Saturday, February 05, 2011

941 ~ Sendiri uruskan


Akhirnya bibik dah dihantar pulang. Banyak sangat songehnya...
Banyak pulak versi al-hikayat yang dia sebarkan kesana sini...
akhirnya jalan yg terbaik.... Kamu saya hantarin pulang ya....

Maka mulai pagi tadi, kami anak veranak bersama-sama menguruskan rumah.
Delegate kerja...
Yang sulung buat ini... Yang kedua buat ini...
setakat ini yang ketiga dan keempat belum ada tugas....


Kucing2 yang sebanyak 8puluh ekor tu... dihantar keluar dari kawasan dapur... dibuatkan tempat berteduh yang akan menghindarkannya dari panas dan hujan.
Nak diberikan pada orang rasanya tak sampai hati pula...
Abahnya dah bagi kata dua jangan sekali-kali pisahkan ibu kucing dan anak-anaknya waktu anak-anaknya masih lagi menyusu. Dan jangan buang merata-rata kecuali ada orang yang ingin membelanya dengan baik....

Untuk sarapan... dah buatkan nasi goreng...
itupun sarapan lambat....
jimat sikit masa nak masak untuk tengahari...

Bila dah petang... baru masak untuk makan malam...
Punyalah banyak lauk yang dimasak.... sehinggalah kami semua hanya mengadap satu hidangan iaitu Ayam Masak Kicap....
Mudah sangat...
Gorengkan ayam banyak2...
Separuh bagi budak yang tak makan cili ayam yang digoreng...
Separuh masakkan ayam kicap... letak segala mak nenek.... biar pedas dan ikut sedap selera...
memanglah sedap......
( Dah lama tak buat ayam masak ringkas2 macam tu... kalau tak tu.. selalunya masak lemak cili api dan masak rendang saja.... or masak kari.....)

Hari bebas dari maid yang datang dari ...............................




Love.. what've u done to me...


LUEM

8 comments:

  1. Laaa... akhirnya bebas yerr...
    Terpaksa lah berbagi tugas sesama ahli rumah.

    Elok juga begitu, kan?
    Esok nak masak apa plak KAK?

    Mesra di Maya Tidak Mesti Harus Mesra di Luar

    ReplyDelete
  2. I dok terbayang meja Akak yg pennnnnooohhh dgn segala mcm lauk-pauk.. hahahaaa...

    Tak kisahlah Akak, nak masak sejenis ke 10 jenis ke, rumah kita, kan? Yg penting skg the dapoq is all yours!!

    ReplyDelete
  3. rasanya tak pernah baca akak tulis pasal bibik. dah berapa lama dia bekerja dengan akak.
    saya memang tak selesa ada pembantu sebab tu tak mau kerja.

    ReplyDelete
  4. Azie...
    bila mengenangkan Aisyah yang kena bangun awal pagi kerana tiada yg menguruskannya sewaktu ketiadaan akak yg dialysis every alternate day.. rasa perlukan juga bibik dirumah.. tapi bila melihatkan seronoknya tanpa karenah orang asing di rumah kita... memang selesa hanya kita sesama anak veranak kita....
    ada pros dan cons jugak..

    ReplyDelete
  5. Sya..
    yess.. bibik yg Sya jumpa masa raya tu dah kami hantar pulang.. songehnya lebih banyak dari tuan rumah....

    ReplyDelete
  6. Ja..
    Memang betui kata u Ja... dapor itu telah menjadi hak mutlak akak... Muahahaha...Muahahahaha....

    ReplyDelete
  7. Madora...
    Akak memang dah tak boleh tolerate dengan perangai dan mulut bibik ini... nak cerita dalam entry pun rasanya tak berbaloi..
    Akak perlukan maid pada hari akak perlu dialysis kerana Aisyah bersekolah waktu tengahari. Hendak mengangkut Aisyah sekali waktu awal pagi, amatlah terasa sayu.. tapi buat sementara ini terpaksalah juga.

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata