Sunday, February 06, 2011

942 ~ Hendak Seribu Daya.... Tak Hendak Seribu Dalih


Sudah agak lama akak tidak bertemu dengan keluarga ini. Satu keluarga yang telah menerima akak dengan hati yang terbuka. Mereka membela akak setelah akak kehilangan ibu angkat. Penerimaan dari seisi keluarga Zuraida amatlah akak hargai dan kenang hingga akhir hayat.

Awal pagi kami sudah bertemu dan kami meluangkan masa untuk bersarapan pagi di Nasi Lemak Kukus Kg Baru....( Kali kedua untuk minggu ini...)



Selesai makan, Zuraida akak bawa pulang kerumah untuk menghabiskan masa dengan berbual-bual... Memang lama sungguh kami tidak berbual kerana dahulu memang kami akan selalu bertemu.



Puas berbual.. Zuraida akak hantar pulang kerana akak juga ingin sekali bertemu dengan Kak Long ( Kakak Zuraida yang pernah menganggap akak sebagai sebahagian dari keluarga mereka)..

Alhamdulillah... Pertemuan kali ini memang yang paling bermakna kerana akak memang sudah lama tidak berkunjung menemui Kak Long. Memang terasa rindu tapi selalu banyak saja alasan untuk menyedapkan hati sendiri kenapa tidak pergi jumpa Kak Long.

Kak Long yang sudah menganggap anak-anak akak sebagai cucunya sendiri....



Sebelum ini banyak sangat alasan akak tidak berkunjung menemui Kak Long. Selepas ini segala alasan itu tidak boleh akak guna pakai. Budi yang baik harus dikenang hingga mati.... Jangan jadi seperti anak yang tidak mengenang budi....

Inilah wajah orang yang menerima akak dengan senang hati.. di berikan kasih sayang tanpa berbelah bagi. Menganggap akak bagai saudara sendiri...



Inilah juga orangnya yang dari perkataan 'Hai, U dari sekolah mana??...' membawa akak menjadi sebahagian dari ahli keluarganya.



Tidak ketinggalan anak Kak Long yang di kenali sebagai Ras Adiba....
Sama-sama membesar dengan kami... banyak kenangan kami sewaktu membesar bersama-sama...



Alhamdulillah....
dan Insya'Allah.... akak akan selalu singgah dan bertanya kabar Kak Long juga....


Never thought i would fall so easily... never thought loving you makes me happy.... I love you...


LUEM

8 comments:

  1. Seronok bila bertemua kembali. Hubungan yang tidak terputus, sentiasa dekat di hati.

    Ras Adiba tu masih berkerusi roda, kan? Kesian dia, tapi bila tengok pada orangnya, semangat sungguh besar tu.

    Bila Mak Tarzan Membebel...

    ReplyDelete
  2. Akak, tanyalah I, I dulu skolah mana?

    Hancur body dikandung tanah
    Boodie yg baik dikenang jua..

    ReplyDelete
  3. mereka yang memberi kasih sayang tentu akan sentiasa disayangi. bagus akak teruskan hubungan dengan mereka, jadi anak2 akak akan sambung hubungan itu.

    ReplyDelete
  4. kak nani...
    salam...
    thank you.....:)

    ReplyDelete
  5. Azie....
    Ras Adiba masih berkerusi roda dan kecekalan beliau meneruskan hidup sangat mengagumkan.....

    ReplyDelete
  6. Ja...
    Ja dulu sekolah mana?
    boodie yg diberi.. dikenang hingga mati....

    ReplyDelete
  7. madora....
    mmg dah akak terapkan pada anak2...
    jikapun setelah akak tiada.. hubungan kasihsayang akan tetap diteruskan..... Insya'Allah...
    Kasih sayang mmg diterima dan memberi.. barulah berkesan...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata