Tuesday, October 15, 2013

590 ~ Beraya dengan anak di asrama...



Pagi tadi selepas sarapan dan solat raya.. Kami semua bersiap hendak beraya di rumah BIL di Kota Kemuming.

Dalam perjalanan ke sana akak heran melihatkan suami dok memandu arah ke jalan yang berbeza untuk ke Kota Kemuning. Tanya juga tapi dia hanya senyum sahaja.

Setelah tiba di tempat yang akak kenal.. baru akak tahu rupanya dia nak jumpa anak dan cucunya...

Perlahanlan kereta dan mencari2 wajah familiar. 
Sehinggalah tiba di suatu kedai.. Qeeb mengenal 'anak'nya Taffy. Berhentikan kereta kami memberinya makan yang dibawa. Suami akak siap berpesan " Makanan ini hanya untuk anak yg berbin dan berbinti Abdul Kahar sahaja "

Qeeb dan Ain mencari lagi di sekitar kawasan. Bertemu Top. Nampak sihat dan gemuk. Mencari yang lain2 juga tapi tak bertemu.

Nak ceritanya mengapa kucing2 kami dihantar ke 'Asrama' di pasar....
Puncanya apabila kebanyakan kucing jantan kami mati kerana cedera teruk
di buli/gigit oleh kucing samseng yg bernama kelabu.. Kelabu ni kiranya
Samseng di kawasan perumahan kami.

Hiba apabila kucing kami kerap mati
dan bila di bawa klinik doktor nasihatkan untuk PTS. 

Ain bertugas menanam mayat2 kucing tersebut. Andai luka Ain dan Qeeb akan merawat hingga sembuh tapi selalunya luka dari kecederaan tersebut hanya membawa maut.

Unic dan Tuntung adalah mangsa yang menderita agak lama sebelum meninggal. Kesian melihatkan Qeeb dan Ain berhiba apabila unic merayu kesakitan. 

Manakala anak-anak akak tidak tahan dengan bulu kucing. Sering mendapat asthma dan terpaksa bercuti dengan kerapnya.

Keputusan di ambil untuk menghantar kucing2 tersebut di pasar. Alhamdulillah.... Bila nampak mereka lebih sihat dan selamat di sana berbanding di rumah.





Taffy...
Anak baby ching...



Top..
Sedang menikmati juadah raya..

7 comments:

  1. Famili insan berhati mulia dan penyanyang.Selamat Hari Raya AidilAdha hjh n famili.

    ReplyDelete
  2. orang yg sukakan kucing ni selalunya mempunyai hati yg penyayang dan rendah diri...Selamat hari Raya..

    ReplyDelete
  3. Walaupun dah hantar ke 'asrama' tetap pergi cari dan bagi makan ye kak. Kebetulan Aidiladha tentu ramai yg tak berniaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Aina
      Raya kedai makan tutup..
      Bagi depa makan juga.

      Delete
  4. Replies
    1. Qeeb masih sebak
      Bila beli barang ternampak whiskas.. Selalu belikan whiskas utk Ed.

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata