Saturday, February 14, 2015

727 ~ Walaupun jauh..... Jika sudah Rezeki...


Akak mendapat jemputan dari ibu pengantin dan pengantin untuk menghadiri majlis perkahwinan di Institut Kraftangan Rawang di Templer Park.

Waktu sekolah memang sering akak ikut trip ke Hutan Lipur Templer Park bersama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM). 

Memandangkan akak memang ada ramai sahabat dari sekolah yg berlainan. Acara seperti itu yg dapat mempertemukan kami. Selalu kami tidak melepaskan peluang begitu. 

Kalau dulu bila ada acara .. Kami akan menaiki bas yang disewa khas dari ibupejabat PBSM.

Citer hari ini....

Sejak pagi akak dah berbelah bagi antara pergi dan tidak. Bapa mertua sedang mendapatkan rawatan di Hospital Serdang. Baru pagi semalam menjalani pembedahan. Rasa nak pergi kemajlis memanglah rasa keberatan yg amat.
Suami mengizinkan kerana yang menjemput sangat dikenali suami isteri. Cuma suami tidak dapat turut serta dgn keadaan abahnya berada di hospital dan baru dibedah.

Akak menghantar mesej pada pengantin mengatakan tidak dapat menghadirkan diri. Mesej diterima.
Namun hati akak rasa bagai tak tenang.
Akhirnya bertemankan Qeeb... Kami pergi juga memenuhi jemputan.



Berpandukan Waze.... Akak memandu mengikut jalan yg menghindarka akak dari kesesakan.

Dari rumah keluar ke Uniten highway-UPM-Mines-Bandar Tasik Selatan-MRR2-keluar ke jalan ceras HUKM kerana MRR2 mengalami kesesakan yg sangat teruk-jalan stadium-jalan Bank Negara-jalan kuching-pasar borong-templer park.
Akak nampak perjalanan arah Selayang-Kuala Lumpur mengalami kesesakan yang sangat teruk.

Setibanya kami terus bertemu ibu pengantin dan kami menjamu selera. Alhamdulillah... Rupanya dalam pada hati keberatan nak menempuh perjalanan yg jauh ini... Kami akhirnya tiba jua kerana sudah ditakdirkan rezeki kami dah tertulis disana. 

Pernah kami pergi ke majlis perkahwinan ygmana kami tidak dapat menjamu selera lansung... Even segelas air atas masalah salahfaham meja utk pihak pengantin lelaki berkurangan dan meja yg disediakan amatlah terhad. Dalam pada kelamkabut tanpa tempat untuk duduk... Kami (ahli rombongan yang terdiri dari 10 orang) pun pulang dan kami menjamu
selera di tempat lain.
- begitulah andai rezeki kita mmg tiada disitu.




Bergambar bersama ibu pengantin.

Perjalanan pulang pula mengikuti 
Jalan Ipoh-rawang kemudian masuk LATAR-lebuhraya Guthrie-Bukit Jelutong-Elite-Saujana Putra-SKVE-Silk Highway-Hospital Serdang.

Dua perkara besar terlaksana juga sudahnya.
ALHAMDULILLAH.

8 comments:

  1. bila rezeki, jodoh dan mati telah tercatat di loh mahfuz...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Besar hati tuan rumah bila kita memenuhi undangan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ALHAMDULILLAH...
      Syukur kesihatan pun baik ...

      Delete
  3. dah dekat sgt dgn rumah ai ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ai...
      Nanti akak pi umah Ai... Buatkan kipap buttercup datin biah ya....

      Delete
  4. alhamdulillah...sampai jugak akhirnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah
      Asalnya mmg berkira2 nak pi ke tidak...
      Mmg bercinta juga nak kena drive begitu... Takut kena kesesakan la... Nanti sampai lambat laaa

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata