Pagi 13 Disember 1999..
Dalam bulan Ramadhan..
Hospital Besar Melaka.
Waktu abahnya bertugas sebagai Pakar Perubatan Hospital Melaka.
Jangkaan Ain dilahirkan dengan uri dibawah maka dijadualkan lahir secara pembedahan tetapi sewaktu di bedah pakar bius mengatakan urinya dalam keadaan yang baik dan normal... Takpa.. Dah potong pun.
Team pakar perbidanan yg asalnya pakar perempuan menjadi pakar lelaki berikutan pakar perbidanan perempuan yg ditempah tak dapat melakukan pembedahan. Pertama kali dapat Pakar perbidanan doktor lelaki.
Ain semasa kecilnya tidak banyak kerenah. Giginya tersusun teratur kecil2 dan jarang2. Rupa2nya pembentukan gigi yg begitu adalah sangat bagus kerana gigi kekalnya tidak bertindih dan tumbuh dengan sangat cantik.
Ain juga mempunyai stuffed animal iaitu Zebra yg amat dia sayangi. Kemana ia pergi Zebra tersebut sentiasa bersamanya. Pernah terjadi sewaktu akak di hospital menemankan kakak qeebnya dibedah, ain dan abahnya pergi keluar makan malam di restoren, abahnya terpaksa berpatah semula ke restoren tersebut semata2 kerana Zebra tertinggal. Akan menjadi gangguan pada semua ahli keluarga andai Zebra hilang.
Ain juga mempunyai lagu kegemarannya.
Akak sering memasang lagu 'Muhammad' iaitu lagu Nasyid yg mengisahkan tentang Nabi Muhammad s.a.w.
Tiapkali kami menaiki kenderaan lagu tersebut menjadi lagu nyanyian Ain. Walaupun ketika Ain tertidur.. Sebaik
Terjaga.. Ain akan terus menyambung menyanyi lagu tersebut seiring dengan lirik lagu yg sedang berkumandang. Dengan bunyi pelat sebutannya.. Itula kenangan manis kami.
Ain menunjukkan minat dalam melukis. Seawal usia 4tahun.. Ain telah melukis karikatur ahli keluarganya dan sahabat abahnya yg dtg berkunjung dirumah kami. Sebaik kita melihat lukisannya kita sudah boleh meneka karikatur siapakah yang dilukiskannya.
Kegemaran melukisnya menjadi2 apabila
usianya meningkat.
Pernah menghasilkan kartun animasi menggunakan laptop walaupun tanpa pendidikan bidang komputer. Hanya kerana minat yg mendalam, Ain berjaya menghasilkan kartun bergerak.
Pertuturannya amat terhad. Tidak mempunyai ramai kawan tetapi Ain pandai mencari kawan yg sealiran melalui akaun instagram. Kawan2nya adalah mereka yg mempunyai minat melukis
sama sepertinya.
Hari ini genap usia Ain 15tahun. Perjalanan hidup Ain masih jauh lagi.
Ibu dan Abah mendoakan agar Ain menjadi anak yg Solehah dan berjaya di dunia dan di Akhirat.