Friday, October 04, 2013

586 ~ Macam2 boleh buat rupanya...

Puncanya masa nak mencari kasut untuk ke pasar pagi tadi... Puas mencari yg sesuai. Almari kasut dalam rumah tiada.. Luar rumah juga tiada. Ambil masa juga mencari2 di antara kasut dan selipar2 lama.

Balik dari pasar terus kemas almari kasut dalam rumah. Mana kasut yg agak lama akak keluarkan dan bagi ruang untuk kasut2 yg baru. Kemas sekali nampaknya.

Kasut2 yg memang dah tidak digunakan lagi akak buang sahaja tanpa pikir-pikir. Maka banyaklah tinggal ruang untuk menyimpan kasut di dalam almari luar. Jika tidak tu, bertindih2 kasut lama dan kasut baru.

Ada satu kasut yang akak tak sangka akan menjadi habuk tapaknya ialaj kasut bola suami akak. Kasut itu hanya sekali dipakai sebaik dibeli. Hajatnya nak bermain seperti masa sekolah dahulu tapi apakan daya, pertama kali memakai kasut tersebut kaki suami akak telah tergelecek dan terus di antar ke unit kecemasan. Selepas diperiksa oleh doktor pakar tulang, buku lali suami akak dah patah dan perlukan pembedahan untuk memasukkan skru.

Waktu ini suami bertugas di Hospital Pulau Pinang. Bermain untuk perlawanan antara jabatan. Itulah kali pertama bermain bola setelah sekian lama tidak bermain sejak di tingkatan 5 dahulu.

Cerita pasal kasut bola tersebut. Kasut yang baru hanya menjadi kenangan sahaja dalam almari kasut. Rupanya bahagian tapak kasut akan hancur lama kelamaan. Sungguh akak tak menyangka. Bahagian atas kasut masih elok keadaaannya.

Selepas mengemas almari kasut akak pun bersiap2 masak untuk makan tengahari. Lauk hari ini sup ikan merah dan sambal ikan bilis jenis kering. Memang sesuai sekali.

Habis masak akak mengemas almari kabinet menyimpan pinggan mangkuk dan lain2 barang dapur. Banyak yg akak dapat buang dan jumpa. Ruang menyimpan lebih kemas sekarang.

Selesai makan tengahari, akak teringat janji dengan kawan baik untuk mengaji dengan Kak Lah di seksyen 3. Ikutkan hati mmg ingin baring2 dan berehat tapi akak dah janji sejak semalam dengan Shida untuk pergi semula mengaji dengan kak Lah... Mahu tak mahu akak bersiap dan memandu ke rumah Kak Lah. Dalam pada penat dan sakit2 badan akak tiba juga dan dapat mengaji petang ini. ALHAMDULILLAH...

Balik dari mengaji, akak ke dapur nampak ada dua biji pisang tanduk yang sedang masak ranum. Terus akak bancuh tepung beras campur dengan tepung gandum dan sedikit garam. 
Minum petang setelah bertahun tak pernah menggoreng pisang. Memang sedap.

Selesai solat asar, ada pula teman yang menalipon mengajak mengambil sambal ikan bilis kering dari Along. Memang sedap sambal ikan bilis Along berbanding dengan sambal ikan bilis terlalu kering yg akak beli melalui online baru2 ini. Akak yakin sambal ikan bilis Along akan mudah dijual pada pelanggan kerana rasanya dan kualiti ikan bilis yang digunakan. 

Memang banyak sekali yang dapat akak lakukan pada hari ini... 
Bermula dari menghantar qeeb dan ke pasar... Mengemas .. Memasak.. Mengemas.. Pergi mengaji... 
ALHAMDULILLAH....

10 comments:

  1. Alhamdulillah. Nikmat kesihatan, kekuatan, kerajinan, menunaikan janji, masa terisi dan banyak yang dapat dilaksanakan. Yang paling best nikmat berkawan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah
      Madora..
      Makanya Nikmat Allah yang mana lagi yg mahu kau dustakan...

      Delete
  2. banyak cerita dlm ni ada nostalgia saya sendiri.
    1.kasut...cikli bakar kasut saya dari uk...meraung kita.
    2.ikan bilis ...buat sambal kering utk adik pergi haji...selamat dimakan mujuq tak kena rampas .
    3.pisang tanduk...baru habis buat goreng...sedap sangat
    4.mengaji...ada emak disini..jadi anak murid dia sambil sambil jaga dia.

    Bila ada orang bercerita,kita pun sibuk dok ingat sama...enter frame sunggoh. hehe

    ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu
      Kdg2 kita ni lupa
      Bila ada tajuk yg serupa... Berlumba2 idea nak
      Bercerita tajuk yg sama
      Keluar...
      Bukan enter frame ;)

      Delete
  3. hehehhee..
    panjangnya cerita akak hari ni..

    selamat berhujung minggu kakkk!!

    ReplyDelete
  4. sebab tu kasut ni jangan disimpan. saya dah banyak kali...beli kasut baru, pakai sekali, simpan. lepas tu bukak balik takleh pakai dahhhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gB
      Masalahnya masa beli rasa macam muat dan nak pakai hari tu juga...
      Pastu... Mood ke laut
      Simpan...
      Beli yg lain pula

      Delete
  5. kekadang bila mood ok, banyak kerja boleh dibuat. tapi bila mood tak berapa nak cergas, lepak saja tanpa ada apa-apa outcome!

    ReplyDelete
  6. Betul tu
    Semua bergantung pada mood dan kesihatan...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata