Monday, February 15, 2016

721 ~ Akhirnya pulang ke tempat asal.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Setelah 2 bulan mencuci di private dialysis centre dan 1 bulan setengah berulang di Hospital Shah Alam.. Akhirnya pagi Isnin ini 15hb Febuari 2016... Akak balik cuci di Unit Dialysis Hospital Serdang. Rindu dah shift pagi dan 1, 3 , 5.

Seawal pukul 4 pagi akak dah terjaga. Xcited tak terhingga nak balik semula mencuci di tempat yg dah berjasa selama 8 tahun. Shift pagi pulak tu...

Waktu di swasta akak dapat pagi tetapi 2,4,6. Bila nak kemana2 hujung minggu.. Akak harus dialysis dahulu pagi Sabtu baru boleh bergerak kemana2. Andai dapat 1,3,5.. Tengahari Jumaat dah settle bab dialysisi ni. Nak balik kampong hari jumaat tengahari tu pun boleh dah. 

Namun di Shah Alam akak ada pelawat yg tak pernah berkesempatan hendak ke Serdang atas faktor masa dan jarak. Kami bertemu pula di Hospital Shah Alam.


Tetamu pertama..
Datang dengan ibu mereka. 
Jodoh kami bertemu di shah alam.


Depa kenalkan kek dan pie yg sedap ini
Jika tidak mmg tak tahu kedai cake ini..


Teman sekolah yg datang nak buat surprise.. Akhirnya depa yg tersurprise...


Tamu akhir ini dua kali bertemu di Shah Alam. Terima kaseh Leen....

Akak rindu keramahan staff Unit Dialysis hospital shah alam iaitu Encik Nesh dan anak buahnya SN Shikin, MA Syahmie dan MA Fahmie. Semuga mereka terus  berkhidmat dengan cemerlang dan berjaya di dalam jawatan yang lebih tinggi.

Alhamdulillah.

12 comments:

  1. Macam sireh pulang ke gangang...selamat menoreh di kebun lama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahhaah
      Laling
      I suka ayat u ni
      Menoreh di kebun lama...
      Very gud one...

      Delete
  2. Alhamdulillah. Akhirnya belut pulang ke lubuk... :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...semoga Allah pelihara dan mudahkan urusan..ameen

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... hari/masa pun lebih sesuai... dekat pun dekat....
    semoga dipermudahkan urusan seterusnya...

    ReplyDelete
  5. semoga dipermudahkan segala urusan yang seterusnnya

    ReplyDelete
  6. muga dalam pelukan rahmat Allah...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata