Malam ke 21 Ramadhan...
Selepas berbuka, kami ke Masjid Besi PutraJaya... Alhamdulillah... dengan ramainya jemaah terasa kemeriahannya menyambut malam ke 21 Ramadhan. Kereta jemaah melimpah ruah keluar dari kawasan Masjid sebagai tanda Masjid di makmurkan pada malam 21 Ramadhan. Syukur Alhamdulillah....
Akak memang suka melihat senibina Masjid Besi ini.
Kelihatan juga jemaah dari luar negara turut bersolat terawikh di sini. Rasa macam di Mekah Mukarramah pula..
Aisyah menjadi anak yang dengar kata tidak berlari-lari atau membuat bising... Rezeki kami juga... Alhamdulillah...
Pak Iman dengan anak-anak daranya.... Terbayang nanti bila anak-anak semua dah besar dan bekerja.. masihkah mereka sama-sama ke Masjid menyertai kami solat terawikh?..
Aras ini membolehkan jemaah wanita tidak perlu jalan jauh mencari tangga ke bahagian solat wanita. Melalui pintu masuk 4, amat mudah mencari dewan solat wanita dan tempat wuduq wanita.
Saja ambil untuk peringatan.. Level 6, C1.
Selepas bersolat terawikh kami semua di bawa ke Tutti Fruitti... Hadiah buat Aisyah kerana menjadi anak yang baik di Masjid... dan hadiah untuk tekak kami semua.... Thank You, Abah... - sebenarnya abahnya yang dah teringin nak makan Tutti Fruitti... dia dah suka sangat FroYo...
Ain dan Qeeb tekun mengadap Fro Yo masing-masing.
Cukup menikmati..
Peminat tegar Fro Yo....
LUEM
malu nak ngaku, tapi mesti percaya saya tak tahu buat ketupat dan rendang. memang tak reti dan tak minat masak. famili saya lebih suka lontong. beli aje kat pasar, 1 dua dolar. rendang ngecek kakaak ipar yang expert. hanya tolong mak masak lodeh, sambal goreng. tolong siapkan bahan aje ;)
ReplyDeletecantiknya masjid besi. cantik lagi kerana dimeriahkan pada malam2 akhir ramadhan. di sini anak2 kecik saya suka pergi kesebuah masjid ni untuk terawih kerana lepas solat boleh ambil icecream free.
Aisyah baru potong rambut ke? Dia nampak 'bulat'.
ReplyDeleteAte doakan mdh2an bila anak2 akak dah dewasa dan kerja pun masih suka pergi solat terawih bersama ibu dan abahnya. Rasa damai hubungan keluarga bila dapat melaksanakan ibadah bersama2, kan kak.
masjid yang besar dan indah sepatutnya jamaah juga ramai dan meriah dengan ibadah.
ReplyDeletepemandangan tasik pun cantik dekat masjid besi tu kan?
ReplyDeletebab tutti frutti ni yg nak tgok ni...adoiii, terliur sangat2..
ReplyDeletemadora...
ReplyDeletejgnkan u, akak pun tak tahu buat ketupat..-anyam daun kelapa menjadi sarung ketupat... tapi rendang, akak tahu sebab ianya mudah.. pakai campak2 jer...
Ate...
ReplyDeletebetul..Aisyah baru dibawa gunting rambut minggu lepas.. rambut raya tu... kakak Qeebnya cukup tak berkenan...
terima kaseh Ate atas doa Ate itu... Amin Ya Rabbal Alamin..
IM...
ReplyDeleteAlhamdulillah..
memang kelihatannya masjid yg tersergam indah itu dipenuhi jemaah.. Alhamdulillah..
Sya...
ReplyDeletemmg cantik...
sekali sekala mmg kelihatan bot yg lalu di tasik.. mmg indah..
salam
ReplyDeletekami sekeluarga ke sana pada hari Sabtu malam ahad
cikgu...
ReplyDeletedatanglah KL...
kita boleh jamu tutti fruitti..
pB...
ReplyDeleterezeki belum dpt jumpa..
kami pun ke sana hari sabtu malam ahad...