Sejak minggu lepas akak berhutang air lebih 6 kilo.
Datang dialysis pagi Isnin lepas berat akak naik sehingga 73.5kg.
Rasa sangat sedih dan murung seketika. Akak berpuasa pada ahad sebelum tu. Jika tak puasa harus naik sehingga 7 kilo.
Ada kalanya memang akak dah rasa give-up. Rasa nak biarkan sahaja berhutang air dan bila dialysis tarik sampai 4 atau 5 kilo. Memang mustahil dibenarkan tapi kalau tidak mmg hutang air akak akan bertambah dari sehari kesehari....
Akhirnya akak mencuba kaedah berpuasa. Bermula hari ahad 14hb akak puasa, selasa 16hb ...khamis 18hb dan sabtu 20hb akak kuatkan semangat berpuasa.
Pagi tadi datang dialysis berat 71.5kg..
Lepas tarik air 3.7kg
Berat waktu pulang 68.7kg...
Akhirnya.....
Jika esok dan khamis akak puasa, akak boleh capai 67kg semula.
Hari isnin 15hb akak dtg dialysis dengan berat 73.5kg
Tarik 3.7kg
Balik 70.7kg
Hari Rabu 17hb akak datang dialysis dengan berat 72.5kg
Tarik 3.7kg
Balik 69.7kg
Hari Jumaat 19hb akak datang dialysis dengan berat 71.7kg
Tarik 3.7
Balik 68.7kg
Isnin 22hb akak datang dialysis dengan berat 71.7kg
Tarik 3.7kg
Balik 68.7kg
Rabu 24hb kalau boleh datang dgn berat (70.2kg)
Tarik 3.5kg
Balik 68.2kg
Jumaat 26hb kalau boleh biarlah datang dengan berat hanya (69kg)
Tarik 3kg atau 2.5kg SAHAJA
Balik 67kg.....
Apapun ALHAMDULILLAH
Syukur kerana akak org Islam.. Akak boleh dapat pahala kalau puasa.. Dan dapat bayar hutang puasa dan hutanh air.
ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
Tiada Nikmat yang ALLAH berikan yg ingin akak dustakan.
ALLAHUAKBAR.
Berikanlah aku kekuatan ya ALLAH.
Alhamdulillah bertambah nikmat bagi kita yang bersyukur, jaga kesehatan rawatan berkesan bertambah ibadah inshaaALLAH.
ReplyDeletemadora
Alhamdulillah
DeleteDengan cara ini banyak membantu akak.
Syukur.
Alhamdulillah...
ReplyDeletehikmah di sebalik ujian...
Alhamdulillah
DeleteMmg bersyukur saya kakcik
Dalam ujian banyak yg saya pelajari dan insafi.