Thursday, February 17, 2011

953 ~Terkenang-kenang suatu waktu dahulu


Tajuk Johor Tanjung Puteri
Selat Tebrau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu

Atas bukit Tanjung Puteri
Taman hiburan indah berseri
Pemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri

Tanjung Sekijang nun di kuala
Tempat nelayan mengail gelama
Istana Hinggap di Kuala Danga
Pantai berkelah keluarga diRaja

Dari Tebrau orang berakit
Singgah Setulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri


Sewaktu mencari-cari lagu lama.. tiba-tiba ternampak lagu ini dalam youtube. Memang pernah menjadi lagu kegemaran suatu waktu dahulu.

Tahun 1979, akak pergi bercuti ke Air Hitam, Johor selepas peperiksaan SRP. Pertama kali jalan jauh sendiri. Kerumah sahabat baik iaitu Nong yang dahulunya kami berjiran dan kemudiannya keluarganya berpindah ke Air Hitam, Johor.

Bercuti disana mengenalkan akak dengan kawan-kawan baiknya... Hubungan mereka memang sangat akrab. Akak diterima dengan baik sekali dan kami buat rancangan untuk mendaki Gunung Lambak di Kluang, Johor.

Kami seramai 6 orang iaitu Nong, Akak, Arwah Salbiah, Kak Ai, Kak Hendon dan Chik telah berjaya mendaki Gunung Lambak dan bermalam disana. Bila tiba malam, kami memasak makanan dan membuat unggun api dan bernyanyi-nyanyi. Dan antara lagu yang sangat-sangat akak minati sebaik mendengarnya ialah... Tanjung Puteri.

Bila dengar lagu ini dinyanyikan teman-teman.. memang sangatlah syahdunya... terasa nak jadi orang Johor pulak... ( Amacam orang Johor? Doktor singa, KOG dan kak som??..... terasa terkesan tak dengan lagu ini?...)

Kadang-kadang lagu memang memberikan kesan yang sangat mendalam kan?..


akan kusemai keihklasan hatimu.. akan aku semaikan...


LUEM

10 comments:

  1. siapa bilang gadis melayu tak menawan...sedap kan lagu dulu2

    ReplyDelete
  2. nanti kat rumah kita dengar, dia nyanyi baku ke? kalau baku, kensel, hehe

    ReplyDelete
  3. Akak,

    Semalaman saya mendengar lagu2 lama kat youtube jugak! Paling terkesan bila dengar lagu D'lloyds "khayal dan penyair"...

    ReplyDelete
  4. madora....
    lagu othman hamzah juga tu kan?
    btw.. dia kan senegara dengan u?

    ReplyDelete
  5. KOG..
    lagu2 macam tu memang dengan bahasa baku..
    tapi iramanya memang menarik...
    bayangkan..
    orang bukan johor pun boleh terminat...

    ReplyDelete
  6. Lili...
    nanti nak cari kat you tube juga...

    ReplyDelete
  7. Amy...
    lagu ni memang best...
    sama macam lagu Puteri Santubong dari Sarawak, kan?

    ReplyDelete
  8. cheh !!
    dia kata 'kualA' 'DangA' 'masA'

    .
    saya tak suka !!

    ReplyDelete
  9. doktor...
    masa dengar tahun 79 tu.. tak perasan pun
    kuala danga....
    baru pg tadi sedar...
    (lg haru..)

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata