Monday, January 27, 2014

619 ~ Perjalanan dlm 5 tahun ini...

Sekarang jika keluar pi opis akak suka ikut highway Silk. Jalannya lebih cepat sejak di buka laluan tambahan.

Jika dahulu, sebaik tol Sg Ramal.... Dah sesak menuju ke hospital. Lama pemandu tersekat dlm kesesakan. Ikut jalan dalam pun sama juga. Menuju ke bulatan seksyen 4 dah mula sesak. Lama juga nak lepas bulatan.

Akak ingat bila jd suri rumah sepenuh masa tak perlulaa keluar bersama2 warga yg bekerja... Tp dah 5 tahun akak terbabit sama menambahkan kesesakan lalu lintas.... Bukan sengaja... Terpaksa.
Dalam pd takda boss di opis... Akak tetap kena datang tepat pd waktunya kerana kelewatan akak akan menjejaskan pesakit shift tengahari...(shif kedua).

Terlalu pantas masa berlalu.. Dah 5 tahun berulang alik setiap pagi ke opis. No MC.. No public holiday.... Tp waktu kerja 8-1 sahaja kecuali mesin buat ragam. Pernah akak kena tunggu 4 jam kerana tiada mesin ganti. Akak kena cuci shif kedua walaupun akak dtg seawal 730 pg.

Ada yg akak mula kenal sejak 5 tahun dahulu... Rasa erat sangat sebab akak jumpa mereka lebih dari akak jumpa adik beradik sendiri... Semuga kami terus bersama2 hingga bila2.....



16 comments:

  1. kalau tumpang Dr Jantung.. balik nanti kena tunggu dia lak kan kak!?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dr Jantung selalu keluar pi meeting... Selesa bawa kereta shendiwi... Lps dialysis boleh melencong.

      Delete
  2. Salam Kak

    umah pB dengan pejabat , cuma dalam 2 kilo atau lebih sikit ...
    nak jalan pun boleh

    tapi malasssssssss

    driving lagi sonok

    he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. pB
      Selesanya
      Umah dekat jer ngan opis
      Buleh balik tgk anak

      Delete
  3. eemmmmm ... apa nak komen ye. Semoga akak tetap kuat semangat ...

    ReplyDelete
  4. Itulah jalan Aina hari2 kak tapi Aina merempitalah...kalau bawak kereta masak le nak sampai pejabat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aina...
      Kiranya besar pengorbanan u pi kerja.... Ibu mithali....

      Delete
  5. semoga akak sentiasa dalam rahmatNya.Dijauhi dari dugaan dan tabah selalu.
    Have a happy day.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kaseh cikgu
      Terima kaseh atas doanya...

      Delete
  6. sekejap je dah 5 tahun. Alhamdulillah akak tetap sehat dan ceria inshaaAllah dan diberi kemudahan dapat pandu sendiri,
    menghadapi ujian dengan tabah dan kuat semangat berkat sokongan keluarga. Syukur saya tergerak nak kenal akak kat sini dari kisah opis akak :)

    madora

    ReplyDelete
    Replies
    1. Madora
      Mengenali u juga amat bermakna buat akak... Buku2 u menjadi teman dialysis....
      Jazakallahu khair.

      Delete
  7. Saya pasti hajah happy dan redho dengan ketentuan Allah. You have such a great support from your beautiful family . Semoga selamat semuanya, hajah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..
      Keluarga dan teman2 penguat semangat saya...
      Terima kaseh kak hjh nora

      Delete
  8. sebenarnya memikirkan boleh melencong lencong tuh yang semangat nak gi buat dialisis kan...? :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah..
      Kalau dpt geng sehati sejiwa mmg best melencong....

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata