Thursday, January 30, 2014

621 ~ Hampanya kami....

Lanjutan dari entry KoG mengenai warung bunian...

Pagi selepas solat subuh, akak cuba talipon untuk reservation tapi tiada berjawap. Sebab pagi sangat, akak pun tunggu pukul 7 utk talipon.

Tepat pukul 7, akak call lagi. Hanya dengar lagu rancak tapi tak berjawap.

Pukul 8, akak talipon lagi... Lagu rancak dan voice mesej. Katanya please leave a meseh after this bip... Akak taklaaaa tinggal mesej sebab mmg tak biasa buat.

Pukul 9, talipon lagi. Lepas leave a mesej after this bip..akak pun tinggal
Mesej. Bgtau bolehtak kalau nak pi lunch berdua utk reservation. 

Then pukul 10... Berdua dengan teman breakfast.. Kami mencari warung bunian tersebut.

KoG akak dah tahu kenapa nama tapak sulaiman tu... Sebab round about arah kesana dari bangi ada 5 simpang. Memang nampak macam tapak sulaiman.

Bila separuh jalan akak guna Waze.. Tepat arah jalan yg Waze tunjukkan.

Alhamdulillah.. Jumpalaaaa.
Tapi.... Ada notis kat tiang kedai
" We're closed "
Kawan akak siap cakap.. Bunian yg ni pandai pulak cakap English... Sakit perut kami ketawa.

Akak pun turun bertanya. Yang sorang panggil sorang lagi. Akak bgtau akak ada buat panggilan tapi tiada jawapan.
Dia tanya, ada tinggal mesej? Akak kata ada.. Tapi dia kata sms depa tak layan.

Akak tanyalaaa procedure nak makan kat situ... 
Dia Kata kena called dan booking.
Okay.. Kalau dah tak boleh nak call sebab tak berjawap? Jawapannya kenapa tak Whatsapp? Ya Rabbi.... Mana kutahu bunian sorang ni pandai Whatsapp... 

Depa macam keberatan nak jawap lagi lebihlanjut. Akak pun terus masuk
Kereta semula. Memang terasa sangat hampa. Dah talipon tak berjawap... Habis tu?????? Mesej tak terima... So how???

Nekad rasanya...
Takpaalaaaaa jodoh kami tiada.

Tuesday, January 28, 2014

620 ~ Diam tak diam.....


Anak bgtau hari ini 28hb Januari tepat setahun kami tiada berbibik. Bulat mata akak sebaik mendengarnya...
Macam nak menari dengan lagu ini yg terngiang-ngiang di telinga... Terbayang2 gelek tak hengat lagu....
" i will survived..." Nyanyian Gloria Gaynor...

Mana nak sangka... Selama 20 tahun bertukar ganti bibik. Dari yg datang dari thailand, lombok, medan, palembang, medan, tanjong balai dan medan... Dengan macam-macam karenah. Yang rajin.. Yang baik tp kena fitnah... Yang buat hal.. Yang suka ngadu domba, yang pemalas, yang pengotor... Puas kita kena tolerate dengan perangai depa.

Tak akak nafikan, dapat yg baik dan cekap buat kerja.. Sangatlaaa membantu akak dalam menguruskan rumahtangga. Terasa sayang dan amat berterima kaseh dengan depa. Tapi... Malangnya sebab akak ni telinga nipis.. Akak dengar dan percaya dengan fitnah yg jiran sebelah rumah yg dengki sebab dalam  masa  4 tahun akak dapat mengekalkan seorang bibik. Sedih bila dikenang.... Tapi itulaaaa kisahnya. Walau pahit ia tetaplah peenah terjadi.

Ada juga bibik yg amat menyayangi anak akak. Hinggakan semasa anak akak selsema beliau sanggup sedut hingus dari lubang hidung anak akak. Besar jasanya. Tapi beliau terpaksa berhenti kerana anak perempuan kesayangannya berkahwin dan sangat memerlukan ibunya memelihara anaknya.

Yang pengotor.. Geli nak cerita. Senduk nasi jumpa rambut. Ceduk gulai jumpa rambut... Ambil sambal jumpa rambut... Tiap2 hari jumpa rambut.... Geli tekak jadinya. Kita dah pesan bila masak ikatlah rambut kemas2.. Atau pakai serkup kepala.. Hmmmmm bila kita tak nampak dia tak pakai... Bila dia hidang dan kita nak jamu selera.... Dah jumpa rambut. Hadoiiiii yang ini mmg rasa macam nak hangin seluruh anggota.

Apapun setelah anak2 meningkat besar dan dah pandai.. Akak dah boleh suruh2 dan bantu kerja2 rumah. Tidaklaaa sesempurna seperti waktu punya bibik tapi dalam erti kata lain... buleh laaaaaaa.
Kain baju tak perlu jemur sebab dah guna dryer. Basuh kain, lipat dan gosok pun dah buat sendiri2... Baju kerja bapaknya sudah antar dobi... Nak  masak jerit jer panggil kakak atau qeeb tolong kopek bawang. Kalau nak nyapu dan buang sampah .. Jerit Kakak atau Ain...

Alhamdulillah anak dah tahu tugas masing2... Rasa tak larat masak, makan kat luar. Rasa nak pi mana2 dah tak risau nak tinggalkan bibik di rumah atau antar balik rumah abah.

Namun dalam kepuasan tiada berbibik ni... Tetaplah akak kenang waktu depa membantu akak sewaktu akak dalam pantang.... Waktu dirawat di CCU dan waktu anak2 masih kecil.

Bik Hanipah, Jah, Wak Sham dan Bik Nurlian antara mereka yang sangat berjasa. Yang nama tak sebut tu okaylaaa juga.

Monday, January 27, 2014

619 ~ Perjalanan dlm 5 tahun ini...

Sekarang jika keluar pi opis akak suka ikut highway Silk. Jalannya lebih cepat sejak di buka laluan tambahan.

Jika dahulu, sebaik tol Sg Ramal.... Dah sesak menuju ke hospital. Lama pemandu tersekat dlm kesesakan. Ikut jalan dalam pun sama juga. Menuju ke bulatan seksyen 4 dah mula sesak. Lama juga nak lepas bulatan.

Akak ingat bila jd suri rumah sepenuh masa tak perlulaa keluar bersama2 warga yg bekerja... Tp dah 5 tahun akak terbabit sama menambahkan kesesakan lalu lintas.... Bukan sengaja... Terpaksa.
Dalam pd takda boss di opis... Akak tetap kena datang tepat pd waktunya kerana kelewatan akak akan menjejaskan pesakit shift tengahari...(shif kedua).

Terlalu pantas masa berlalu.. Dah 5 tahun berulang alik setiap pagi ke opis. No MC.. No public holiday.... Tp waktu kerja 8-1 sahaja kecuali mesin buat ragam. Pernah akak kena tunggu 4 jam kerana tiada mesin ganti. Akak kena cuci shif kedua walaupun akak dtg seawal 730 pg.

Ada yg akak mula kenal sejak 5 tahun dahulu... Rasa erat sangat sebab akak jumpa mereka lebih dari akak jumpa adik beradik sendiri... Semuga kami terus bersama2 hingga bila2.....



Saturday, January 25, 2014

618 ~ Terkejut ibu

Nampak bungkusan ni atas meja


Kebetulan tekak terasa2 nak makan
Coklat...

Ambil.. Rasa berat...

Senang hati nak buka....
Tetiba terkejut ibu...


Tengok dalam banyaknye duit....



Rupanya Aisyah gunakan bekas collat sebagai tabung.
Nak kata kesian.. Duit banyak...
Tapi itulaaaa akal budak. Mana dan jer.

Dia ternampak bekas ni malam tadi..
Terus minta..
Transfer masuk akuan tabung ni...

Baru nampak bergaya.


Friday, January 24, 2014

617 ~ Salji?????


Sana sini citer pasal Salji yg dah turun di Indonesia. Katanya di puncak gunung Papua New Guinea.. Wallahu taalam...

Kami sengaja pilih pi Korea musim sejuk. Malangnya salji tak turun2... Ain dan Aisyah sangat hampa. Aisyah sebelum pergi dah baring2 buat kuak lentang atas lantai bilik kami... Besar harapannya nak jumpa salji....

Ain sangat dukacita. Katanya Korea tak
Best....
Qeeb dlm pada hampa.. Tp impian menjejak kaki ke Korea dah terlaksana.
Kakak? .. Dia paling relax. Org lain pakai baju berlapis2 dan jaket tebal tp dia hanya pakai sweater. Katanya dia selesa.

Perbezaan baju kakak dgn kami..



Teringinnya nak main salji..

Tapi...
Buka freezer kat dapur dapat ini
.
.
.

Syukurlaaaaaaaa
Kan??????

Thursday, January 23, 2014

616 ~ Sarapan pagi ni...

Lama sangat laaaa rasanya tak buat cucur bawang ikan bilis ni. Selalu bila cuti dialysis akak pi pasar dan beli sarapan disana. Khamis lepas terkena apa yg dibeli semuanya hampeh..
Kita ni punyala harap nak makan sebab lapar lepas menangkap ayam.. Menangguk ikan dan memetik sayur kat pasar tu.. Ingatkan balik tu naklaa makan isi perut. Sedih betul, semuanya yg dibeli tak boleh mengisi perut yg lapar. 

Jadinya bangun pagi ni bersemangatlaaa buat cucur ikan bilis dan bawang.

Alhamdulillah. 
Kenyang rasanya.



Alhamdulillah hillazi
Att a ma na
Wa sa qo na
Wa jaallana
Minal muslimin....

Dan doa makan yg selalu akak lupa nak
Baca
1. Bismillahirrahmanirrahim. 
2. Bismillahissyafi. 
3. Bismillahilkafi.
4. Bismillahil mu’afi 
5. Bismillahillazhi la yadurru ma’asmihi syaiun filardhi wala fissama i wa huawassami’ul ‘alim

Wednesday, January 22, 2014

615 ~ Rajin laaaa pulak

Tgk gambar pi korea. Jumpa gambar ni
.
.


Buat bekal pi dialysis... Sbb masa dialysis mmg lapar.
Bangun awal.. Masak nasi then panaskan air.
Letakkan lauk Brahim dlm bekas.
Masukkan air panas menggelegak.
Sementara nasi kering, dapat 2 lauk....
Hari tu bawa kari ayam dan kurma daging. Sambal ikan bilis beli dgn
along....
Nasi masak terus senduk dlm bekas dan letak lauk.
Makan waktu dialysis mmg berselera sangat. Cuaca pun sejuk masa tu.

Ingatnya nanti pi dialysis nak
Buat cenggitu lagi la... Takyah singgah
Beli tepi jalan sebab kadang2 jumpa yg kena dgn selera... Kdg2 hampeh.


Tuesday, January 21, 2014

614 ~ Junaina- Redup Rimba Corner.....

Sebabkan Aina dah cerita ttg gerai ni..
Apalagi yg nak ditunggu... Teruslaaa cari. Tetiba jer rasa lapar..

Terima kaseh Aina. Kongsi dgn kami.

Nak ulas sedikit..
Akak rasa memang kena dengan selera.
Dengan rasa yg cukup sempurna.
Jika kita buat sendiri berapa banyak sangatlah kita nak makan.... Baik beli di sini dan tak risau sebabrasanya sama macam kita buat sendiri.

Qeeb sebaik merasa laksa akak.. Terus berkata ..
"Berasa.... Tak kedekut bahan..."
Aleh-aleh org yg asalnya takmo laksa dok menghabiskan laksa ibunya dan pesan suruh beli bungkus nak makan petang nanti.

Dibuka setiap hari dari pukul 11pg hingga 6 ptg
Di tutup pada hari Isnin.





Makanan sampai.
Nak ngap jer...
Oppss
Berdosya tak baca doa makan
Nanti makan dgn shetan

Allahumma bariklana fima razaktana waqina azaa bannar.


Monday, January 13, 2014

613 ~ Abahku pulang dari sana....

Alhamdulillah..
Selamat sudah tiba abahnya...
Gembira Aisyah tak terhingga...

Olehkerana kesuntukan masa abahnya disana.. Bayangkan masa perjalanan pergi 26 jam.. 13jam dari KL ke Paris.. 13jam lagi Paris ke Dallas... Tiba dah pukul 4 ptg waktu Dallas. Keluar dari imigresen dan dekat pukul 7. 
Ambil teksi ke hotel dah malam. Namun begitu being a very loving abah... Tetaplah keluar dalam hujan renyai mencari souvenier utk anak2 dan hmmmmmmm....
(Sebak juga masa type ni..... Jazakallah Yang.....)

Then esuknya dah start research meeting. Habis dah petang... Skip dinner yg dianjurkan pergi lagi cari souvenier.... 
Sebab esuknya sebaik lepas meeting dah nak ke Airport. 

Jadinya dgn masa yg sangat terhad abahnya tidak dpt mencari barang dlm list Aisyah. Untuk menggantikan dinosour.. Abahnya belikan Longhorn sebagai lambang kebanggaan Texas. 



Pun begitu....
Aisyah tetap gembira tak terhingga. Ditambah dengan ini...


Sambil memakai topi cowboy Aisyah bergaya....


Alhamdulillah...
Senang jer budak 8 tahun ni nak senyum bahagia....

Selesai acara agih hadiah... Semua menjerit
"Thank you..........abah....."

Wednesday, January 08, 2014

612 ~ Kesiannyer dia...

Selalunya tiap kali bila abahnya mahu keluar negeri, tidaklah begitu Aisyah ambil kisah hendak kemana abahnya. Tapi kali ini mmg berhari2 diulang-ulang bertanya dgn penuh minat. Sesekali merayu agar dia dibawa bersama.. Walau diberitahu tiket dah habis... Aisyah sanggup masuk dlm beg bagasi.

Aisyah jadi sangat teruja dengan Amerika apabila dia sering memuat turun video iklan Vat 19 dari youtube. Iklan menjual pelbagai barangan gadjet dan permainan kanak2...

Bila dah pasti dirinya mmg tak
Boleh nak dibawa bersama, Aisyah pastikan abahnya membelikan barangan yg paling dia mahu..

List barangan yg di berikan pada abahnya..



Semalam sebaik habis sessi persekolahan waktu ptg, kami menjemput Aisyah dan terus ke KLIA.

Dalam perjalanan Aisyah berdiam diri mungkin kerana sayu kerana tak dapat mengikut abahnya ke Amerika.



Sampai waktu saat nak bersalam dengan abahnya, Aisyah terus memeluk erat abahnya seakan takmahu lepas. Sayu pula akak lihatkan.

Ingatkan dah lepas janji bawa Qeeb ke Korea.. Aleh2 ada pula umat yg teringin hendak ke Amerika pula. Kena pujuk Aisyah agar belajar pandai2 dan dpt lanjut pelajaran ke Amerika....
( Iya laaaaa tu ibunya.... Nak masuk asrama dlm selangor pun tak tahu lepas ke tidak.....)
Aisyah... Kumpul duit raya....

Thursday, January 02, 2014

611 ~ Lihat sekeliling dan banyak hendak akak syukuri


Minggu lepas sedang akak sedang dialysis dan baca paper...( memang itulaaa xtvt akak sewaktu sedang dialysis..) tetiba datang sekumpulan anak muda yang sedang menolak kerusi roda ibu mereka terus menuju dan berhenti depan akak. ( Ingat lagi dahulu akak pernah cerita meja akak ni mmg dah jadi macam meja pertanyaaan.. Pesakit, peneman dan waris pesakit akan datang menegur akak dan berbual2.. Samada
Nak berbual kosong, bertanya itu ini.. Dan sebagainya...)

Anaknya bertanya dah berapa lama akak mendapat rawatan dialysis.. Apa punca yg membuatkan kena dialysis.......   bla..bla....bla...
Kemudian mereka bercerita mengenai emak mereka yang sedang membuat keputusan samaada hendak mencuci melalui darah atau melalui air. Banyak yang perlu di fikirkan.

Jika memilih utk mencuci darah.. Kena dapatkan tempat dialysis.. Bagi yg bukan kerajaan kena sediakan wang untuk
Bayaran. Jika tidak kena mohon socso (jika bekerja), baitulmal atau zakat. Pengangkutan berulangalik juga perlu.. Jika tak boleh drive kena ada yg bawakan. Semuanya perlukan belanja.

Ada pesakit yang memang tiada pekerjaan dan tiada kenderaan. Mohon bantuan zakat atau baitulmal.. Dan kenderaan nak berulang alik ke hospital... Allahukbar... Sejenak akak termenung memikirkan kepayahan yang mereka tanggung dan kemudahan yg sedang akak kecapi.

Sesungguhnya Ya ALLAH..
Aku bersyukur atas segala yang telah Kau kurniakan...