Sejak 6 november akak dah berhenti berpuasa setiap selasa, khamis dan sabtu. Leka makan dan minum.
Baru2 ni akak dapati pengambilan air yg tidak terkawal menyebabkan BP akak tinggi dan hutang air juga semakin bertambah. Selesai dialysis masih lagi berhutang air. Mula2 hutang 500ml, kemudian naik 1000ml.. Sekarang naik 3000ml.. Rasa dah melampau sangat ni.
Sejak ahad lepas 14hb december akak dah mula berpuasa sebagai langkah untuk mendisiplin kan diri ini semula. Alhamdulillah.. Walau ianya lambat tapi akak dapat kurangkan 1000ml pada dialysis hari rabu.
Harapannya mulai minggu hadapan akak sudah tidak berhutang sampai 3kilo lagi.
Semalam pemeriksaan doktor mmg banyak kelemahan dipihak akak tapi akak akan berusaha membaikinya...
Hari selasa puasa akak berbuka dengan penuh selera. Lauknya simple sahaja. Tapi Aisyah juga sangat berselera. Paling banyak aisyah makan nasi berlaukkan sup suun dgn petola dan fucuk.
Simple sangat lauknya..
Ikan goreng
Sup suun dan petola
Goreng ikan pelaling
Tapi....
Nikmatnya org berbuka dgn lauk begitu....
Hari ni hajatnya nak masak sambal ayam kicap dan sup suun dengan kentang...
Jom ke pasar kita menangkap ayam.
Kalau dapat kat kakcik sup suun tu, kakcik ratah macam tu je... Slurppppp... :)
ReplyDeleteKakcik boleh geng dgn aisyah..
DeletePeminat suun..
huhu...byknye terlebih kak. haritu pestime ai kene tarik 3kg sbb cuti cuci 3 hari. kejung kaki, sakit dada & pening nk pitam dibuatnya. tobat kak. pastu sib bek normal balik. air ai boleh control...tang mkn tu yg payah sbb skang ni selera ai tgh mcm hantu raye kak..haha..
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteAi boleh control air.
Kuatkan semangat ya Ai..
Hehehehe
Patutnya Ai nasihatkan akak..
berkahnya berpuasa..ya..
ReplyDeleteIM cukup balo la nak berpuasa walaupun ianya salah satu dari azam 2014 yang dah nak habis ni...hik!
Alhamdulillah
DeleteSetiap yg ALLAH perintahkan mmg besar barkahnya...
hujan hujan ni,selera makan bukan main lagi.Tengok ikan goreng dan sup suun tu pun dah lapar pagi pagi.
ReplyDeleteSetiap dari kita mmg pernah makan lauk begitu. Terasa2 kesedapannya..
DeleteSaya fikir bukan akak aja... saya pun dah kena start disiplinkan diri untuk kesihatan. Tapi kan... kombinasi lauk pauk tu macam kenaa sangat. Tak jadi nak disiplin!
ReplyDeleteKombinasi tu mmg penting, kan?
DeleteSimple tapi menyelerakan..
(Terasa pedih perut sbb puasa ni... Teringat lauk tu)
Kuatkan semangat gB kita puasa kalau nak diet.
Salam Kak.
ReplyDeleteKesihatan harus diutamakan...kesedapan tekak harus diberi keutamaan agak-agak kebelakang...Saya faham ianya susah dan saya juga begitu tetapi demi anak-anak, terpaksalah juga. Saya ada "cheat day" sekali seminggu dan selebihnya cuba mendisiplinkan diri di gym. Semoga akan sihat sentiasa! InsyAllah..
Waalaikummusallam uncle
DeleteJom!!!
Sama2 kita kuatkan semangat.
Demi keluarga yg dicintai.
Sup suun aina suka masak dengan kentang dan carrot potong dadu.
ReplyDeleteAkak tak pernah cuba letak carrot. Nanti nak tambah juga laaa.
Delete