Monday, February 21, 2011

958 ~ Ofis dan Hapis dan Muis


Opis..

Hari isnin.. tetaplah ke ofis.. datang sendiri ditemani Maher... dengan lirik 'Open Your eyes' yang tersangatlah syahdu... muzik yang hebat... membuatkan akak berdesupp jer ke ofis. Keluar seawal 7pagi dan tiba 715pg. Parking bawah pokok masih belum direbut... hak milik akak... dengan selesanya.... Hahahahaha.... Sungguh Gumbiranya....

Bila Akak bukak buku rekod kesihatan baru perasan yg akak dah buat kesilapan pada Jumaat lepas. Akak datang sebenar-benarnya dgn berat 62.5kg.... patutnya tarik air 2.5kg saja kalau hendak jadikan 60.5kg... tapi akak dah salah kira pergilah kira tarik 3.5kg... itu yang jd berat masa balik 59.5kg.... Satu kesilapan yang merbahayakan jugak... balik nanti memang kena belajar campur tolak dengan Aisyah. Dia boleh tunjukkan cara mengira dengan betul.....

Hapis..

Lihat dia sedang mencuba mengambil BP berkali-kali... Tanya kenapa... katanya BPnya tinggi kerana tak makan ubat dan tak tidur. Mak Ketam pun duduk dengannya sebentar. Biarlah Mak Ketam pun tak betul..tapi Mak Ketam akan pastikan Anak Ketam dipantau... Mulai hari ini Mak Ketam akan beri perhatian lebih sikit untuk Anak Ketam. Tak boleh jadi.. sebabnya tahun ini sahaja dah 4 orang pesakit sudah meninggalkan kami. Baru sabtu ni, satu pesakit melayu meninggalkan kami... keadaannya kelihatan agak teruk juga..

Muis...

Jumaat lepas Muis takder.. Rasa sunyi sepi..sebaik nampak kelibatnya menyorong kerusi roda Pakcik Salleh.. ceria sikit sebab Muis memang suka tersenyum bila diusik akak.
Bila Muis yang menjaga Pakcik Salleh.. memang penuh ketelitian. Disediakan makanan dan keperluan pakcik Salleh... hinggakan kami-kami pun turut dibantunya....

Memang nampak keikhlasannya menjaga Pakcik Salleh. Kerana.. akak pernah melihat bagaimana ahli keluarga pesakit tak dapat menyembunyikan riak wajahnya bila kena melayan karenah pesakit yg juga ahli keluarganya... Sedih sungguh bila akak perhatikan pasangan tersebut dan bayangkan jika ianya berlaku pada diri sendiri. Tentu 'rasa nak sihat semula' pun boleh merosot bila tanpa support dan kasih sayang.



terima kaseh sayang atas perhatian dan kasihmu...kebahagiaan itu bila bersamamu


LUEM

6 comments:

  1. Akak
    Mahap bertanya. Nape you tetiba jadi Mak Ketam?

    ReplyDelete
  2. kalau buat kari ketam pun sedap jugak...lama tak makan ni...

    ReplyDelete
  3. bila buat tugasan dengan keikhlasan... akan datang rasa kepuasan kan ...

    ReplyDelete
  4. Kak Som...
    Jika you baca semula entry i bertajuk 'macam2 ketam' u akan dapat jawapannya....
    Tentu u heran sebab i bukan zodiak cancer....

    ReplyDelete
  5. Uncle...
    kalau akak, ketam sedapnay masak lemak cili api dengan nenas... memang sedappppp

    ReplyDelete
  6. Chik Att...
    Sememangnya.... dengan keikhlasan datang kepuasan... ianya memang berganding sama...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata