Friday, March 18, 2016

727 ~ Pengalaman Beranak Kecik...


Cerita yg nak akak kongsikan ni diceritakan oleh empunya diri sendiri.
Jika ada pembaca yg merasa 'offended' akak minta maaf awal2. Ini cerita benar... Dari empunya badan sendiri. Jika dia mampu ketawa waktu bercerita dengan akak, maknanya tidaklah salah akak kongsikan kisah ini.

Sepasang suami isteri yang dah lama berkahwin mendapat anak angkat. Anak dari satu keluarga cina yang sanggup memberikan anaknya untuk dijaga oleh pasangan melayu. Selalu kita dengar kisah begini sewaktu tahun 50an,60an dan 70an. Malah beberapa orang jiran akak di Kg Baru mempunyai anak angkat dari keluarga cina memandangkan kawasan Kampong Baru dahulunya berdekatan dengan kawasan Chow Kit Road. 

Punyalah teruja setelah mendapat baby yang baru lahir untuk dibela membuatkan ibu-ibu yang membela anak angkat ini memberikan segala yang terbaik untuk anak mereka. Ada yang sanggup mengenepikan keperluan mereka sendiri tapi lebih menumpukan segala perhatian dan wang ringgit buat anak yang dibelanya. ALHAMDULILLAH... Ada sahabat akak yang akhirnya mengenang jasa ibu angkat yang membela... Dibelanya ibunya yang telah tua hingga ke nafas terakhir... Ada yang lari balik kepada keluarga asal dan ada yang terus meninggalkan ibu angkat dan ayah angkat yang membela.

Akak kenal mereka sejak kecil.
Sedih bila dengar cerita akhirnya mereka melupakan ibu dan bapa angkat mereka.

Okay.
Panjang2 kisahkan perkara itu pun tak akan habis.
Ini ada kisah paling lucu yang akak sendiri pun baru dengar.

Sewaktu lahir, sahabat akak A telah diberikan kepada ibu dan bapa angkat melayu. Pasangan suami isteri tersebut memang tak pernah membela anak kecil. Memanglah excited tak terhingga.

Hinggalah hari yang ke 15...

Ibu : Aku ingatkan budak ni buta....
Mata tak bukak-bukak.....
Rupanya tidak.....
Syukur Alhamdulillah.
Ada mata rupanya.

Mana taknya...
Baby melayu dan baby india kan sedia maklum matanya bulat bundar. Baru 3 hari dah bulat buka matanya...
Manakala baby cina kan payah nak lihat matanya terbuka....

Sewaktu sahabat akak ni menceritakan pada akak, mmg tergelak besar akak jadinya. Gaya ceritanya yg bersahaja.... Menggayakan keluhan ibundanya yg tak biasa membela baby mmg terasa lawak sesangat.

Kita dahulunya di Malaysia ini kaum Cina tidak keberatan memberikan anak perempuan mereka untuk dibela oleh pasangan melayu. Banyak cerita kita dengar pasangan melayu mendapat anak angkat dari pasangan cina. Sikap saling percaya dan mempercayai antara kaum memang tebal. Anak-anak tersebut rata-rata dibela dengan sangat baik dan sempurna oleh keluarga melayu tanpa dipersia-siakan. Ramai anak jiran akak di Kg Baru adalah anak angkat cina. Nampak bagaimana mereka dipelihara bagai menatang minyak yang penuh oleh keluarga angkat mereka. Alhamdulillah.

Sekarang dah tak berlaku lagi kerana tahap ekonomi kaum cina pun dah ramai yang kaya raya.


6 comments:

  1. Zaman dulu memang best ja kak tak ada prasangka zaman sekarang sikit2 racist...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguh Aina
      Kita harmoni tanpa prejudis..
      Alangkah bahagia jika berterusan sampai bila2..

      Delete
  2. Tapi kakcik sedih kalau anak-anak Islam dibesarkan oleh keluarga bukan Islam dan diasuh mengikut agama dan kepercayaan keluarga tersebut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau di Malaysia kebanyakannya bangsa asing yg dipelihara oleh org Melayu. Jarang sekali rasanya anak melayu dijaga bangsa asing. Mungkin belum jumpa.
      Cuma yg plg membimbangkan anak2 melayu dah dewasa sendiri pilih nak masuk agama lain demi cinta.

      Delete
  3. Keluarga makchaq belah abah memang ada campur India & Cina.. memang ada yang mata kecik sangat..ada yang mata besar pulak.. kulit pun ada yg putih, ada gelap ada sedang2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak chaq
      Beginilah Malaysia
      Kepelbagaian budaya dan bangsa...
      Tiada dimana2..

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata