Thursday, February 04, 2016

720 ~ Tak tau haribulan....


Seperti biasa sarapan pagi anak kami sediakan dengan minuman air kotak dan roti perasa jagung, vanila, coklat dll. Roti-roti tersebut dibeli dengan banyak mengikut tarikh luput.

Selalunya ianya bertahan 3hari dari hari beli. Makanya tiapkali beli mmg berlebih. 
Seminggu beli dua kali untuk menampung sarapan seminggu.

Pagi semalam akak dan anak sulong bangun dengan tak tahu nak sarapan apa. Akak dah berhenti dari membeli nasilemak tersedap di Bangi makanya akak akan sarapan makanan yang tidak menaikkan kolestrol seperti roti dan oats.

Akak lihat roti sarapan anak2. Nampak mmg banyak lagi. Lihat pada tarikh akak terkejut kerana tarikh luput adalah hari tersebut. Akak segera minta anak sulong akak makan roti yg bertarikh luput 4hb Feb. Banyak juga kami terpaksa habiskan dan tinggalkan roti yg bertarikh 5hb febuari. Mana yg terasa muak akak cicahkan dengan air nescafe o. Memang lancar lah. 

Lapang hati akak melihat roti tidak berbazir. Cuma tinggal roti bertarikh 5hb untuk esok.

Tetiba handphone akak berbunyi.

Ternampak tarikh di handphone hari ini adalah 3hb Febuari....

Hahahahahahahahahahhaa
Roti untuk sarapan anak-anak pagi esok kami dah habiskan... Hahahahahahahahaha
Mmg nak ketawa.

Ingat takmo membazir...
Rupanya kena beli pula.

Ptg ni tunggu roti lalu.
Beli roti untuk sarapan esok pula....
Hahahahahahahahah

Andeh dah strike back....


Tiada roti gardenia pula bai roti ni.
Terpaksa beli jenama ini pula....
Lainkali kena hati2 lihat tarikh luput.

6 comments:

  1. Hehehe...tak apalah awal sehari, kalau lewat? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lewat kalu....
      Ke tong sam pah ler jawapnya.

      Delete
  2. makcik..dil kan ikut petuao rg arab..nk rti tahan letak dlm pti..bila dlm pti yis x hdup katanya..jdi smua rti dil ltk peti..tapi kan anak2 suka rti..jadi..seharipun dh hbs..hehe..

    adui..sedapnyer roti kt ats tu..dil suka...selain dr gardenia jagung..nyum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makcik lebih suka gardenia
      Yg atas tu rupa ada, rasa elek...

      Delete
  3. angah pun tengah belajar nak tinggalkan makanan berat waktu sarapan..sebab dah rasa ter obesiti pulak diri ini..

    ReplyDelete
  4. Kita ni melayu
    Sarapan tetap hendak yg berat sikit....

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata