Wednesday, August 03, 2011

1111 ~ Selamat Hari Lahir Qeeb....





ALHAMDULILLAH...

Pertama2 sekali ibu mengucapkan syukur ke hadrat Allah Taala kerana kita sama2 dapat menyambut ulangtahun kelahiran Qeeb yang ke 15. Dan 15 tahun Qeeb bersama2 kami...

Banyak yang ingin ibu syukurkan.. Ada yang boleh ibu sebutkan dan ada yang baik ibu diamkan.. 

Sepanjang 15 tahun memelihara Qeeb, ibu terasa amat bertuah. Mendapat anak yang tinggi tahap tanggungjawapnya yang kadangkala tidak sepadan dengan umur. Awal lagi Qeeb dah matang. Ibu boleh bawa berbincang mengenai hal2 keluarga dengan Qeeb.

Sewaktu Qeeb berusia 3 tahun, Ain pun lahir. Qeeb banyak membantu bibik... yg paling ibu ingat ialah bilamana Qeeb membantu bibik mengambil barang2 keperluan Ain. Qeeb masukkan pampers, tuala, bedak, sabun dan minyak  angin dalam kain besar, Qeeb ikat kain tersebut dan bawa turun...

Sewaktu Aisyah lahir, dalam usia Aisya yang masih lembik dalam hari, Qeeb dah cuba2 memandikan Aisya tanpa pengetahuan ibu... Qeeb juga menjadi orang kuat abah dan ibu bilamana Aisya tak larat berjalan .. Qeeb akan mendukungnya.

Abah sering meminta bantuan Qeeb bilamana abah bertukang atau membeli alat dan perkakas elektrik baru... Ibu lebih suka menyerahkan sebahagian tugas ibu pada Qeeb. Alhamdulillah... kami dikurniakan anak yang cekap dan  banyak membantu kami lebih2 lg sewaktu ibu mula2 disahkan sakit dan dirawat di hospital. Adik beradik banyak yang Qeeb uruskan...

Apa yang ibu doakan sempena hari ulangtahun Qeeb adalah ibu mendoakan Qeeb berjaya dalam apa yang Qeeb idamkan.. Jadi anak yang Solehah.. Bahagia di dunia dan di Akhirat.. Bertemu jodoh dengan suami yang menyayangi Qeeb dan tidak membuat aniaya pada Qeeb..- ehem... macam abah...

Tahun ini Qeeb akan menduduki peperiksaan PMR.. ibu doakan kejayaan buat Qeeb..


Selembut bicara
Sehalus sentuhanmu
Layangan pesonamu



LUEM


20 comments:

  1. hepi besday qeeb~~

    *mak bagi hadiah apa?

    ReplyDelete
  2. happy beday qeeb...
    banyak perkara perkara baik sebagai anak yang dah qeeb buat pada ibubapa..
    semoga menjadi anak yang baik dan di senangi oleh semua terutama ibu dan ayah..

    ReplyDelete
  3. Happy birthday, Qeeb! Meh kita aminkan doa Ibu tu. Ameen. Semoga berbahgia! ;)

    ReplyDelete
  4. Terharunya baca 'pengakuan cinta' ibu pada Qeeb. Penghargaan adalah sebahagian dari cara melahirkan rasa cinta...
    Akak bertuah dapat anak sebaik Qeeb.

    Moga Qeeb terus menjadi anak yang Solehah, berjaya dunia akhirat, dicintai Allah dan seluruh manusia. Berkah dan Rahmah Nya senantiasa menaungi Qeeb. Selamat Ulangtahun yang ke 15 Qeeb.

    ReplyDelete
  5. Qeeb mmg boleh diharap. untung akak. :)

    ReplyDelete
  6. mudah-mudahan dewasanya juga sepertimana remajanya hari ini.

    ReplyDelete
  7. Hepi besday, Qeeb!!

    Nnt cuti lps SPM, Qeeb mai SP, kita pakat2 buat renovation umah kami, nak?

    Akak, mmg sifat positif Qeeb nampak terserlah masa kita jumpa dulu.. Sejuk peyut akak dpt anak yg mcm tu.. Pssstt!! Peyut sejuk sapu minyak telon bagus, kan?

    ReplyDelete
  8. Akak
    Boleh klonkan Qeeb untuk I tak?
    Happy birthday Qeeb. Jgn cari jodoh orang Korea k? cari yg dekat2 jer daah :-)

    ReplyDelete
  9. Bujal...
    terima kaseh....
    makcik tak beri apa-apa... makcik tak kerja... takda gaji... makcik beri kasih dan sayang saja pada qeeb...

    ReplyDelete
  10. Terima kaseh Sya...
    Amin...Ya Rabbal Alamin.

    ReplyDelete
  11. Lili..
    thank you...
    Amin Ya Rabbal Alamin.

    ReplyDelete
  12. Ate...
    Terima kaseh atas doa Ate itu...
    Alhamdulillah... akak memang rasa walaupun ALLAH tidak mengurniakan kami anak lelaki, memiliki Qeeb sudah cukup membahagiakan kami...

    ReplyDelete
  13. gB..
    Alhamdulillah...
    begitulah hendaknya seterusnya.. Qeeb menjadi pembimbing dan pelindung buat adik beradiknya bila kami dah tiada nanti...Insya'Allah.

    ReplyDelete
  14. IM...
    Terima kaseh..
    Semuga itu jugalah yang sangat kami harapkan. Agar Qeeb tidak berubah dan menjadi pelindung buat adik beradiknya.

    ReplyDelete
  15. Ja..
    terima kaseh...
    Lepas SPM.. u amiklah sejam dua...- baca dengan teliti...- i hanya boleh verpisah dgn anak2 i sejam dua sahaja tau!!....
    Peyut i tak jadi bila sapu minyak telon.... itulah masalahnya....

    ReplyDelete
  16. kak som...
    Terima kaseh...
    U dah berbunyi macam Ain yg suka cerita pasal klon...hehehehehe...
    Memang i pun doakan agar Qeeb janganlah pergi jauh ke Korea dan berkahwin dengan orang sana dan tinggal di sana...
    Ooooooooooooooooooooo tak sanggup i....
    meh sama-sama doakan dia dapat orang dekat2 Bangi ni...

    ReplyDelete
  17. Alhamdullilah, Qeeb anak yg baik =)

    Selamat Hari jadi Qeeb, Semoga Hidup Sentiasa Diberkati Allah, Hepi2 Selalu & dpt keputusan yg cemerlang dlm PMR nnt, amin....

    ReplyDelete
  18. Ai..
    Alhamdulillah...
    terima kaseh... Amin Ya Rabbal Alamin...

    ReplyDelete
  19. so sweet coretan ibu buat Qeeb. sure nangis kan bila baca. syukur Qeeb sangat membantu keluarga dan bertanggungjawab. Semuga berkat kebaikan Qeeb pada ibu dan keluarga, Qeeb akan berjaya dengan cemerlang pada peperiksaan tahun ini dan membanggakan ibu, abah, kakak, adik. Dan segala doa ibu makbul berkat ramadhan ini.Best la ibu doakan dapat suami yang baik macam abah :)

    ReplyDelete
  20. madora....
    terima kaseh atas doa you juga....
    Amin Ya Rabbal Alamin....

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata