ALHAMDULILLAH
Rentetan dari entry akak yg bercerita ttg tv dan surat.. Membawa kepada kenangan akak dengan kak Rosnah.
Bila dah teringat mmg laaaa akan ada rasa rindu. Akak mencari melalui FB nama anak2nya tapi tak satu pun dapat. Sehinggalah akak teringat nama seorang daripada anaknya yang bernama Rathady. Nama itu mmg menjadi kemarahan kak Rosnah sebab kesilapan waktu pendaftaran. Beliau mahukan nama anaknya Radhi tetapi kesilapan itu terjadi.
Sewaktu beliau mendapat Surat Beranak anaknya akak ada sama di situ. (Kan akak dah cerita akak paling rapat dgn kak Rosnah) waktu bidan kerajaan datang kerumah waktu beliau hendak melahirkan pun akak ada bersama... Waktu bidan mandikan anaknya pun akak pun sebuklaaaa sama... Sehinggalah waktu bidan datang mandikan dan lawat bayi selepas dilahirkan pun akak akan ada sama..... (Bini penghulu pun tak menyebuk macam ni.....)
Jadinya akak mencari di FB menggunakan nama Rathady... Alhamdulillah.... Dapat....
Tapi...
Makin akak scroll ke bawah, beliau diberitakan sudah meninggal dunia kerana banyak ucapan takziah. Aduhai.... Tak dapat lah nak tanya kabar.
Kemudian akak cuba hantar mesej kepada teman FBnya yg akak rasakan sahabat atau teman paling rapat arwah...
5 mesej serupa akak hantar pada mereka.. Agak lama juga akak menantikan jawapan.
Sehinggalah pagi tadi akak dapat balasan dari salah seorg teman arwah. Beliau turut memberikan no talipon isteri arwah dengan namanya.
Akak pun terus menalipon isteri arwah.
ALHAMDULILLAH...
Selepas akak mengenalkan diri dan bgtau serba sedikit mengapa akak hendak no talipon keluarga beliau, beliau pun memberikan akak no tel anak sulong kak Rosnah iaitu Roslin.
Akak pun terus menalipon Roslin.
ALHAMDULILLAH.
Beliau masih ingat dan kami berbual dengan bertubi2 soalan dari akak.
Paling sedih kak Rosnah sudah menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 2005. Manakala suami kak Rosnah pula meninggal pada tahun yg sama dengan pemergiaan anak kedua mereka pada tahun 2013.
Al Fatehah buat mereka semua.
ALLAHUAKBAR
ALLAH pertemukan kami semula.
syukur dengan kesungguhan diizinkan olehNYA untuk akak dapat jejak anak kak Rosnah, berkat nama yang unik. muga dapat disambung balik ukhuwah.
ReplyDeletemadora
Alhamdulillah
DeleteALLAH permudahkan urusan itu..
saya pun terfikir, mungkin ada dari kawan-kawan rapat saya dulu yang dah tiada lagi...
ReplyDeleteTak mustahil, IM
DeleteMesti ada teman2 kita dah lebih dahulu meninggalkan kita.
Al-Fatihah nuat mereka yg telah pergi... Kesungguhan demi subah persahabatan hanya Allah mampu membalasnya.
ReplyDeleteAamiin...
DeleteSemuga silaturrahim bersambung kembali...
alfatihah...tiba-tiba mata saya masuk habuk pulak dah...ishhh tadi takdak pulak ....
ReplyDelete:-)
DeleteSensitif jiwa uncle ni.....