Thursday, May 08, 2014

634 ~ Ingat lagi tak?


Pagi tadi sedang rehat2 tetiba dapat WA dari suami...

Kita baca dulu...

Disebuah hospital sakit jiwa, ada seorang pesakit mental dikurung didalam sebuah bilik. 

Kerjanya tiap tiap hari menyanyi, pagi petang siang malam dia menyanyi, tak penat-penat, kalau dah betul betul penat, barulah dia tidur. 

Lagu yang paling dia suka lagu 60-an, semua lagu dia tahu, dari Jefridin, A halim, L ramlee...

Tapi yang peliknya, dia suka nyanyi sambil telentang, agak-agak lepas sejam, dia nyanyi sambil meniarap, selepas sejam telentang semula, begitulah cara dia nyanyi, kejap telentang kejap meniarap, berulang ulang sampailah malam. 

Si warden penjaga hospital ni, rasa heran jugak tapi malas nak tanya, tapi satu hari dia tanya jugak 

" Tanya sikit bang, kenapa kalau nyanyi, sekejap telentang, sekejap meniarap?" 

Jawap pesakit mental tu " Kalau telentang tu side A, meniarap tu side B lah... 
Tak pernah dengar kaset ke???????"


Akak punyalaa sakit perut ketawa dengan kisah yg sangat lawak ni..
Sehinggakan...

Akak mandi.
Boleh terpicit sabun mandi dan terus shampoo rambut.... 
Laaaaaaaa apasal rasa lain macam dan kesat jer rambut ni..
Tak perasan jugak..
Dah basuh rambut... Baru ternampak botol yg akak ingat shampoo rambut rupanya botol sabun....
Pesakit mental tu dah hampir merosakkan rambut akak....

U all baca..
Tapi jangan pikirkan sangat tau....

14 comments:

  1. haha..side A,side B.pandai pesakit tu.Tak terfikir oleh kita yang tak sakit..
    akak,kalau lagu tu dari piring hitam pula,macamana ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu
      Agaknya kalau piring hitam..
      Dia selubung diri dia dgn kain hitam then dia pusing bdn dia kat lantai....
      Ekkekekeeke

      Delete
  2. hahaha thanks to warden, dapat jawapan logik. kalau budak sekarang tak faham kot.

    madora

    ReplyDelete
    Replies
    1. Madora
      Haah
      Budak sekarang cuma kenal CD jer lain2 semua guna SD card....
      Kita macam2 kenal..
      Ada yg sblm kaset tu
      Tebal sikit apa kenamanya... Pun akak pernah guna...

      Delete
  3. Ha ha ha , akak pun kadang-kadang celaru juga...nak picit ubat gigi terpicit pencuci muka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak hajah nora
      Yg itu mmg selalu jadi..
      Kekekeke

      Delete
  4. hahhahhahaa!!
    kelakau !!!!

    kak..
    kalau warden tu mintak ulang lagu L Ramlee .. rasa-rasanya dia guling-guling tak merewind??!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahaa
      Patut cari pesakit ni dan tanya.. Ek?

      Delete
  5. hahahahah...yg ni memang lawak. Btol jugak mcm komen kat atas ni...bab rewind nak kena guling-guling...hahahah

    ReplyDelete
  6. He he... memang kalau cakap dengan orang ada masalah mental ni lawak....

    Makchaq masa kecik biasa ja basuh rambut guna sabun mandi... la ni shampoo pulak bila basuh rambut shampoo dengan badan2 sekali
    ... lebih kurang org mental jugak tu.. he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu
      Suami saya pernah jaga wad mental masa mula belajar dulu... Katanya mmg kisah macamni kisah biasa di wad mental...
      Lagi hebat pun ada...
      Mmg senang nak kena kan?

      Delete
  7. Saya senyum sorang2 bila baca cerita ni...tetapi mereka ini memang 'unpredictable'. Kadang-kala termangu sendirian....apakah kita pernah terlihat orang2 istimewa seperti ini sakit, demam, dsbnya? Saya belum pernah berjumpa mereka di klinik berjumpa doktor kerana demam denggi atau sebagainya...kenapa agaknya? Allah swt saja yang tahu. Allah sentiasa memelihara orang2 istimewa seperti ini...wallahuallam!

    ReplyDelete
  8. Betul uncle
    Depa insan istimewa

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata