Wednesday, February 02, 2011

938 ~ Kisahnya yg seterusnya hari ini...



Gambar yang dijanjikan...
Sekitar hospital jam 700 pagi...
Cantik langit yang kebiruan...



Langit yang beransur terang...
dari kegelapan subuh...



Inilah teman dialysis 'H'...
Usia baru 21 tahun..
telah 5 tahun dialysis...
masih muda sangat untuk dikongkong dengan berbagai sekatan minuman dan kesihatan... akibatnya bila terlebih minum air, nafas menjadi sesak..
Akak nak nasihatkan jangan minum banyak pun tak sesuai rasanya.. Umpamanya ibu ketam mengajar anak ketam berjalan lurus... tapi bila melihatkan keadaannya yang pucat mukanya dan berkerut menahan kesakitan di dada akibat sesak nafas (overload).. terasa hiba juga. Teringin nak habiskan masa duduk berbual dengannya untuk mengenalinya dengan lebih rapat dan nasihat sekadar yang mampu... tapi kelihatannya dia sedang nyenyak tidur sewaktu akak habis dialysis tadi.



Ini pula kak Jamilah.. yang baru-baru ini kelihatan amat teruk sekali tahap kesihatannya. Hampir 2 bulan beliau dirawat di wad akibat tangannya di potong sehingga 2 kali. Sekarang setiap selang sehari beliau harus datang ke hospital untuk cuci darah dan cuci luka di tangan yang dipotong.



Selesai dialysis, akak pulang dan mengambil anak-anak untuk dibawa makan tengahari dan makan yogurt di Tutti Frutti... Qeeb telah kemari sejak 3 hari berturut-turut.. Nampaknya Frozen Yogurt ini menjadi kegilaan baru untuk tekak kami anak beranak....
Bukan nak bantu kempen... tapi memang best... lebih2 lagi ianya syarikat milik bumiputera... bila lagi nak tolong bangsa kita sendiri, ya dak????.

10gm - .53sen...

Pandai-pandailah agak sendiri sebab pernah ada yang terkena untuk 3 mangkuk yogurt sehingga RM80.00....


Pemandangan yang santai...
warna yang redup mata memandang...
selesa untuk duduk2 bertentangan mata santai sambil menikmati kesejukan yogurt yang sedap...



4 kanak-kanak riang...






Pulang dari Tutti Frutti singgah di Econsave sebentar. Ternampak Cool Blog yang di ceritakan Azie semalam... Try jugak... not bad....
Hai..lah... Segala-galanya air jugak...
ini yg boleh buatkan air meningkat...




berkasih bererti saling memberi dan menerima...

LUEM

13 comments:

  1. Mak ketam, kakak ketam.. dua2 I nak tangkap masak kari siang nnt..

    Kesian dgn H.. he's sooooo young!!

    ReplyDelete
  2. kesian H, dari usia 16tahun. muga dia cekal, sabar dan mampu menjaga airnya agar tetap sehat.

    hebatnya dugaan kak jamilah. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. muga kak jamilah tabah dan luka cepat pulih.

    wah 3 mangkuk rm80! kalau saya pun akan sokong syarikat orang kita. paling murah 1mangkuk berapa harga?

    dulu muda remaja belum ada zaman halal cert, saya gemar juga makan yami yogurt tapi sekarang kena cari yang berhalal cert saja.

    ReplyDelete
  3. Akak... tunjuk gambar hospital tu teringat, rasanya minggu lalu ada kes syiling hospital Serdang runtuh, kan?


    Hmmm try juga Cool Blog tu ek. Yang benarnya, tiada beza pun dgn Ice Blended lain, cuma kiosk tu memang menarik sebab pink dia sangat striking!

    ReplyDelete
  4. Ralat ejaa:

    syiling sepatutnya SILING.

    ReplyDelete
  5. Salam DM

    Suka tengok 4 kanak2 riang dan kesian dgn kak Jamilah.....

    ReplyDelete
  6. Kak Rahmah..saya dah try tutti frutti tu..kena 14 hinggit tapi sebab ade jusco card dpt diskaun..kena 12 hinggit lebih je...beli kat ioi mall tadi..kedai sana siap kongsi dgn darabif burger..next time nak try bege tu pulak :-)

    ReplyDelete
  7. Ja..
    u patut kesian dgn kakak ketam...
    tak patut u nak masak gulai....
    u kijam...

    ReplyDelete
  8. hani@debumelukut...
    terima kaseh ziarah... salam kenal dari akak...

    ReplyDelete
  9. madora...
    kalau kita ambil yang paling sedikitpun.. dalam RM10 pun okay.. puas jugak memakannya...
    Alhamdulillah.bila kita dah ada pilihan yg halal.. memanglah kita lebih gumbira nak mencubanya...

    ReplyDelete
  10. azie..
    yeppp...
    inilah hospital yg runtuh silingnya...

    ReplyDelete
  11. kak zah...
    kanak2 riang senang.. belanja aiskerim/frozen yogurt... gembiralah mereka...
    mudah sangat kan...

    ReplyDelete
  12. Aida...
    sedap kan???
    Puas hati rasanya...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata