Saturday, April 19, 2014

631 ~ Pertama kali dulu 20 tahun lepas...


Petang semalam, selesai dialysis dan solat jumaat.. Kami sekeluarga berangkat ke Kuala Terengganu. Keluar rumah pukul 3petang. Tiba Petronas Taman Melati untuk isi minyak dan beli makanan ringan utk seisi anak kereta.. dan juga untuk hilangkan mengantuk My dearest Driver.. Akak ada personal driver dan dearest driver... Ko ado?

Menggunakan Waze untuk mencari jalan.... Maka bermulalah pengembaraan kami ke Kuala Terengganu. Misi sebenarnya my dearest driver cum my life partner nak pi mencandat sotong bersama-sama kawan sekolah menengahnya. Untuk pengetahuan anda semua, akak adalah kawan sekolah rendahnya.... Kawan tapi tak pernah tegur pun. Dia anak cikgu.. Dan dia budak pandai....

Okay..
Sampai tol gombak yg akak sangka tol karak... Baru aku sedar selama ini akak salah faham. Jumpa Bentong dulu baru laaa karak.. Hai laaaaa...

Then lepas karak dengan jalan yg berliku2nya... Then ke Temerloh... Memang lancar....

Singgah di R & R Temerloh kami berhenti solat Asar. Alhamdulillah.. Syukur. Akak memang suka Surau yang besar dan terbuka seperti di R & R Temerloh. Di R & R Tapah dan Gurun juga sama.... Rasa lapang fikiran di dalam surau yg begitu.

Perjalanan dari Temerloh ke Jabor masih menggunakan Lebuhraya tetapi... Sebaik habis Lebuhraya..... Mmg azab. Jalanrayanya dua hala sahaja... Manakala tiada pemandangan di kiri dan kanan. Hanya kelihatan pokok kelapa sawit. Rasa macam naik kereta balik kampong zaman 70an dulu. (Rasa akak saja tau.... Bukan orang lain)

Sebaik masuk bandar di Dungun ke Kuala Terengganu.. Barulaaaa ada pemandangan kedai, masjid, balai polis di kiri dan kanan jalan. Hmmmm suka sangat.

Dekat pukul 945malam kami tiba di Sumai hotel dan apartment. Sumai ini milik pengusaha bot yg kaya dan tersohor di Kuala Terengganu iaitu Encik Muhyidin bin Sulaiman. Manakala huruf I dari nama anaknya Iskandar. So jadilah Sumai.

Kami memilih apartment kerana lebih selesa menyewa apartment dari bilik hotel. Apartment milik orang melayu islam ini mmg termasuk apartment mewah. Ada sofa, ada meja makan dan 2 bilik.

Yang paling akak suka setiap bilik di berikan sejadah. Taklah perlu kita meminta dari house keeping.

Malam tadi kami dinner di sini juga. Olehkerana keletihan yg amat... Tak kuasa lagi nak keluar kemana2. Bayangkan pagi dah duduk dialysis 4 jam.. Then perjalanan 6 jam... 10 jam duduk sehari mmg sangatlaaa meletihkan.

Siapa akak berleter dengan anak2 janganlah cari pasangan yg duduk jauh di pantai timur.. Jenuh duduk dalam kereta.

Tapi pagi ini sangat akak terasa indahnya kehidupan di terengganu. Nak tau?

Bangun pagi.. Walaupun terlepas azan subuh dan tarhim... Akak tidak terbabas solat subuh kerana lepas subuh ada kuliah subuh yg diperdengarkan seluruh bandar. Alhamdulillah. Seronok rasa.

Maka buka kembali permohonan calun menantu dari pantai timur yang hanya ditutup selama beberapa jam sahaja semalam.. Heh heh heh 

1st time akak ke Kuala Terengganu sewaktu baru berkahwin 22 tahun lepas. Ini kali kedua. Banyak yg nak di cari ni....

8 comments:

  1. kita pun suka nak ke trengganu, baru sekali je 10 tahun lalu, nak pergi lagi tapi fikirkan jalannya yang jauh, sedangkan akak dari KL pun jenuh kan, sehingga terleter pesanan memilih jodoh hehehe

    madora

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekekekeke
      Ibu depa sejak dua menjak ni mmg kuat leter..
      Sejak jd JPJ tu...
      Terengganu mmg best...
      Pi laaaa madora...
      Singgah-singgah
      Jgn direct ke sana
      Singgah melaka, KL, kuantan then kuala terengganu
      Sure kurang penat dan kurang rasa jauh.....

      Delete
  2. ada berani tak suruh personal driver bawak kereta dan dearest driver jadik co pilot tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doc
      I berannnni
      Yg dearest driver lak yg tak yakin my personal driver drive...
      So how????

      Delete
  3. Cinta Aina jatuh di Terengganu tetapi skrg dah jatuh kat Perak pulak. Terengganu memang mendamaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguh Aina
      Sungguh mendamaikan
      Ternampak pulak poster ex Agong kita dan sultanah terengganu di beberapa laluan..... Lg rasa tenang. Rasa rindu pula...

      Delete
  4. Replies
    1. Lynn
      U r so lucky...
      Boleh selalu menikmatinya.....
      Kg di mana?

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata