Sunday, December 07, 2014

692 ~ Kisah Pemetik Cherry Dari Malaysia...


Ada beberapa kenangan manis akak waktu di Adelaide. Antaranya...

Hari Jumaat selepas dialysis akak dibawa oleh kakak sedara pergi memetik cherry di sebuah ladang cherry yg terdapat di Stella Creek Cherry Orchard, Plummers Road. Kiranya ladang tersebut agak jauh dari bandar Adelaide. Ianya di kawasan bukit2 dan agak tinggi.

Kakak sedara menggunakan jurupandu arah seperti Waze utk kesana. Kadang2 ianya berbunyi kadang2 senyap. Kami pun seronok berbual2 sehingga ada arahan yg diberikan tidak kami dengari.

Dalam perjalanan tersebut kami ternampak kaola liar sedang memanjat pokok, llama yang sedang dikurung di kandang... Pemandangan laut dan bandar Adelaide dari atas bukit.





Sewaktu lalu di kawasan begini kami ternampak Koala liar sdg memanjat pokok. Dek sebab teruja dan terkejut, akak lupa nak ambil gambar.

Olehkerana leka berbual dan tidak menghiraukan arahan yg diberikan oleh GPS.. Kami telah tersesat melalui kawasan hutan dan tepi lereng bukit yg jalannya berbatu dan berpasir... Agak menggerunkan dengan gaung yg curam di kiri jalan... Tak pernah akak panik dan cemas begitu. Tapi Alhamdulillah. Walaupun tidak mengikut arahan GPS.. Kami tetaplah sampai ke Ladang Cherry Stella Creek.


Memang menjadi impian akak hendak ke ladang cherry tersebut. Jika tidak pergi ketempat lain pun akak rela asalkan akak berjaya ke ladang cherry. ALHAMDULILLAH.. Waktu akak sampai di Adelaide adalah musim cherry masak ranum dan minggu akan berada di sana adalah minggu pertama Ladang Cherry membuka peluang kepada pengunjung untuk memetik cherry.







Terlalu bersyukur akak pada ALLAH yg memberikan akak kesempatan utk memetik buah ini dan melihat sendiri pokoknya. Akak memang sangat berminat utk melihat pokok2 buah2an seperti ini. 

Warna merah menyala dan pelbagai warna yg terdapat menunjukkan kebesaran ALLAH Taala yg sangat akak kagumi.



Kami dibenarkan memetik sebanyak 3kilo seorang dan bayaran dikenakan untuk masuk memetik dan juga harga 3kilo cherry yg kita ambil... Dek sebab teruja yg amat berada di bawah pohon cherry dan memetik dan makan terus dari pokok membuatkan kami hanya mampu mengambil sebanyak 4kilo sahaja. 

Cara memetik dan buah yg mana boleh dipetik juga diajarkan. Cherry bukan seperti buah betik yg boleh diambil ketika agak masak dan kemudiannya diperam, kerana cherry yg diambil muda akan kekal muda walau dipetik dan disimpan berhari2 sehinggalah ianya busuk. Ianya tidak akan berubah menjadi cherry masak ranum.

ALHAMDULILLAH.

Nanti akak cerita ttg pokok yg lain.

12 comments:

  1. Maha Suci Allah...

    seronoknya dapat merasai pengalaman itu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subha nallah..
      Alhamdulillah...
      ALLAH beri peluang merasai pengalaman melihat negara org dan lihat keindahan yg berbeza....
      Segala puji pujian hanya bagi ALLAH

      Delete
  2. Replies
    1. Kalau tunggu lama mungkin dapat tgk depa buat maraschino...

      Delete
  3. luar negeri yang IM sempat pergi selain jepun ialah Danok..he..he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM
      In syaa ALLAH
      Akan datang kesempatan yg lain nanti utk kemana2 selain tokyo.

      Delete
  4. baru tadi jumpa kat clod storage.. bekas kocik je.. 15 hinggit!!

    Stan siapakah yang di atas dash board itu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg mahei kalau kat sini..
      Kat sana mahei juga kalau puas dok menconggak exchange rate...
      Sven anak kakak sedara paling bongsu....

      Delete
  5. Wahhhh...dapat cherry fresh kalau kat Malaysia mahai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah
      Fresh terus
      Dari pokok terus ke molot.....

      Delete
  6. salam kenal kak....mesti puaskan makan cherry segar..kat cni ada juga cherry mahal juga..sebiji rm1.50...

    iryantyahamad.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal kembali yanty
      Nanti akak baca blog u nak tau u kat mana...
      Terima kaseh ziarah....

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata