Monday, March 07, 2016

725 ~ 2 Orang Veteran Bagi Ulasan Movie.


Lepas makan malam.
Buka movie The Marines 4.
Awalnya memang seronok lihat pemandangan dalam hutan Amerika. 
Pergunongan, sungai...

Jalan cerita tentang Hero seorang mengalahkan 20 penjahat.
Bila dah asyik di kejar dan diasak orang jahat.. Hero kekal maintain.. Luka kena sikit jer... Orang jahat seorang demi seorang mati.

Suami : Nampak tak logik... Org jahat bertukar dan tambah peluru.. Hero tak habis-habis peluru.

Isteri : Hero dapat xtra life macam main games. Unlimited life.

Suami : Rasanya ramai kena tembak tadi, tapi nampak orang jahat makin ramai.

Isteri : Mmg banyak bohongnya... Hero kena tembak sipi-sipi jer. Org jahat sekali kena tepat kat kepala...

Suami : Bukanker perempuan tu dah kena tembak ke tadi..?

Isteri : Dia guna life kedua lepas mati td.

Lama juga isteri dan suami beri komen cerita tersebut. Walau nampak tak logik... Tengok jugak sampai habis...

Padahal.. Control depan mata.
Tukar jer channel lain. Ini tunggu jugak sampai habis.

Penangan orang dah veteran.
Banyak tak kena kat mata.


Pemandangan mmg superb.
Itu jer yang berbaloi tunggu buat seorang veteran macam akak.

2 comments:

  1. Kakcik kalau tengok tv dengan abang, memang tak boleh fokus. Bila dia pegang alat kawalan, sekejap-sekejap dia tukar saluran. Kalau kakcik pegang dan fokus, nanti sekejap-sekejap dia tanya 'ini cerita tentang apa, ini siapa' dan macam-macam. Sudahnya bagi alat kawalan pada dia dan kakcik pejam mata... :)

    ReplyDelete
  2. Makchaq lama dah tak menonton... tapi masa cuti raya cina tengok cerita diwale... lagi tak logik.. tak habih pun tengok.. panjang sangat.. tak larat tunggu

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata