Thursday, April 03, 2014

625 ~ Blood Loss


Malam selasa baru ni, Aisyah terlepaskan jug sewaktu mengambil air minuman dari fridge. Jug kaca yg penuh dan berat.. Tangan pula belum basuh sebab masih makan nasi..... Apalagi berderailaa kaca sebaik terhempas ke kaki... Banyaklaaa kaca2 halus yg melukakan kakinya...
Kami semuanya sedang solat bergegas turun... Melihatkan keadaan kaca yang bertaburan dan kakinya yang luka memang rasa amat kasihan dan belas. Aisyah terus meraung kesakitan.

Mujurlaaa waktu ini abahnya ada dirumah. Memang panik melihatkan kaki yang luka dan kaca yg masih melekat di kaki. Abahnya dan qeeb bawa Aisyah ke meja makan, dudukkan dia... Terus buang kaca satu persatu yang mencucuk kaki dan tapak kaki Aisyah...

Kerja2 dibuat dgn sangat teliti sebab jika disapu dengan tisu akan mengakibatkan kakinya lebih cedera. Satu persatu kaca dicabut dari kakinya.

Proses membersihkan kakinya dengan berhati2 memakan masa juga. Kesian dan belas melihat Aisyah meraung kesakitan.

Alhamdulillah. Kecederaannya walau beberapa tempat tapi tidaklaa sehingga perlu dibawa ke hospital. Cukup sekadar di berikan ubat dan di tutup dgn plaster.
Alhamdulillah.

Nak citernya..

Akak selalu pantau BP akak dan sewaktu akak menggunakan BP set, Aisyah selalu minta akak ambil BPnya sekali. Tetiba petang semalam Aisyah minta akak periksakan BPnya.

Aisyah : Ibu.. Saya nak check
BLOOD LOSS saya... Semalam saya luka..  Saya nak tau berapa BLOOD LOSS saya...

Ibu : ekkekekeekekeke...blood loss...macam kemalangan besar pulak....



Alat ini jer pun Aisyah...


12 comments:

  1. hah hah hahhhh!!
    kelako lah Aisyah ni!!
    moralnya..
    kena basuh tangan dulu sebelum angkat jag !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulaaaaa
      Mmg nak ketawa
      Cara dia minta dgn muka yg risau... Mmg buat kita nak ketawa...
      Selalu nak mkn lupa nak sediakan air jika dia mkn sendirian.... Tgh mkn baru ingat..

      Delete
  2. kesiannya. syukur ada doktor kat rumah. kalau jadi kat kita tak tau macam nak handle.
    sebab tu i fobia barangan kaca.
    kalau la ada 1 anak menjadi doktor...
    my son pun rindu, dia lah yang balek selalu.

    madora

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah
      Akak pun jenis panik bila anak dah melolong sakit...
      Jika turun KL jom jumpa.

      Delete
  3. ya allah. ngeri sekejap. sebab saya pun pernah kaca tercacak kat tangan time basuh pinggan.

    itu.. sengaja pecahkan. ngee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. gB
      Masih ada parut ke?
      Lg ngeri tercacak begitu...

      Delete
  4. Alahai kak kalau terus berdebab atas kaki Aisyah lagi parah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aina
      Syukur hanya serpihan kaca...
      Takut nak memikirkan kemungkinannya..

      Delete
  5. Salam... First time bace blog ni.. Brape lame dah dialysis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam
      Dialysis sejak tahun 2008.
      Hampir 6 tahun...

      Delete
  6. Duluuuuuuu.....pernah kena mcm aishah. Masa tu darjah dua. Jatuh botol kaca sunquick. Berparut sampai ke tua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pB
      Berjahit tak?
      Parut jd kenangan....

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata