Sebelum Aisyah lahir tahun 2005.. Kami pernah pergi ke Gold Coast, Australia.
Dah sememangnya waktu itu anak kami 3 org.. Maka hanya berlima sahaja lah kami.
Sekarang kalau kami nak melihat kembali gambar2 kenangan waktu di Gold Coast, Aisyah akan selalu berasa sedih.
Waktu kecil dahulu dia bertanya juga kenapa tiada gambarnya dalam gambar2 sewaktu kami di GC.. Kadang2 malas nak jawap sebab dia belum memahami sangat. Kalau dah dia jadi moody, waktu dia bertanya soalan begitu kemudiannya, akak akan jawap...
' Masa kami ambil gambar ni Aisyah sedang main pasir.. Panggil2 Aisyah leka...' - itu kalau gambar semasa di pantai.
Kalau di tempat lain..
' Abah sedang dukung Aisyah masa ibu ambil gambar ni '
Setakat sekali dua dia percaya. Tp kalau dah selalu dia tanya juga..
' gambar saya sorang2 tak ada? '
Hah!
Masak kita balik.....
Terpaksa pulak kalau kami nak lihat gambar2 sewaktu bercuti di GC, kena tengok sendiri2.
Aisyah tak boleh ada sama.
Jadi macamtu pulak ek?
Boleh kecilhati pulak anak dara bongsu tu...
Kalau dulu tak jadi hal. Rasa nak pergi tak pikir pun nanti tunggu anak bongsu baru boleh sama2 pergi nanti...
Ekekekekekek
Adapulak nak kena pikir sampai begitu.