Bila balik dari hospital mengikut laluan Bandar Baru Bangi... Memang akak perhatikan ada satu gerai makan baru bukak yang diberi nama 'Warung Ikan Bawal'... Kereta yg di letakkan ditepi jalan berhampiran gerai tersebut tak pernah kurang. Sentiasa penuh. Bermakna sambutan yg amat menggalakkan.
Setiapkali lalu di situ mmg akak keseorangan.. Untuk singgah dan menjamu selera sendirian mmg tidaklah. Mesti lebih berselera jika ada teman yang menemankan dan boleh bual2.
Tapi hari ini akak dah teringin sangat.
Akak parking di tepi jalan tidak jauh dari situ. Landmark gerai tersebut ialah warung roti canai atas bukit. Di simpang tiga antara Shell dan warung atas bukit.
Akak beli bungkus untuk anak2 dirumah olehkerana menu utamanya Ikan Bawal tp malangnya ikan bawal tiada. Mungkin kerana masih musim perayaan....
Akak mengambil 2 ketul ayam dan 2 ekor ikan kembong besar utk kami berempat beranak.
Ayam mmg betul2 baru diangkat dari kuali. Harumnya mmg semerbak. Agak ralat juga sebab tak dapat ikan bawalset makanannya ialah Kuah kari kosong, sambal belacan, sambal kicap dgn hirisan bawang dan cili dan ulam-ulaman.
Dalam perjalanan balik mmg bau sangat semerbak dalam kereta. Rasa tak sabar hendak menikmatinya.
Hidangan set begini mmg terkenal di bahagian utara negeri iaitu Pulau Pinang. Terdapat banyak warung yg menyediakan juadah yang serupa.
Melihatkan sambutan dari pengunjung gerai mmg sangat menyakinkan akak tentu rasanya lebih kurang sama yg terdapat di Pulau Pinang...
Ikut selera akak..
Bolehlaaa
Sambal belacannya mmg sangat pedas
Ikan dan ayamnya kalau dimakan diwarung lebih enak kerana baru keluar kuali...
Nak kena pi warung kat Pulau Pinang juga laaa mcm ni.
akak,
ReplyDeletewarung tu dekat Sg Dua ya.Dekat Alor Setar pun ada gerai ikan bawal yg sedap terutama kuah gulai dan sambal belacan dia.
Cikgu..
DeleteNanti bila2 ke penang mmg saya akan mencuba warung ikan bawal
tu.. In syaa ALLAH.
Saya pernah makan Bawal set dgn kari kosong, ilam dan sambal belacan begitu di gerai arwah Kumin di KD dulu.
ReplyDeleteSaya baru tahu rupanya ia sebahagian cara orang Penang...
Arwah Kumin yg pernah berlakon tu? Di Kota Damansara?
DeleteKalau kita cari di KL ni tentu ada kan?..
Ralat: *ilam = ulam.
ReplyDeletegojesnya rupa sambal blacan dia...
ReplyDeleteSambal belacan Datin Biah lagi Vogue dan gojes laaaaa...
Delete