Tuesday, December 30, 2014

702 ~ Kulprit.......


Ayat kulprit ni akak kenal satu waktu dulu. Adalaaa hal yg terjadi... 
Soalan yg timbul : siapa kulpritnya???

Sekarang kulprit dalam masaalah akak ialah air. Dialah yg menentukan akak puasa atau tidak. Minum banyak, kena puasa .. Dapat kontrol air.. Bolehlaaa bersenang2 sikit tak puasa.

Hari selasa selalu akak puasa. 
Tapi ari ni rasa nak rihat sikit sebab naklah berjimba2 sikit. Jumpa
Teman kolej yg lama tak jumpa. Kebetulan semalam akak hutang air taklah sebanyak hari selasa lepas.

Datang 71.3kg
Tarik air 3.7liter
Balik 68.7kg

So hari ni tak puasa laaa nampaknya.

Kalau masa sihat tak kisah pun kan?
Minum banyak mana pun rasa tak nak puasa pun okay saja. Ini akak bergantung sepenuhnya dgn rejim dan disiplin akak menjaga air. Kalau dapat kawal air mmg tak perlu puasa.
Awal2 sakit dulu mmg terasa berat ujian ini tapi dah 7tahun sakit.... Rasa dah biasa puasa tu. Alhamdulillah.

Selalu hari selasa akak puasa. Rasa tak puasa dan nak pi lunch ni rasa macan bak curi2 makan pulak.

Okay.
Bye..
Nak siap2 pi lunch kat daerah yg sangat jauh dan negeri jajahan Kander Idris Shah bak kata kak som ... Shah Alam..
Daaaaaaa



Monday, December 29, 2014

701 ~ Sempena menyambut Tahun Baru...


Budget tahun ini merangkumi penukaran mesin baru, kerusi baru, kerusi kaunter baru... Nampak unit dialysis makin berseri.

Pembantu yg byk membantu seperti Pn Chan dan Muiz tetap ada membantu...
Pesakit juga bersilih ganti.... Janji Pn Chan dan Muiz kekal ada...


Setiap mesin, kerusi dan meja ikut serial nombor yg sama. Takda lg episod menukar2 kerusi sesuka hati. Itu yg bagusnya. Kalau dulu puas juga menolak2 kerusi yg besar dan berat. Kemudian kena ambil air rawatan yg beratnya 10kg setiap botol. Yg diperlukan 2 botol setiapkali rawatan.

Selalunya bila dah angkat air dan tolak kerusi mmg bantu naikkan BP.

Saja tulis buat catatan bukan komplen....

Friday, December 26, 2014

700 ~ Sedapnya berhutang.......



ALLAHUAKBAR
Nikmatnya dan Barkahnya Puasa...
ALHAMDULILLAH..


AHAD 14hb puasa

15hb isnin
Datang 73kg
Balik 70kg
Tarik 3.7

SELASA 16hb puasa

17hb rabu
Datang 72kg
Balik 69kg
Tarik 3.7kg


KHAMIS  18hb puasa

19hb jumaat
Datang 71.5kg
Balik 68.5
Tarik 3.7kg

SABTU 20hb puasa

22hb isnin
Datang 71.5kg
Balik 68.6
Tarik 3.7


24hb rabu
Datang 70.8kg
Balik 67.9
Tarik 3.5

KHAMIS 25hb puasa



26hb jumaat
Dtg 70.1kg
Balik
Tarik 3.0


2 minggu punya usaha.......
ALHAMDULILLAH...

Jika tak puasa tak mungkin berjaya....

Asalnya mmg akak terasa terganggu juga bila hutang air akak byk sekali begitu. Risau sangat.

Dah lama tak buat puasa ganti dan puasa sunat. Makin menjadi2 air yg dihutang.
Hutang..... Mmg seronok.
Apalagi bila takda niat nak bayar.
Hutang dan hutang lagi....
Tapi..
Bila dah dok bayar sikit2 dan boleh habis..... Rasa seronok... Bersyukur teramat bersyukur....

Syukur kepadamu Ya ALLAH memberi kesihatan yg baik utk akak berpuasa.

ALHAMDULILLAH.

Monday, December 22, 2014

699 ~ ALHAMDULILLAH Syukur Ya ALLAH


Sejak minggu lepas akak berhutang air lebih 6 kilo.
Datang dialysis pagi Isnin lepas berat akak naik sehingga 73.5kg. 

Rasa sangat sedih dan murung seketika. Akak berpuasa pada ahad sebelum tu. Jika tak puasa harus naik sehingga 7 kilo.

Ada kalanya memang akak dah rasa give-up. Rasa nak biarkan sahaja berhutang air dan bila dialysis tarik sampai 4 atau 5 kilo. Memang mustahil dibenarkan tapi kalau tidak mmg hutang air akak akan bertambah dari sehari kesehari....

Akhirnya akak mencuba kaedah berpuasa. Bermula hari ahad 14hb akak puasa, selasa 16hb ...khamis 18hb dan sabtu 20hb akak kuatkan semangat berpuasa.

Pagi tadi datang dialysis berat 71.5kg..
Lepas tarik air 3.7kg
Berat waktu pulang 68.7kg...

Akhirnya.....
Jika esok dan khamis akak puasa, akak boleh capai 67kg semula.

Hari isnin 15hb akak dtg dialysis dengan berat 73.5kg
Tarik 3.7kg
Balik 70.7kg


Hari Rabu 17hb akak datang dialysis dengan berat 72.5kg
Tarik 3.7kg
Balik 69.7kg

Hari Jumaat 19hb akak datang dialysis dengan berat 71.7kg
Tarik 3.7
Balik 68.7kg

Isnin 22hb akak datang dialysis dengan berat 71.7kg
Tarik 3.7kg
Balik 68.7kg

Rabu 24hb kalau boleh datang dgn berat (70.2kg)
Tarik 3.5kg
Balik 68.2kg

Jumaat 26hb kalau boleh biarlah datang dengan berat hanya (69kg)
Tarik 3kg atau 2.5kg SAHAJA
Balik 67kg.....

Apapun ALHAMDULILLAH
Syukur kerana akak org Islam.. Akak boleh dapat pahala kalau puasa.. Dan dapat bayar hutang puasa dan hutanh air.


ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH

Tiada Nikmat yang ALLAH berikan yg ingin akak dustakan.

ALLAHUAKBAR.
Berikanlah aku kekuatan ya ALLAH.


Thursday, December 18, 2014

698 ~ Disiplin....


Sejak 6 november akak dah berhenti berpuasa setiap selasa, khamis dan sabtu. Leka makan dan minum.

Baru2 ni akak dapati pengambilan air yg tidak terkawal menyebabkan BP akak tinggi dan hutang air juga semakin bertambah. Selesai dialysis masih lagi berhutang air. Mula2 hutang 500ml, kemudian naik 1000ml.. Sekarang naik 3000ml.. Rasa dah melampau sangat ni.

Sejak ahad lepas 14hb december akak dah mula berpuasa sebagai langkah untuk mendisiplin kan diri ini semula. Alhamdulillah.. Walau ianya lambat tapi akak dapat kurangkan 1000ml pada dialysis hari rabu. 

Harapannya mulai minggu hadapan akak sudah tidak berhutang sampai 3kilo lagi.
Semalam pemeriksaan doktor mmg banyak kelemahan dipihak akak tapi akak akan berusaha membaikinya...

Hari selasa puasa akak berbuka dengan penuh selera. Lauknya simple sahaja. Tapi Aisyah juga sangat berselera. Paling banyak aisyah makan nasi berlaukkan sup suun dgn petola dan fucuk.


Simple sangat lauknya..
Ikan goreng
Sup suun dan petola
Goreng ikan pelaling

Tapi....
Nikmatnya org berbuka dgn lauk begitu....

Hari ni hajatnya nak masak sambal ayam kicap dan sup suun dengan kentang...

Jom ke pasar kita menangkap ayam.

Wednesday, December 17, 2014

697 ~ Tak sangka cenggini....


Bersama-sama photo pokok buah pisang kaki ada juga disertakan photo pokok buah badam. Mmg akak terkejut sbb tak menyangka lansung pokoknya begini rupa dan macamana ianya boleh dipanggil kekacang juga.


Dua tiga kali juga akak bertanya nak mempastikan kesahihannya. Selepas akak gugel baru akak yakin.



Kehebatan menggugel dizaman sekarang...

Jika sekali lihat buahnya mmg akak menyangka buahnya sedap dingap... Mesti rasanya juicy dan manis.... Hahaha...
Macam akak menyangka Avocado waktu akak pertamakali membelinya 35tahun dahulu di Pasar Besar yg sekarang Central Market.

Semuanya menjadi kenangan paling manis buat akak. Sebab sayang nak buang akak potong elok2 dan jamu anak sedara akak makan.... Depa pun tak lalu nak telan, akhirnya terpaksa dibuang juga. Jika akak tahu ianya sedap jika di blend dgn susu pekat dan letak milo atau coco.... Then letak ais atau blend sekali dgn ais..... Hrmmmmmmmmmm


Tuesday, December 16, 2014

696 ~ Baruku Tahu....



Masa kecik2 dulu kalau nampak pokok ni arwah mak kata inilaa pokok pisang kaki...
Kalau dapat peluang tgk dekat2.. Memang akak cuba cari buah pisang kaki tu kot2 adalah kat pelepah2 daun tu tapi mmg tak ado. Mana nak ado kan... Bukan pokok pisang kaki.. Namanya jer saja Pokok Pisang Kipas.

Kesian arwah mak.. Sampai akhir hayatnya tak jumpa pokok pisang kaki yg sebenar... Arwah mak yg mengenalkan pada akak makan buah pisang kaki. Awalnya mmg akak tak berapa gemar tp sebab arwah mak suka membelinya dan menghidangkannya.. Dari tak suka jadi suka... ;-( ( Al Fatihah utk mak...)

Baru2 ini sewaktu akak di Adelaide kakak sedara nak bawa akak lihat pokok pisang kaki tp sebabkan acara akak ni berbagai2 dalam masa yg sangat singkat.. Terlepas peluang nak melihat pokok pisang kaki. Tapi baru ni kakak sedara ada ambilkan gambar pokok ini sewaktu beliau pi rumah kawannya disana.



Sebab tak nampak pokoknya akak gugel gambar pokoknya..



Makanya dapatlaa kita semua menikmati bagaimana sebenar pokoknya.

Arwah mak kita dulu tak salah. Cuma sebab tiada teknologi gugel.. Depa dok menyangka pokok pisang kipas itu adalah pokok pisang kaki....

Masa bual2 dengan DHW grup.. Semua mengaku mak depa bgtau pokok pisang kipas adalah pokok pisang kaki.... Hehehehehehe... Jikalah para mak2 kita dahulu ada peluang mengugel... Depa sempat memperbetulkan tanggapan begitu.....
Tapi...
Itulah kenangan manis kita dengan arwah mak kita dulu kan???...

Saturday, December 13, 2014

695 ~ 15 tahun dahulu....


Pagi 13 Disember 1999..
Dalam bulan Ramadhan..
Hospital Besar Melaka.
Waktu abahnya bertugas sebagai Pakar Perubatan Hospital Melaka.

Jangkaan Ain dilahirkan dengan uri dibawah maka dijadualkan lahir secara pembedahan tetapi sewaktu di bedah pakar bius mengatakan urinya dalam keadaan yang baik dan normal... Takpa.. Dah potong pun.

Team pakar perbidanan yg asalnya pakar perempuan menjadi pakar lelaki berikutan pakar perbidanan perempuan yg ditempah tak dapat melakukan pembedahan. Pertama kali dapat Pakar perbidanan doktor lelaki. 



Ain semasa kecilnya tidak banyak kerenah. Giginya tersusun teratur kecil2 dan jarang2. Rupa2nya pembentukan gigi yg begitu adalah sangat bagus kerana gigi kekalnya tidak bertindih dan tumbuh dengan sangat cantik.

Ain juga mempunyai stuffed animal iaitu Zebra yg amat dia sayangi. Kemana ia pergi Zebra tersebut sentiasa bersamanya. Pernah terjadi sewaktu akak di hospital menemankan kakak qeebnya dibedah, ain dan abahnya pergi keluar makan malam di restoren, abahnya terpaksa berpatah semula ke restoren tersebut semata2 kerana Zebra tertinggal. Akan menjadi gangguan pada semua ahli keluarga andai Zebra hilang.

Ain juga mempunyai lagu kegemarannya.
Akak sering memasang lagu 'Muhammad' iaitu lagu Nasyid yg mengisahkan tentang Nabi Muhammad s.a.w.
Tiapkali kami menaiki kenderaan lagu tersebut menjadi lagu nyanyian Ain. Walaupun ketika Ain tertidur.. Sebaik
Terjaga.. Ain akan terus menyambung menyanyi lagu tersebut seiring dengan lirik lagu yg sedang berkumandang. Dengan bunyi pelat sebutannya.. Itula kenangan manis kami.

Ain menunjukkan minat dalam melukis. Seawal usia 4tahun.. Ain telah melukis karikatur ahli keluarganya dan sahabat abahnya yg dtg berkunjung dirumah kami. Sebaik kita melihat lukisannya kita sudah boleh meneka karikatur siapakah yang dilukiskannya.

Kegemaran melukisnya menjadi2 apabila
usianya meningkat.


Pernah menghasilkan kartun animasi menggunakan laptop walaupun tanpa pendidikan bidang komputer. Hanya kerana minat yg mendalam, Ain berjaya menghasilkan kartun bergerak.

Pertuturannya amat terhad. Tidak mempunyai ramai kawan tetapi Ain pandai mencari kawan yg sealiran melalui akaun instagram. Kawan2nya adalah mereka yg mempunyai minat melukis
sama sepertinya.

Hari ini genap usia Ain 15tahun. Perjalanan hidup Ain masih jauh lagi.
Ibu dan Abah mendoakan agar Ain menjadi anak yg Solehah dan berjaya di dunia dan di Akhirat. 


Friday, December 12, 2014

694 ~ Mcm2 perniagan opis


Baru akak terperasan... Dlm pada dtg mencuci ada juga pesakit yg ambil kesempatan menjadi penjual. Kebanyakkan membantu kawan menjual barangan ygmana depa lansung tak ambil untung.

Sebelum ini, bila raya ada yg jual kueh raya... Jual keropok... 

Pg ini dgn kesejukan di opis, perniagaan selimut menjadi barang terlajak laris... Bagus betul. Akak pun turut membeli selimut kerana mmg terasa sangat sejuk kebelakangan ini di opis.



Selimut yg dijual aunty yg (tak ingat nama)... Selesa rasanya bila dipakai. 

ALHAMDULILLAH.

Wednesday, December 10, 2014

693 ~ Satu Malaysia maaaaa.....


Sewaktu menemankan Qeeb membeli kasut jogging di IOI City Mall, Putrajaya.. Akak terasa nak bernostalgic dgn merasa  kembali Tau Fu Fa yg pernah akak nikmati di tepi  Jalan Tuanku Abdul Rahman a.k.a Chow Kit Road...

Ada gerai yg menjual Taufu Fa dan Cakoi di beberapa Shopping Mall sekarang. Lebih selesa dan ada tempat duduk.

Malangnya Taufu Fa dah habis hari tu. Maka akak memesan Air Soya dan cakoi.



Sewaktu akak asyik menyuap cakoi dan di cicah dgn air soya... Pelanggan sebelah akak menegur.

Aso baju biru (ABB) : Wah! Awak pandai guna chopstick aaaa...

Akak : Dari kecik sudah pakai chopstick...

ABB : Wah ! Saya mkn nasi lemak awak makan chakoi....

Akak : Iya laaaa.... Satu Malaysia maa....

Bila diperhatikan mmg lucu.
Yang melayu dok mkn chakoi cicah air soya.. Yang cina dok makan nasi lemak.
Walau selalu jumpa senario begini tapi bila jd kat diri sendiri mmg agak terasa lucunya.....

Akak sangat sayangkan Malaysia......

Sunday, December 07, 2014

692 ~ Kisah Pemetik Cherry Dari Malaysia...


Ada beberapa kenangan manis akak waktu di Adelaide. Antaranya...

Hari Jumaat selepas dialysis akak dibawa oleh kakak sedara pergi memetik cherry di sebuah ladang cherry yg terdapat di Stella Creek Cherry Orchard, Plummers Road. Kiranya ladang tersebut agak jauh dari bandar Adelaide. Ianya di kawasan bukit2 dan agak tinggi.

Kakak sedara menggunakan jurupandu arah seperti Waze utk kesana. Kadang2 ianya berbunyi kadang2 senyap. Kami pun seronok berbual2 sehingga ada arahan yg diberikan tidak kami dengari.

Dalam perjalanan tersebut kami ternampak kaola liar sedang memanjat pokok, llama yang sedang dikurung di kandang... Pemandangan laut dan bandar Adelaide dari atas bukit.





Sewaktu lalu di kawasan begini kami ternampak Koala liar sdg memanjat pokok. Dek sebab teruja dan terkejut, akak lupa nak ambil gambar.

Olehkerana leka berbual dan tidak menghiraukan arahan yg diberikan oleh GPS.. Kami telah tersesat melalui kawasan hutan dan tepi lereng bukit yg jalannya berbatu dan berpasir... Agak menggerunkan dengan gaung yg curam di kiri jalan... Tak pernah akak panik dan cemas begitu. Tapi Alhamdulillah. Walaupun tidak mengikut arahan GPS.. Kami tetaplah sampai ke Ladang Cherry Stella Creek.


Memang menjadi impian akak hendak ke ladang cherry tersebut. Jika tidak pergi ketempat lain pun akak rela asalkan akak berjaya ke ladang cherry. ALHAMDULILLAH.. Waktu akak sampai di Adelaide adalah musim cherry masak ranum dan minggu akan berada di sana adalah minggu pertama Ladang Cherry membuka peluang kepada pengunjung untuk memetik cherry.







Terlalu bersyukur akak pada ALLAH yg memberikan akak kesempatan utk memetik buah ini dan melihat sendiri pokoknya. Akak memang sangat berminat utk melihat pokok2 buah2an seperti ini. 

Warna merah menyala dan pelbagai warna yg terdapat menunjukkan kebesaran ALLAH Taala yg sangat akak kagumi.



Kami dibenarkan memetik sebanyak 3kilo seorang dan bayaran dikenakan untuk masuk memetik dan juga harga 3kilo cherry yg kita ambil... Dek sebab teruja yg amat berada di bawah pohon cherry dan memetik dan makan terus dari pokok membuatkan kami hanya mampu mengambil sebanyak 4kilo sahaja. 

Cara memetik dan buah yg mana boleh dipetik juga diajarkan. Cherry bukan seperti buah betik yg boleh diambil ketika agak masak dan kemudiannya diperam, kerana cherry yg diambil muda akan kekal muda walau dipetik dan disimpan berhari2 sehinggalah ianya busuk. Ianya tidak akan berubah menjadi cherry masak ranum.

ALHAMDULILLAH.

Nanti akak cerita ttg pokok yg lain.

Friday, December 05, 2014

691 ~ Buah pinggang baru....


ALHAMDULILLAH

Mulai hari ini akak dapat Mesin Pencuci Buah Pinggang yg baru. Baru keluar kotak....


Tempat duduk akak berinjak dari tempat ketiga dari depan ke nombor empat. Kot2 ada teman2 yg nak dtg singgah... Tgk akak dah takda kat tempat lama yh betul2 mengadap pintu masuk....

Mudah dapat mesin baru. Rasanya cara pasangnya pun mudah dari mesin dulu. Boleh laaa akak belajar pasang blood line sendiri....


ALHAMDULILLAH...

Wednesday, December 03, 2014

690 ~ Masih Kisah Pasar.....


Anjat tite!!!

Masa akak pi pasar Adelaide tu mmg akak terperanjat....

Sebab tu kalau kita pi negara orang pastu asyik meng'convert' duit depa dgn duit kita, nak belanja pun kita jadi takut.

Tengok ni ya....


Mmg xcited nampak semua bahan2 tu ada kat sana kalau kita nak guna...
Tapii....
Part harganya tu mmg demam.
Mujur kita nak pakai utk masak seperiuk. Kalau nak masak utk ramai, terasa jugak ek?

Tapi kan nak citer juga...
Macam Limau nipis depa tu... Akak suka sangat. Dahlah lembut kulitnya licin permukaannya... Bila nak guna, tak perlu lenyek-lenyek terlebih dulu... Kita cuma belah dan terus perah. Jusnya..... Nak citernya.... Banyak.......... Jenis banyak jus.
Hak kita punya disini, kalau beli .. Raba kulit keras... Kulir tebal... Pastu sebelum potong nak perah, kena lenyek2 dahulu sebab nak bg kulitnya lembut dan jusnya keluar..... Tapi taklah banyak....
Pastu.. Hak sana punya baunya harummmmmm laaa sesangat.
Mana akak nak pi cari benih nak tanam limau tu, ek?

Jangan marah ya
Sebab memuji limau sana...
Sana nak share pengalaman...

Peace no War

I come in Peace

Thursday, November 27, 2014

689 ~ Andainya....


Akak nak cerita perihal pasar di Adelaide.
Memang perangai akak kalau keluar negara, akak cukup suka pergi pasar atau supermarket/hypermarket negara tersebut. Sesuatu yg sangat mengujakan akak bila ke tempat begitu.

Pasar di Adelaide adalah antara pasar yg amat bersih. Berbanding dengan pasar fi Hanoi, Vietnam.


Pasar di Chinatown, Adelaide.
3 tingkat tapi ruang perniagaan di tingkat bawah manakala 2 tingkat di atas adalah parking.



Buah2an yg sangat segar...
Baru dipetik dari Adelaide Hill.


Sayur2an yg segar.
Yg ini mmg akak tak pernah jumpa.
Brocolli campur asparagus?
Entahlaaa..



Udang, sotong, ketam dan ikan dalam bekas berkaca begini. Padanlah pasarnya tidak berbau... 
Ayam, daging dan khinzir juga di pamer dlm bekas berkaca.



Di pasar juga menjadi tempat yg sangat selesa kita nak menjamu selera. Dalam pasar tersebut ada ruangan orang berniaga makanan dimana kita boleh menikmati makanannya sama seperti dalam restoren2 besar.

Baju kita lansung tidak melekat bau ikan atau bau2 yg kurang menyenangkan. Padanlaa rata2 penduduk tempatan menikmati sarapan, lunch dan dinner dalam pasar tersebut.

Akak harap suatu hari nanti pasar2 di negara kita akan bertukar menjadi seperti pasar ini.



Wednesday, November 26, 2014

688 ~ Kepadamu ku bersyukur ya ALLAH


22 tahun sudah..


Tarikh 26hb kembali lagi.
ALHAMDULILLAH... Kita masih bersama2... Walau pernah diduga.. ALLAH masih memberikan kita peluang utk bersama.
ALHAMDULILLAH.

Tiada pernah lupa Orang ucapkan dengan penuh rasa syukur kerana Yang seorang yang terlalu baik dan sempurna.

Hadiah ulangtahun kita tahun ini ialah percutian Orang ke Adelaide. 



Turut menikmati keindahan kota Adelaide... Dengan bunga Jacaranda warna unggu.....


Memetik cherry warna merah...



Kehijauan pemandangan bukit bukau ...



Rawatan Dialysis yg amat superb dan ohsom... Keramahan petugas dan pesakit yg tidak membuatkan akak rasa janggal dan kesunyian... 


Walau travel sendirian... Tidak merasakan terabai dan sunyi... Segala2nya cukup sempurna...

ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH

Yang 
Tiada apa lagi yg hendak Orang bgtau hanyalah 
Terlalu bersyukurnya Orang meniti hari2 ini bersama Yang. Muga jodoh kita ALLAH panjangkan hingga akhir hayat.

Yang..
Tahun depan book kan percutian hebat lg ya?

Saturday, November 22, 2014

687 ~ Pemerhati juga orangnya....


Hari pertama dialysis akak bawa bekal nasi berlaukkan kari udang. Memang sangatlah menyelerakan dengan cuaca yg sejuk. Di luar waktu pagi mmg sejuk ditambah pula kedinginan penghawa dingin di dalam bilik rawatan dialysis... Dapat kopi O panas dan nasi mmg sangat membantu.


Kalau akak pandang, memang nampak dia bizi nonton tv.. Ataupun sedang berbual di talipon... Agaknya waktu akak tunduk mengambil makanan, dia curi pandang. Sebijik perangai uncle cina tua yg pernah menjadi scandal akak di HSerdang.



Selesai akak makan dan minum dan bekalan makanan pun dah akak simpan,
Mamat ni akan bertanya
" Rahmah.. U makan apa sebentar tadi?"

Akak bagitaulaaa ianya nasi berlaukkan kari Udang.
Dia yang seronok...

Hari kedua akak datang dialysis akak makan lambat sikit... Sebabnya ada di hidangkan minuman untuk semua pesakit. Akak ambil peluang nak menikmati kopi panas2 sebelum makan nasi...




Mungkin sebab lambat akak membuka bekalan, mamat ni dah bertanya.

" Rahmah... U tak bawa bekal nasi hari ini?"

Akak bgtau akak bawa nasi berlaukkan daging, sekali lagi akak nampak puashati
diwajahnya...

 

Bila dikenang2kan mmg laaa kelakar.
Tak ubah dengan perangai akak yg suka mengintai org lain makan....

Friday, November 21, 2014

686 ~ Dimana pun... Sama jer.


Hari pertama akak dialysis di Payneham, Adelaide. Akak datang tepat pada waktu. Mula 830pagi dah tiba..

Teman dialysis sebilik 4 org. Sebelah akak perempuan berusia, manakala hadapan akak seorang mat saleh muda dan berusia.






Mamat yang betul2 depan akak memang peramah orangnya. Banyak yanh kami bualkan. Semuanya berkisar tentang pengalaman kami dialysis. Dia dah 11 tahun dialysis dan dia mencucuk jarumnya sendiri... Dia set sendiri mesinnya. 

Akak mengalami kesejukan sewaktu dialysis. Cuaca di luar dan cuaca di dalam bilik rawatan membuatkan akak perlukan selimut dan setokin. Sungguhpun ada kedua2nya akak masih tetap menggigil.

Kali kedua akak datang dialysis, Anthony Toven sudah panggil nama akak. Dia minta akak tanya petugas di Hospital Serdang berapa suhu yg depa set di mesin dialysis. Akak dapat dan bgtau dia. Dia suruh akak bgtau petugas di Payneham supaya naikkan suhu daripada 35.5 kepada 36.5. 

Hari ketiga akak dapatkan rawatan akak
bgtau petugas dialysis akak perlukan dinaikkan suhu kepada 36.5.
Hasilnya.. Selama 4jam akak dialysis, akak lansung tak perlukan selimut.
ALHAMDULILLAH.

Hari ketiga akak dapat tempat duduk jauh dari Anthony. Anthony datang ke tempat baru akak dan lihat samada akak sudah minta petugas naikkan suhu. 


Setelah Anthony beredar, petugas disitu beritahu akak bahawa akak dapat privilage bila Anthony mengambil berat pasal akak sebab sebelum ini Anthony mmg tidak melayan sesiapa...
Well..... My name is Rahmah... I am from Malaysia.. I come in peace....