Tuesday, December 16, 2014

696 ~ Baruku Tahu....



Masa kecik2 dulu kalau nampak pokok ni arwah mak kata inilaa pokok pisang kaki...
Kalau dapat peluang tgk dekat2.. Memang akak cuba cari buah pisang kaki tu kot2 adalah kat pelepah2 daun tu tapi mmg tak ado. Mana nak ado kan... Bukan pokok pisang kaki.. Namanya jer saja Pokok Pisang Kipas.

Kesian arwah mak.. Sampai akhir hayatnya tak jumpa pokok pisang kaki yg sebenar... Arwah mak yg mengenalkan pada akak makan buah pisang kaki. Awalnya mmg akak tak berapa gemar tp sebab arwah mak suka membelinya dan menghidangkannya.. Dari tak suka jadi suka... ;-( ( Al Fatihah utk mak...)

Baru2 ini sewaktu akak di Adelaide kakak sedara nak bawa akak lihat pokok pisang kaki tp sebabkan acara akak ni berbagai2 dalam masa yg sangat singkat.. Terlepas peluang nak melihat pokok pisang kaki. Tapi baru ni kakak sedara ada ambilkan gambar pokok ini sewaktu beliau pi rumah kawannya disana.



Sebab tak nampak pokoknya akak gugel gambar pokoknya..



Makanya dapatlaa kita semua menikmati bagaimana sebenar pokoknya.

Arwah mak kita dulu tak salah. Cuma sebab tiada teknologi gugel.. Depa dok menyangka pokok pisang kipas itu adalah pokok pisang kaki....

Masa bual2 dengan DHW grup.. Semua mengaku mak depa bgtau pokok pisang kipas adalah pokok pisang kaki.... Hehehehehehe... Jikalah para mak2 kita dahulu ada peluang mengugel... Depa sempat memperbetulkan tanggapan begitu.....
Tapi...
Itulah kenangan manis kita dengan arwah mak kita dulu kan???...

6 comments:

  1. Assalam Rahmah, lama akak tak tinggal jejak, sebenarnya akak dah lama benar tak surfing ke blog kawan2.
    Badan meragam jer.

    Alfatiha buat arwah mak.

    Akak pun first time nengok pokok pisang kaki ni.
    Makan selalu dan suka sangat2.
    Tak tahu samaada boleh hidup cuaca diMsia ni?

    ReplyDelete
  2. Takde macam pokok pisang pun, kan? Buahnya pun tak berbentuk pisang...macamanalah boleh dapat nama pisang kaki tu...:)

    Tapi kakcik suka juga makan buah pisang kaki ni....

    ReplyDelete
  3. jawa panggil buah kasemak ..

    ReplyDelete
  4. Sedap rasanya.Buah kegemaran selain delima.

    ReplyDelete
  5. Sedap ni kalau masak...btw, first time tengok pokok...hahahahaha

    ReplyDelete
  6. pisang kaki kat mesir banyak sangat...sampai kami x lalu nk makan ..murah je di sini...30 sen sebiji...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata