri tapi bila2 nak balik, senang.....

    ReplyDelete
  11. Salam kak..kg akak kat mana..? teluk emas tu da dekat ngn kampung tok nenek aini...- Aini JB

    ReplyDelete
    Replies
    1. sori AIni...
      baru nampak your komen..
      kampung suami akak di Kg Pernu, Umbai, Melaka...

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata