Sejak akhir2 ni akak rajinlah pulak nak memasak. Macam2 akak pelbagaikan. Akak pun agak heran jugak ni
Mudah jer.
Bitamin R datang.. Maka badan pun sihat nak pelbagaikan lauk. Dulu suka sangat tgk resepi tapi selalunya derhaka pada resepi.... Beli barang tp tak guna semuanyanya.
Akak pulak jenis suka ada bahan masakan lengkap dalam simpanan.
Akak kemas petiais dan terkejut lihat ada 15 ikat serai dlm simpanan. Mana taknya. Tiapkali nampak serai ambil seikat dua. Sebab suka kalau nak masak cukup bahan. Lama tak masak, berkumpul serai tu sampai 15ikat.
Ada juga bahan yg tak tahan, busuk sendiri dan terpaksa dibuang seperti timun jepun, cili benggala warna kuning.., kacang bendir, peria katak...
Tomato nasib baik tak cepat rosak.. Masih elok.
Melihatkan ada simpanan daun kari segar dan serai... Akak gugel resepi. Dapat resepi yg menggunakan banyak serai.
Ayam Masak Bali.
Gigih akak bangun awal mengajak Qeeb ke pasar. Sampai pasar terus order ayam bahagian peha sahaja. Kemudian cari sayur, bawang dan ikan.
Alhamdulillah. Semua lengkap.
Masak...
Hadilnya..
Kerajinan pulak tu.
Walau dahbeli sarapan, gigih juga menggoreng kuih keria...
Cerita ptg jumaat pula...
Kawan dialysis beri pes pecal dari Sg Besar.
Balik dialysis hari jumaat gigih cari kacang panjang, taugeh, sengkuang, tempe dan tauhu.
Malamnya makan Pecal.
Pernah cuba buat kuah pecal sendiri... Tak sedappppp.
Yang ini 'Berasa' sambal pecalnya.
Nak kirim lebih2 buat simpanan.
Tapi..
Andai Virus M melanda...
Demam... Sakit2 badan...
Makan beli jer...
assalamualaikum makcik..terliur tengok ayam tu..keria pun menwan hati...nyum nyum...
ReplyDeleteAssalam kak rahmah.. kalau nak simpan sayur2 or buah tu tahan lama ... letak dlm tipuware .. dlm tu letak tisu.. saya simpan semua sayur n buah mcm tu. Insyaallah elok mcm baru lagi..
ReplyDeleteBanyak bitamin R... best jugak..
ReplyDeleteAnak makchaq pun masak ayam bali baru ni sebab makchaq kata nampak sedap.. mak depa bitamin R cukup2 ja.. x lebih..he he
Tengok pecal tu, teringat ada kuah pecal segera dalam peti ais. Taugeh dan tahu pun ada...itu je la bahannya. Bolehlah kot... :)
ReplyDeletePecal tu mengancam! Sambal kacang tinggal tarok air asam jawa pun ada... Hehehe jadilah..
ReplyDeletesaya cuma syok tengok pecal tu...tak tahu mana nak cari....
ReplyDeleteSemalam makan pecal di rumah kenduri sedapnya....
ReplyDelete