Tuesday, April 29, 2014

633 ~ Gaduh dgn gadjet


Sejak mengenali GPS beberapa tahun dulu.. kami mengenali suara yg memberi arahan kekiri kekanan.. Berhenti.. Ambil laluan kedua... Garmin nama gadjet kami dan Sally nama suara yg memberikan arahan.

Sally kami hilang sewaktu pencuri memecahkan cermin kereta dan membawa lari sally dan beberapa barang lain.

Dengan kemajuan teknologi yg makin canggih... Telefon pintar telah menyediakan applikasi GPS yang bernama Waze. Sekarang hendak kemana2 pun dah tak susah2 nak berhenti kereta tanya org dimana tempat yg kita nak cari itu. Tulis alamat di Waze.. Waze akan tolong cari sampai dapat...

Waktu akak ke Kuala Trengganu 2 minggu lepas, suami akak menggunakan sepenuhnya laluan yg di berikan oleh Waze. Mmg mudah dan berguna buat kami yg jarang menggunakan laluan KL-Kuala Trengganu.

Perjalanan pulang pula berbeza dari perjalanan waktu datang. Waze akan mendapatkan jalan yg tidak sesak dan lebih dekat dari jalan biasa. Maka dapatlaa kami menikmati pemandangan Felda Sungai kuantan.. Dan beberapa felda lagi. 1st time akak masuk kawasan Felda.. Memang cantik.

Baru ni kami nak balik Melaka kerana ada  saudara yg pulang kerahmatullah. Kami mencuba mengikut panduan yang Waze berikan. Set nama tempat Waze bawa kami melalui jalan yg tak pernah kami gunakan. Sangat impress..
Tetiba lak tengah2 lebuhraya AMJ.. Waze kata dah sampai destinasi walhalnya kami berada jauh dari tempat sebenarnya...

Suami : Eh! Takkan laaa kat sini Masjid Tedungnya? Kiri kanan kebun getah...

Isteri : Itulaaa Yang. Yang selalu tak ikut arahan.. Dia bg had masa sampai 1jam 45minit.. Yang dok singgah sana sini...
Pastu dia recalculating lagi.. Berapa kali dia pening... 

Suami : Dah.. Tak boleh percaya Sally
Ni.... (Sambil setting semula Waze tersebut)

Suami : Hah! Kenapa dah tak berbunyi Sally ni?

Isteri : Dia merajuk.. Dia dah taknak TIAK Yang....
( org melaka kalau kata takmo menegur dah sebab merajuk kita panggil taknak Tiak...)

Suara perempuan dalam waze serupa dgn suara perempuan dalam garmin.. Jadinya kami memanggil waze kami Sally juga.


12 comments:

  1. Wow...makin lama makin canggih sekarang ni. Saya masih dengan talipon dulu. Tak 'savvy' langsung.....rasanya anak-anak lebih tech savvy dari saya!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle
      Tak apa..
      Pelan pelan kita gunakan apa yg kita perlukan...
      Ambil masa juga kita nak biasakan diri...
      Akak pun, anak yg banyak bantu...

      Delete
  2. gajet ni selalu mula impressive, nanti akan timbul jua kelemahannya. hehe i maseh guna peta kertas dan berhenti dan bertanya.

    madora

    ReplyDelete
    Replies
    1. Madora..
      Itulaaa
      Tak mengapa
      Kita buat apa yg kita selesa..

      Delete
  3. Samantha adalah nama suara wanita berbahasa Inggeris dalam Waze. Tapi ada juga suara berbahasa Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya...?
      Terima kaseh kongsi info...
      So sekaranh boleh panggil Sam...

      Delete
  4. Saya pun pakai waze..ada masa nya kita yang pening dengar arahan dia..tapi rasa banyak kali 'dia'yang fening bila kami tak ikut arahan dia...hahhahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah kak ezza
      Berapa kali dia kena recalculating utk satu2 route....
      Ekekkkee
      Kita manusia kena berhenti minum, buang air.... Mmg asyik berhenti...

      Delete
  5. abang sally!!?

    kenal tak abang sally?
    alaaa..
    mesti tak..
    sebab dah tak ada budak kecik nengok upin ipin kat rumah tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peminat upin ada ni depan mata...
      Akak tanya aisyah dia kenal.... Kikikikiki

      Delete
  6. Aina tak pernah guna khidmat gajet setakat ini. Selalu nak pi mana2 google map je kalau sesat juga tanya2 orang ja. Old fesyen betoiii kan...ehehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aina
      Tak mengapa
      Lagi mesra sebab kita harap org bgtau kita arah....
      Bagus tu....

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata