Friday, February 11, 2011

948 ~ Seharian bertugas...


Semalam adalah hari cuti dialysis. Akak automatically menjadi suri rumah sepenuh masa... sejak dari bangun pagi.... hinggalah ke tengahmalam akak bekerja. U all bayangkanlah...

Sebaik bangun pagi dan ucap selamat pagi sebab mmg pun dah pagi... akak turun kebawah lihat apa yang patut akak lakukan. Longgokan baju2 kotor dah kelihatan bagai periuk api di vietnam... sebabnya bila nak jalan menuju ke dapur.. akak terpaksa koner sana, koner sini kerana tak mahu terpijak periuk api. Baju2 di asing-asingkan menjadi beberapa longgok kerana mengikut kategori...

Baju dan seluar kegunaan didalam, baju yg berwarna hitam..., baju yang berwarna putih, baju anak-anak... baju ibu dan abah dan tudung-tudung.. menjadikan 6 longgokan yang besar. Belum termasuk longgokan kain buruk.... semuanya tujuh longgokan. Dua-dua washing machine menjalankan kerjanya dgn baik sekali. Yang jadi masalah ialah Dryer... Fikirnya hendak basuh semua dan hantar keringkan di kedai dobi.. tetapi .. matahari semalam sangat terik dan tiada mendung..... teruslah menjemur... tinggal 2 load saja kain yg sudah dibasuh yang tak sempat nak jemur.

Siapkan Aisyah dan buat sarapan lagi.... Roti salut telor.... Selesai Aisyah naik bas.. akak dah selesai keluarkan ayam dan jemur baju2. Tunggu masa nak ambil anak saja...

Jemput Ain dan terus bawa pergi lunch sementara menunggu kakak2nya yg berdua lagi. Makan sebab mmg perut tersangatlah lapar sebab pagi tadi hanya makan roti telor sekeping.

Tunggu kakak2nya sampai dekat pukul 3 ptg. Balik terus masak..... yang hendak divanggakan ialah dalam sejam akak sempat masak Lauk Gulai Lomak Ayam Cili Api.... hebat tu....
Pukul 4 keluar semula kerana ada jemputan minum petang dirumah teman.

Balik dan siapkan makan malam....

Lepas tu...... (dah buat kerja sendiri...)

Begitulah sibuknya surirumah sepenuh masa......



Perhatian yg diberikan mengukuhkan rasa kasih, sayang dan rindu....


LUEM

12 comments:

  1. "aku buat kerja dari celik mata"- frasa mak saya kalau dah penat, hehe, sian mak² semua kan

    ReplyDelete
  2. pengorbanan seorang ibu .. isteri ....
    siapa yang tahu .....

    ReplyDelete
  3. lepas basuh dan jemur .. sila jadikkan 7 longgok juga ya!!
    agar senang digeledah oleh mereka yang memerlukan.

    ReplyDelete
  4. Salam Akak,

    Kerja rumah ni tak pernah ada penamatnya, tamat tak tamat pun bila kita pejam mata, tu pun kalau ada kerja belum beres, mata tak boleh nak pejam pulak.

    ReplyDelete
  5. KOG..
    betullah KOG.. mak-mak kita dulu memang lagi hebat kerja yang mereka lakukan manually. Menggiling cili, basuh baju semuanya sendiri... lagi hebat....

    ReplyDelete
  6. chik att..
    kalau mak-mak lain maybe sesuai namakan pengorbanan... saya ni ala-ala kadar jer...

    ReplyDelete
  7. doktor...
    terima kaseh atas saranan doktor...
    another 7 longgokan......
    betullah.. mudah nak cari kan bila dilonggok2kan macam tu...

    ReplyDelete
  8. Yan...
    memang kerja rumah tak akan habisnya...
    kita sajalah yang kena pandai-pandai menamatkannya kerana jika tidak kita pulak yang tamat....(kalau tak henti2 buat kerja.. mau fengsan...)

    ReplyDelete
  9. seronok kan jadi pengurus :)

    ReplyDelete
  10. Sesak nafas baca citer Akak!!

    ReplyDelete
  11. madora...
    memang sangat seronok menguruskan sesuatu tanpa gangguan...

    ReplyDelete
  12. Ja...
    itu u belum dengaq cerita akak waktu usia akak 18 tahun.... sangat menyesakkan nafas...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata