Wednesday, April 23, 2014

632 ~ Jd Nenek n Atok expresss lagi...


Petang selasa hujan baru turun...
Akak dan qeeb niatnya nak masak. Tetiba terdengar bunyi baby kucing menangis....

Qeeb cari bunyi di luar... Makin kuat.
Qeeb keluar melalui pintu dapur...
Terpikir suara baby tu di bahagian tembok ruang tanaman mangga akak. Segera Qeeb menjerit memanggil Ain.


Ain segera naik ke atas tembok dan ternampak ibu kucing dan anak2nya. Segera Ain ambil anak2 kucing tersebut dan masukkan ke dalam bajunya.

Sebaik Ain keluarkan anak2 kucing tersebut... Nampak ada 4 ekor anak kucing yg sangat comel. 3 ekor putih dab seekor kelabu.

Kami masih punya bekas carrier kucing... Ambil kain tuala lapkan badan anak2 kucing tersebut... Dan letakkan di atas lapik kain... Bawah kain tersebut Qeeb letakkan bekas pemanas yg diisi air panas. Sebaik merasai keselesaan, anak2 kucing tersebut tertidur dgn
nyenyaknya. Saat itu terasa sayang yg teramat pd depa.

Qeeb dan Ain dah keseronokan. Dah dapat 'mencurah kasih' pd anak2 kucing tersebut...







So Adorable kan?
Bgtau pd Atuknya.
Segera atuknya turun melihat.
Tapi atuknya lebih risaukan bagaimana keadaannya nanti andai ibu kucing tersebut tak mahu menyusukan anaknya.
Atuk sarankan kami biarkan anak-anak kucing tersebut di letakkan di ruang berbumbung agar ibu nya datang menyusu.

Kami ikut saranan Atuk.
Awalnya ibunya bawa lari yg warna kelabu..
Sayu rasa hati.
Manalaaa depa berteduh....

Mlm tu kami harap ibunya datang pulangkan yg kelabu dan duduk menyusukan anak2nya.

Nak nanges dan sebak rasa akak dan anak2.... Pagi tu bangun.. Lihat ibunya dah angkut semua anak2nya.

Hiba sangat rasanya bgtau atuknya..
Atuknya jawap menusuk kalbu..
" Anak2 dia... HAK dia...."

Ya laaaa. Anak dia.
 Tp kami dah sayang....
Sehingga saat ni terasa sayu dan
Sebak.....

Rasa nak lawan kat Mahkamah.
Nak hak penjagaan juga....

12 comments:

  1. kesiannya...satu hari nanti harap harap depa mai melawat keluarga angkat depa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu
      Dtg ziarah atau datang waktu raya sure cucu2 dah besar panjang... Kan?

      Delete
  2. Replies
    1. Kak hajah nora geli ya?...
      Kami sebab dah suka...

      Delete
  3. hahahhaaaa..
    hak penjagaan bersama pun tak kan dapat kak!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Even rayu di mahkamah rayuan???
      Ekekekeke
      U mmg buat akak ketawa dlm sayu...

      Delete
  4. hehehe sayang pun susah, malu kucing pun susah, especially bila nak duduk kat kedai makan, anak kecik saya kata, kakinya mneggeletar. ada sekali tu tiba-tiba lari bawah kerusi dan sempat terscratch peha kawan Aisyah. Naseb he tak takut sangat.

    madora

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaaa chian kawan aisyah kena scratch....
      Tp hero kan? Kuat....

      Delete
  5. Kat rumah ada 6 ekor dan Aina jadi org gaji depa skrg dok bagi makan dan cuci berak hari2. Nak buang...kesiannnnnn... Pandai dia beranak kat luaq pas tu gonggong anak masuk rumah diam2... Pilih pulak rumah org jenis cepat kesian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aina
      Baguslaaa ibu kucing tu.. Cari tmpat selamat n selesa.
      Ibu kucing ni penakut org yg amat...

      Delete
  6. at least kite tau mak dia nak bertanggungjawab...

    ngeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu baik utk ibu dia...
      Baik utk atok nenek dia?

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata