Monday, February 22, 2016

723 ~ Kasih Adik...


Semalam kami meraikan sambutan hari lahir kakak Zahrah. Kebetulan abahnya keluar daerah, maka kami berusaha melakukan sesuatu yang akan menggembirakan hati kakak.

Sambutan sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Sedikit makanan.. Sebiji kek dan cenderahati.

Kerana masing2 ada tugas masing masing.. Hanya akak dan qeeb berdua keluar membeli barang-barang keperluan.

Setelah kek dibeli... Menanti agak lama juga kerana kek yg dihajati belum dihiasi,.. Kami meneruskan singgah dibeberapa kedai lagi untuk persiapan majlis makan2 sekeluarga.

Asalnya kek tersebut dipegang oleh Qeeb. Tp bila dah asyik keluar masuk kereta dan keluar masuk kedai.. Qeeb meletakkan kek tersebut di bahagian letak siku kereta kami. Sedikit pun kami tak perasan kek tersebut berada di dalam keadaan begitu.

Sehinggalah waktu ingin membuat pusingan di lampu isyarat kereta agak  laju.. Terdengar bunyi benda jatuh. Namun akak dan qeeb mengambil masa yang lama memikirkan 'maybe benda lain bukan kek' yang jatuh sehinggalah smaa-sama teringat Nasib Cik Kek Kakak sejak kami beli tadi.

Memang bagai disangka kek dalam kotak tersebut terbalik.... Dalam hati puas berdoa janganlah jadi apa-apa pada kek tersebut.

Qeeb buka kotak tersebut perlahan-lahan.
Akak sambil tangan di stereng.. Dan berdoa... Intai kotak kek yg dibuka Qeeb.

Lama Qeeb tenung keadaan kecederaan Kek Kakak tersebut... Huruf hilang... Ising... Melekat pada kotak...
Coklat hiasan tak patah cuma senget

Nampak titisan airmata Qeeb jatuh
Mmg pemandangan yang sangat menghibakan. Sayu... Tangisan tanpa suara.

Akak nak mengambil hatinya..
" Kakak tu lembut hatinya.. Dia takkan marah kita bawa balik kek ni padanya.."
Qeeb terus pandang akak dan berkata
" Ibu kena pusing semula. Kita pergi semula kedai itu. Kalau perlu beli yang baru kita beli..".

Akak mengambil ringan kerana akak memang sedia maklum.. Anak sulong akak hatinya mudah bertolak ansur.. Kejadian yg berlaku tanpa sengaja mmg akan mudah dia fahami.... Lagipula akak dah kenal anak2 akak tak mana akan kisah sangat nak makan kek jika dibeli hingga 2 biji. Nanti jadi pembaziran.

Akak melihatkan ketegasan Qeeb mengajak pergi semula kedai tersebut pun mengikut saranannya.

Sampai kedai, pekerja di situ tumpang simpati  melihatkan kami masuk ke dalam kedai dengan Qeeb mata merah masih berair... Even sewaktu memberitahu pada pekerja di situ pun suara tersekat2 dan menangis2...

Puas dipujuk pekerja dengan mengatakan boleh buat hiasan semula dengan upah tak seberapa. Keknya tidak cedera parah hanya solekan mukanya jadi tak sememeh jer.

Nampak bagaimana kasihnya si Adik  hendak mempersembahkan sesuatu yg lebih sempurna buat kakaknya yang tersayang. Jika qeeb juga seperti ibunya yang 'tidak apa' janji boleh makan..... Tentunya sambutan harilahir kakak tidak semeriah semalam beserta dengan kenangan paling manis.


6 comments:

  1. Kakcik pula yang berairmata baca catatan ini...

    ReplyDelete
  2. Perasaan itu lahir atas didikan ibu dan ayah juga kak...

    ReplyDelete
  3. Makcik..sebak rasa di hati baca catatan ni..kasihnya keluarga hingga ke syurga..
    sanah helwa kakak zahra..

    ReplyDelete
  4. Amat perasa hati Qeeb. Alhamdulillah Akak punyai anak-anak yang baik budinya. Selamat Harijadi anakanda Zahrah.

    ReplyDelete
  5. Hishhh...tetiba masuk habuk pulak mata nehh....hbd dear!

    ReplyDelete
  6. Terima kaseh semua
    Entry ni mmg paling sebak

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata