Tuesday, January 28, 2014

620 ~ Diam tak diam.....


Anak bgtau hari ini 28hb Januari tepat setahun kami tiada berbibik. Bulat mata akak sebaik mendengarnya...
Macam nak menari dengan lagu ini yg terngiang-ngiang di telinga... Terbayang2 gelek tak hengat lagu....
" i will survived..." Nyanyian Gloria Gaynor...

Mana nak sangka... Selama 20 tahun bertukar ganti bibik. Dari yg datang dari thailand, lombok, medan, palembang, medan, tanjong balai dan medan... Dengan macam-macam karenah. Yang rajin.. Yang baik tp kena fitnah... Yang buat hal.. Yang suka ngadu domba, yang pemalas, yang pengotor... Puas kita kena tolerate dengan perangai depa.

Tak akak nafikan, dapat yg baik dan cekap buat kerja.. Sangatlaaa membantu akak dalam menguruskan rumahtangga. Terasa sayang dan amat berterima kaseh dengan depa. Tapi... Malangnya sebab akak ni telinga nipis.. Akak dengar dan percaya dengan fitnah yg jiran sebelah rumah yg dengki sebab dalam  masa  4 tahun akak dapat mengekalkan seorang bibik. Sedih bila dikenang.... Tapi itulaaaa kisahnya. Walau pahit ia tetaplah peenah terjadi.

Ada juga bibik yg amat menyayangi anak akak. Hinggakan semasa anak akak selsema beliau sanggup sedut hingus dari lubang hidung anak akak. Besar jasanya. Tapi beliau terpaksa berhenti kerana anak perempuan kesayangannya berkahwin dan sangat memerlukan ibunya memelihara anaknya.

Yang pengotor.. Geli nak cerita. Senduk nasi jumpa rambut. Ceduk gulai jumpa rambut... Ambil sambal jumpa rambut... Tiap2 hari jumpa rambut.... Geli tekak jadinya. Kita dah pesan bila masak ikatlah rambut kemas2.. Atau pakai serkup kepala.. Hmmmmm bila kita tak nampak dia tak pakai... Bila dia hidang dan kita nak jamu selera.... Dah jumpa rambut. Hadoiiiii yang ini mmg rasa macam nak hangin seluruh anggota.

Apapun setelah anak2 meningkat besar dan dah pandai.. Akak dah boleh suruh2 dan bantu kerja2 rumah. Tidaklaaa sesempurna seperti waktu punya bibik tapi dalam erti kata lain... buleh laaaaaaa.
Kain baju tak perlu jemur sebab dah guna dryer. Basuh kain, lipat dan gosok pun dah buat sendiri2... Baju kerja bapaknya sudah antar dobi... Nak  masak jerit jer panggil kakak atau qeeb tolong kopek bawang. Kalau nak nyapu dan buang sampah .. Jerit Kakak atau Ain...

Alhamdulillah anak dah tahu tugas masing2... Rasa tak larat masak, makan kat luar. Rasa nak pi mana2 dah tak risau nak tinggalkan bibik di rumah atau antar balik rumah abah.

Namun dalam kepuasan tiada berbibik ni... Tetaplah akak kenang waktu depa membantu akak sewaktu akak dalam pantang.... Waktu dirawat di CCU dan waktu anak2 masih kecil.

Bik Hanipah, Jah, Wak Sham dan Bik Nurlian antara mereka yang sangat berjasa. Yang nama tak sebut tu okaylaaa juga.

12 comments:

  1. betapa sabar banyak membantu dalam kita menguruskan bibik.Sikit sikit tu pejam mata aja.
    catatan akak ni buat makcik terkenang pembantu pembantu yang datang dan pergi.feel dan perangai berbagai segi..ada makan hati,ada yang macam adik beradik sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg kita kena banyak SABAR. Depa mmg mcm2 karenah.

      Delete
  2. syabas! anak2 dah besar memang tak perlu bibik, mereka lagi dapat manfaat dengan belajar buat kerja rumah dan dapat pahala tolong ibu. Syukur masa akak memerlukan pembantu, dapat 4 yang berkhidmat dengan baik. Sekarang ada 4 yang lagi baik dan ikhlas.
    Aisyah pun ada bahgian kan :)

    madora

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah
      Benar kata u madora. Anak2 tahu membantu dan pandai dgn kerja rumah.
      Syukur. Ganti sekali 4 pembantu 😃

      Delete
  3. nyanyi lagi kak!!
    tak berapa dengar tadi!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahaha
      Akak nyanyi nanti turun salji tak tau!!!

      Delete
  4. betul akak... we will survive ... hahahahaa
    Harap2 .... semangat ini bertahan .....dan kukuh kekal utuh .....dengan Motto "saya tak perlu bibik"
    hahahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. CA
      Mmg tak perlu
      Mak kita dulu2 mana pakai bibik pun. Kita sempurna
      Juga hidup... Kan?

      Delete
  5. Orang yang tak pernah ada bibik macam makchaq memang tak dak pengalaman la.. anak2 dah dok kena buat dari kecik...

    Baru ni anak makchaq kata dengaq anak jiran baru kat sebelah rumah merungut masa dok masukkan sampah ke tong kat luaq rumah...."ee e..susah la tak dak bibik ni.. nak kena buang sampah la.. itu la ini la..bosan.."

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah anak dara akak walau kena suruh macam2 lps tiada bibik depa tak merungut yang ada hanyala gembira lagi adalah sbb depa tak tgk kerenah bibik.

      Delete
  6. Aina 2 tahun guna bibik lepas tu anak besar sikit tak mau dah letih bayaq gaji. Rumah kecik apa sgt dia nak kemas, masak tidak hanya jaga anak yg bongsu 2 lagi sekolah pagi petang. Penat bayaq gaji!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau mcm tu mmg tak berbaloi pakai bibik. Kita pula dibibikkannya nanti.

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata