Thursday, October 31, 2013

595 ~ Bila ke pasar....



Pagi khamis memang hari akak suka ke pasar. Kebetulan kena antar anak ke sekolah... Akak terus pergi ke pasar.

Nampak segala jenis ikan buat akak jadi rambang mata. Ambil jenahak seekor.. Siakap seekor, kerisi dan juga ayam. Mana boleh tanpa lauk ayam.. Pada Aisyah umpama makan tanpa lauk.

Hajatnya nak masak asam pedas ikan jenahak.. Gorengkan taugeh ipoh dengan udang dan kucai... Tapi... Bila dah pergi
ke gerai jual sayur2 kampong... Ternampak pula pucuk paku. Ambil 2 ikat.. Dan juga serai... Cili api... Daun kunyit... Lengkaplah bahan untuk membuat Pucuk paku masak lemak dengan udang.

Singgah di gerai bahan kering ternampak pula ikan gelama masin... Hmmmm dah terbayang2 lauk tengahari ini.

Makanya setelah siap menyiang udang dan pucuk paku..... Terus masak.
Gorengkan ikan masin.. Perahkan asam limau dan gorengkan bawang besar yg di hiris.... Hmmmmmmmm...

Pucuk paku yang berlebih sebab beli 2 ikat besar, akak gorengkan dengan belacan. Rangup2 saja....

Aisyah yang hanya mengadap ayam telah kesedapan makan gulai pucuk paku... Alhamdulillah. Tak laaa makan ayam sahaja.




Wednesday, October 30, 2013

594 ~ Dapat seperti di Bandung....


Ahad baru ni akak pergi makan tengahari di Restoren Garuda Nasi Padang, di Jalan Raja Abdullah, Kampong Baru.
Jika dahulu tapak restoren tersebut adalah di rumah seniman Tan Sri S.M. Salim.

Dah banyak restoren masakan padang yg akak cuba tapi yang ini memang betul2 kena dengan selera minang akak. Akak ni, jangan tak tau... Ada banyak selera... Jika tiba nak makan masakan thai... Mesti cari yg betul2 thai ... Basil
Nudle di Bangsar Village. Ada ketikanya tekak nak sangat makan nasi kandar..... Kudu Nasi kandar, Jalan Tuanku Abdul Rahman....jadi pilihan. Jika suka makan chinese style... Haji Sharin Low, Bukit Antarabangsa....

Semuanya menepati selera akak... Dengan rasa yg betul2 sempurna.....
Alhamdulillah.
Nikmat selera...


Monday, October 28, 2013

593 ~ Tak salah kan?


Peperiksaan baru ni Ain memilih untuk melukis sayur2an..
Sebagai lakaran Ain lukis pd mlm peperiksaan untuk panduan nanti.

Aisyah turut sama melukis gambar yg sama. Siap diwarnakannya lg.

Balik sekolah selepas peperiksaan lukisan tersebut, Ain dengan gembira memberitahu kami... Cikgu lukisannya mengatakan ... " Cantik giler.....". Kami tak sempat nak tengok lagi lukisan yg telah siap Ain warnakan.

Aisyah mendengar cerita Ain telah meminta Ain menunjukkan lukisannya pula pada cikgu lukisan Ain. 
Cuba nasib... Kot2 dpt pujian yg sama....
Cuba tak salah kan?

Lakaran lukisan Ain.


Monday, October 21, 2013

592 ~ Anak Bertuah ni....

Aisyah terlihat knee guard akak yang terletak atas meja belajar. Memang akak kerap menggunakannya bila pergi ofis kerana bila jalan jauh sikit tak terasa sakitnya lutut... Lebih2 lg bila naik tangga.

Aisyah : Abah... Ini apa?

Abah : Ini Knee Guard.. Ibu pakai kat lutut dia.

Aisyah : Tapi keciknya......( dgn nada hairan ) Bukanker ibu ada banyak lemak? Muat ke?

Hah!!!!
Mujur bukan ibu yang dengar...
Waktu abah sampaikan kisah itu pada ibu, ibu dah merah biru mukanya.....


Friday, October 18, 2013

591 ~ Simpan untuk kolej....


Sabtu lepas kami anak beranak sibuk membuang kotak2 lama. Memang terlalu banyak di simpan. Proses pembersihan mmg amat perlu...





Aisyah berpesan agar kotak yang ini jangan dibuang. 


Beg ini juga dia minta untuk disimpan.


Qeeb : Aisyah nak buat apa dengan kotak dan beg kertas ni?

Aisyah : Nanti bila semua orang ... Kakak, Qeeb dan Ain dah ada life sendiri.. Tinggal saya seorang nanti... Saya bawaklah kotak dan beg ini pergi kolej... Saya boleh tinggal dalam ni. Takdalah saya sunyi lagi...



Sedih juga dengar penjelasan Aisyah. Dah memikir nak hiburkan hati di kolej duduk dlm kotak.

Kotak ini juga dia jadikan meja semasa membuat homework dlm bilik kami.


Tuesday, October 15, 2013

590 ~ Beraya dengan anak di asrama...



Pagi tadi selepas sarapan dan solat raya.. Kami semua bersiap hendak beraya di rumah BIL di Kota Kemuming.

Dalam perjalanan ke sana akak heran melihatkan suami dok memandu arah ke jalan yang berbeza untuk ke Kota Kemuning. Tanya juga tapi dia hanya senyum sahaja.

Setelah tiba di tempat yang akak kenal.. baru akak tahu rupanya dia nak jumpa anak dan cucunya...

Perlahanlan kereta dan mencari2 wajah familiar. 
Sehinggalah tiba di suatu kedai.. Qeeb mengenal 'anak'nya Taffy. Berhentikan kereta kami memberinya makan yang dibawa. Suami akak siap berpesan " Makanan ini hanya untuk anak yg berbin dan berbinti Abdul Kahar sahaja "

Qeeb dan Ain mencari lagi di sekitar kawasan. Bertemu Top. Nampak sihat dan gemuk. Mencari yang lain2 juga tapi tak bertemu.

Nak ceritanya mengapa kucing2 kami dihantar ke 'Asrama' di pasar....
Puncanya apabila kebanyakan kucing jantan kami mati kerana cedera teruk
di buli/gigit oleh kucing samseng yg bernama kelabu.. Kelabu ni kiranya
Samseng di kawasan perumahan kami.

Hiba apabila kucing kami kerap mati
dan bila di bawa klinik doktor nasihatkan untuk PTS. 

Ain bertugas menanam mayat2 kucing tersebut. Andai luka Ain dan Qeeb akan merawat hingga sembuh tapi selalunya luka dari kecederaan tersebut hanya membawa maut.

Unic dan Tuntung adalah mangsa yang menderita agak lama sebelum meninggal. Kesian melihatkan Qeeb dan Ain berhiba apabila unic merayu kesakitan. 

Manakala anak-anak akak tidak tahan dengan bulu kucing. Sering mendapat asthma dan terpaksa bercuti dengan kerapnya.

Keputusan di ambil untuk menghantar kucing2 tersebut di pasar. Alhamdulillah.... Bila nampak mereka lebih sihat dan selamat di sana berbanding di rumah.





Taffy...
Anak baby ching...



Top..
Sedang menikmati juadah raya..

Friday, October 11, 2013

589 ~ Ambil berat pada kakaknya...




Aisyah...
Kadang2 dia nampak garang pada kakak-kakaknya tapi dia mmg ambil
Berat andai ada kakak2nya yg tidak sihat.

Dia tulis nota ini bila dia mendapat tahu Ain mengalami sakit telinga. Mungkin menyangkakan Ain tidak dapat mendengar pertanyaaannya nanti... Aisyah menulis nota beserta kotak jawapan Yes or No. Tak perlu Ain bgtau.. Cukup hanya tandakan yg mana satu....



Kisah kedua... Bila kakaknya megalami rashes.. Terus dia cari calamine
Lotion dan sebelum diberikan pada kakaknya dia membaca dahulu tarikh luput pada botol ini. Setelah pasti ianya masih sah digunakan... Barulah dia memberi pada kakaknya.

Tapi...
Kalau datang angin garang....
Grrrrrrrrr


Ibu dia pun geram nengokkan...

Semuga sikap ambilberat dan perihatin ini berlanjutan hingga dewasa ya Aisyah....

Jaga kebajikan kakak-kakak ya.
Bantu apa yang termampu jika mereka
Perlukan bantuan.


Tuesday, October 08, 2013

588 ~ Bila Rrrr menjelma....


Hari selasa adalah hari cuti...
Makanya pada hari inilaaa segala yg akak teringin nak makan akak cari atau akak masak.

Terasa-rasa nak makan Kari kepala ikan tenggiri. Ke pasar khamis lepas beri akak peluang membeli kepala ikan tenggiri yang baru. Hajat nak masak kari hanya baru hari ini dapat di buat. Kerana vitamin Mmmmm melebihi vitamin Rrrrr.

Seawal pukul 11pagi semuanya dah terhidang...
Rasa macam nak hidang macam makan di kedai. Guna mangkuk besar... 

Voilla......

Terasa kepuasan dan kesedapannya. Apatah lagi ikan nya fresh dan manis.

Alhamdulillah..
Nikmat yang Allah berikan.


Monday, October 07, 2013

587 ~ Makin Selesa....


Hari ahad selalunya kami membeli barang dapur. Dah banyak tempat kami cuba beli. Kali ini kami memilih untuk membeli di Jaya Grocer, Bangi Gateway...

Kebiasaannya kami beli barang dan kemudiannya pergi makan. Cuma tmpt ini kita boleh lakukan 2 dlm satu... Ambil barang dan sekaligus boleh order makan. Sambil menunggu makanan siap.. Kita boleh pileh2 barang lagi... Then jengok kot2 makanan dah siap... Jika siap
boleh duduk menikmati makanan....
Selesanya....





Budak ni baru discover ambil photo sendiri...

Senyum meleret tu...
Sebijik macam ibu dia...



Friday, October 04, 2013

586 ~ Macam2 boleh buat rupanya...

Puncanya masa nak mencari kasut untuk ke pasar pagi tadi... Puas mencari yg sesuai. Almari kasut dalam rumah tiada.. Luar rumah juga tiada. Ambil masa juga mencari2 di antara kasut dan selipar2 lama.

Balik dari pasar terus kemas almari kasut dalam rumah. Mana kasut yg agak lama akak keluarkan dan bagi ruang untuk kasut2 yg baru. Kemas sekali nampaknya.

Kasut2 yg memang dah tidak digunakan lagi akak buang sahaja tanpa pikir-pikir. Maka banyaklah tinggal ruang untuk menyimpan kasut di dalam almari luar. Jika tidak tu, bertindih2 kasut lama dan kasut baru.

Ada satu kasut yang akak tak sangka akan menjadi habuk tapaknya ialaj kasut bola suami akak. Kasut itu hanya sekali dipakai sebaik dibeli. Hajatnya nak bermain seperti masa sekolah dahulu tapi apakan daya, pertama kali memakai kasut tersebut kaki suami akak telah tergelecek dan terus di antar ke unit kecemasan. Selepas diperiksa oleh doktor pakar tulang, buku lali suami akak dah patah dan perlukan pembedahan untuk memasukkan skru.

Waktu ini suami bertugas di Hospital Pulau Pinang. Bermain untuk perlawanan antara jabatan. Itulah kali pertama bermain bola setelah sekian lama tidak bermain sejak di tingkatan 5 dahulu.

Cerita pasal kasut bola tersebut. Kasut yang baru hanya menjadi kenangan sahaja dalam almari kasut. Rupanya bahagian tapak kasut akan hancur lama kelamaan. Sungguh akak tak menyangka. Bahagian atas kasut masih elok keadaaannya.

Selepas mengemas almari kasut akak pun bersiap2 masak untuk makan tengahari. Lauk hari ini sup ikan merah dan sambal ikan bilis jenis kering. Memang sesuai sekali.

Habis masak akak mengemas almari kabinet menyimpan pinggan mangkuk dan lain2 barang dapur. Banyak yg akak dapat buang dan jumpa. Ruang menyimpan lebih kemas sekarang.

Selesai makan tengahari, akak teringat janji dengan kawan baik untuk mengaji dengan Kak Lah di seksyen 3. Ikutkan hati mmg ingin baring2 dan berehat tapi akak dah janji sejak semalam dengan Shida untuk pergi semula mengaji dengan kak Lah... Mahu tak mahu akak bersiap dan memandu ke rumah Kak Lah. Dalam pada penat dan sakit2 badan akak tiba juga dan dapat mengaji petang ini. ALHAMDULILLAH...

Balik dari mengaji, akak ke dapur nampak ada dua biji pisang tanduk yang sedang masak ranum. Terus akak bancuh tepung beras campur dengan tepung gandum dan sedikit garam. 
Minum petang setelah bertahun tak pernah menggoreng pisang. Memang sedap.

Selesai solat asar, ada pula teman yang menalipon mengajak mengambil sambal ikan bilis kering dari Along. Memang sedap sambal ikan bilis Along berbanding dengan sambal ikan bilis terlalu kering yg akak beli melalui online baru2 ini. Akak yakin sambal ikan bilis Along akan mudah dijual pada pelanggan kerana rasanya dan kualiti ikan bilis yang digunakan. 

Memang banyak sekali yang dapat akak lakukan pada hari ini... 
Bermula dari menghantar qeeb dan ke pasar... Mengemas .. Memasak.. Mengemas.. Pergi mengaji... 
ALHAMDULILLAH....

Wednesday, October 02, 2013

585 ~ RRRRRRRRRajinnnnnnya


Pagi semalam terasa sangat segar dan tersangat rajin....

Untuk lunch akak masak Briyani tanam. Gara2 berkenalan dgn anak saudara bib yg dtg dari Pakistan. Cara masaknya beza dari yg pernah akak masak.

Gambar dah salah aturan akak upload.
Patutnya gambar masak Nasi basmathi dahulu.
Then masak ayam dgn rempah. Then... Lapis2kan dlm periuk lain...

Sebaiknya periuk besar dan tutup dengan kain dan himpit dgn batu tumbuk (lesung batu).

Then buat acar mentah.

Goreng ayam mamak style... 

Kombinasinya.... Mmg makan berulang-ulang.

ALHAMDULILLAH
Diberi nikmat selera dan kesihatan yang baik.