Saturday, February 20, 2016

722 ~ Kena Ubah


Entry utk peringatan sendiri

Sejak 9tahun dialysis.. Macam2 rasa
Paling ketara berat badan

Pandai jaga air.. Berat kurang.
Antara usaha nak jaga air ialah puasa.

Jika tak puasa mmg tak boleh kawal air. Perasan macam minum taklah banyak mana. Tp bila timbang, haaaaaa baru terkejut... Tp dlm hati boleh menyebut..
" Laaaa.. Banyak rupanya..."

Then berulanglah selama bertahun2.

Kemudian jadi episod sesak nafas.
Air dah terlalu banyak maka nafas jadi sesak.

Selalunya sempat nak menyampai kehari dialysis seterusnya. Rasa lega bila air dapat dikeluarkan. Maka mulakan azam untuk kurangkan air.

Cakap nak kurangkan minum air mmg dah selalu. Kejayaan nak kurangkan mmg tidak pernah berlaku selagi tidak ubah tabiat minum. Air bikarbonat dan perisa teh, kopi yg pelbagai sentiasa menganggu diet akak. Kalau puasa pun... Pekena teh O panas pun boleh melarat2 hingga bercawan2. 

Kena ubah.
Kena ubah.
Kena ubah.

Tapi cammana?

Sesiapa ada cadangan?

6 comments:

  1. Allah..berat dugaan tu Rahmah...
    Kalau makchaq kena pantang ayaq x tau la macam mana..
    Berapa banyak ja boleh minum sehari?
    Mungkin guna cawan kecik.. hirup sikit2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya 500ml sahaja mak chaq
      Itu yg selalu dok babas minum
      Tp.. Mmg dah kena ubah ni

      Delete
  2. salam alaik makcik..dil penah lihat pengawalan air bg pesakit mcm makcik..dorg mnum dlm btol kecik dan hanya dalam botol tu aje yg blh diminum sehari dengan penggunaan straw..btol tu mcm cawan yg bertutup berstraw..blh letak air panas ...allah Allah..smoga Allah pelihara makcik..ameen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Disiplin makcik kena kuat dan ketat
      Itu yg belum ada dlm diri makcik

      Delete
  3. Speechless. Mental dan disiplin kena kuat...semoga akak tabah dan berjaya mengawalnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguh Uncle
      DISIPLIN
      kena terap dalam diri akak ni

      Aamiin

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata