Friday, September 27, 2013

584 ~ Jadi budak semula...



Lunch baru ni akak dengan tanpa memikirkan hari esok.. Telah mengambil lauk terung goreng berlada. Memang sangat sedap sambal yang dimasak bersama terung tersebut. Makan terasa sangat puas dengan kelembutan terung yang digoreng dan disambal...

Petang tu dah mula rasa tak selesa perut. Baring salah... Bangun salah...
Ke tandas tak da apa2 pula... Baring semula.. Rasa kurang selesa.

Pabila larut malam....
Ekceli lepas maghrib jer... Mula meraba2 cari minyak angin. Adalah beli minyak
Gamat buah pala tapi tak lut. Tak da kesan pun.

Ngadu pada anak. Anak bgtau kenapa tak guna minyak yang baru adiknya beli dua hari lepas. Terus minta pada anak yg beli minyak tu. Dapat jer terus sapu pada perut.

Masuk 3 kali gosok di perut... Keluarlah segala angin lintang angin taufan... Terasa lega perutnya...

Sebelum tidur sapu lagi.

Anak bagitau dia teringat masa dia
Masih kecil dulu minyak ini akak
Sapu di tapak kakinya dan adik2nya sebelum akak sarungkan setokin di kaki mereka. Tidur malam mereka tidak terganggu.

Rupanya minyak ini sesuai untuk ibunya juga yang mengalami kekembungan ....
Ahaks....



Thursday, September 26, 2013

583 ~ Pandai dia Saiko ibu dia......



Dia kena denda tak boleh main ipad selama sebulan kerana dia leka main ipad dan tidak buat kerja rumah yg cikgu dia beri.
Bila ditanya semedang dia kata takda homework. Bila periksa mmg tak nampak macam ada...

Kemudian, satu malam dia minta tolong selesaikan kerja rumah mathematik. Apalagi... Terbongkarlaaa rahsia.... Amik Kau!!!

Dah 2 malam dia tak boleh main ipad.

Tetiba dia jumpa permainan lama kakak-kakaknya... Seronok bukan main. Tapi bateri takda....

Nak ceritanya...
Masa ibunya belikan kakak2nya alat pembelajaran yang itu... Ibunya tak tahan dengan bunyi yang dihasilkan. Jika dah main waktu ibu nak lelap mata.. Mau tak hangat ibunya... Sejak habis bateri, tidaklah ibunya ganti2 lagi....

Bila dia jumpa... Dia tekan2 bersungguh2 walau dia tahu tak berfungsi... Sajalaaa nak saiko ibu dia...

Tak lut laaaa dik.....
Ibu lagi dah masak cubaan adik tu... dik.....





Tuesday, September 24, 2013

582 ~ Menyusuri jalan yg pernah arwah emak lalui setiap hari...


Ahad baru ni sebaik selesai bersarapan di gerai nasi lemak Kak Sham.. Akak dan teman berkunjung ke Pasar Chow Kit Road. Masih seperti dulu2.. Cumanya banyak peniaga indon berbeza dari dahulu waktu akak kecil2 dulu.

Akak masuk hingga ke dalam pasar melalui jalan2 yang Arwah Mak akak lalui setiap hari untuk membeli beras, ikan, ayam, daging, sayur-sayur, rempah2... dll lagi.. Masih akak ingat dengan jelas gerai mana yang arwah mak suka singgah beli beras, tepung, gula, kelapa parut, cili boh....

Tiba di gerai menjual sayur2 kampong teringat akak pada makcik yang menjual ulam-ulaman tersebut. Tiapkali akak mengikut arwah mak, makcik tersebut selalu memanggil akak 'menantu den'... Sampaikan arwah mak dah tak beri akak ikut dia ke pasar lagi... Hmmmmm jika tidak, jadi tokeh jual sayur kampong dan ulam-ulaman laaaa akak sekarang.... Heh heh heh...








Tiba di bahagian sayur-sayur, akak  masih ingat penjaja cina yang menjual di petak yang biasa arwah mak akak beli ikan kembung rebus dan sayur. Ikan kembung rebus khas untuk kucing peliharaan.. Mungkin anak tokeh yang dulu meneruskan jualan sayur ayah mereka.









Bila sudah lepas ke pasar chow kit.. Macam2 yg akak jumpa dan beli... Habis penuh kereta....





Kedai yang bertutup ni dahulunya kedai runcit milik tokeh cina. Arwah mak selalu membeli beras, gula dan tepung di sini.
Sebelah kedai runcit ini dahulunya kedai jual kelapa parut dan cili boh. Sekarang dah bertutup.



Saturday, September 21, 2013

581 ~ Demi tekak


Bangun pagi ni rasa masih mengantuk yg amat..
Ada rasa begini....



Then teringat nak sarapan.
Sesuatu yg jarang akak dapat waktu hari biasa.
Yes.... Nasi Lemak Beratur Paling Panjang Tengah Panas Seksyen 7...
( sebab tak kenal nama tukang jual... Dia bizi tak sempat nak layan n tegur customer dia....) Dia nak angkat muka bila tanya customer pun kejap sangat.. Kita yg kena tanya baru teragak2 nak bgtau berapa bungkus dan lauk apa.. Dia dah cepat2 atur polisteren nak letak nasi. Apa kita bgtau lepas tu, dia angguk2 jer... Kepala tak pandang kita.. Tangan dia jalan cedok itu n ini...

Sebaik selesai bagi duit.. Habis lah urusan kita dgn dia... Pandai kita la nak
balik rumah kita sendiri ke atau nak gi makan dengan kenkawan kat rumah kawan. Heh heh hehheh

Lepas dah selesai makan nasi lemak tersohor tu.. Akak teringat nak buat bergedil dan makan dengan meehoon sop.

Sediakan bahan..
Dengan bantuan chef impot...(beliau tak beri masuk gambar beliau) kami berdua gigih menyediakan bahan2 nak masak.

Kepakaran masing2 digunakan untuk menyediakan hidangan..

Memang seronok masak berteman. Memang akan jd xtvt bulanan kami nanti.

Selesai masak.. Kami pun mamam.
Hmmmmmmm ALHAMDULILLAH.. 
Terbaek rasanya....

Friday, September 20, 2013

580 ~ Gugurnya gigi besi


Aisyah mendapat gigi besi sewaktu proses cabut dan bersihkan gigi susu 2 tahun lepas. Gigi geraham yg masih elok dikekalkan dan di sarungkan dgn besi untuk menutup lubang pd gigi tersebut. 

Waktu mula mendapat crowning tersebut.. Tertanya2 juga sampai
bila gigi tersebut bertahan. Sehinggalah pada petang Rabu lepas, Aisyah datang memberitahu giginya dah mula goyang. Baru hari minggu tu akak mencabut gigi kacipnya. Waktu itu memang dia menjerit- jerit sebab takut sakit. Akak suruh dia diam dan bertenang. Rasa dulu samaada sakit atau tidak baru nak menjerit. Lama juga nak menenangkan dia.

Setelah Aisyah senyap, akak minta dia rasai samada sakit atau tidak jika akak mencabut gigi tersebut.

Sebaik akak cabut, dia tidak rasa apa2 malah tidak sedarpun gigi tersebut sudah dicabut.

Kerana itu bila gigi besinya sudah longgar, dia sendiri bagitau dan minta akak mencabutnya.

4 orang anak... Macam2 ragam waktu hendak cabut gigi.

Anak pertama..
Akak ikat giginya dengan benang dan
Ikat hujung yg lg satu pd tombol pintu. Bila akak tolak pintu, anak pun ikut pintu bergerak. Sudahnya gigi tak tercabut.. Akak kena bawa anak ke klinik gigi.

Anak kedua dan ketiga...
Pun mudah. Tak menangis bila gigi dah longgar. Tak perlu bawa ke klinik.

Anak keempat...
Lebih manja. Selalu menangis ketakutan bila hendak dicabut. Tapi waktu masuk hospital ketika nak cabut 5 btg giginya yg buruk.... Dia okay jer... Lps pembedahan dia tak menangis pun.

Macam2 kan kisah anak2 dan gigi....





Wednesday, September 18, 2013

579 ~ Rezeki bila ke pasar...


Dah jarang masak lauk begini. Selalunya masak satu hidangan sahaja. Contoh.. Jika masak kurma ayam.. Setakat itu jer.
Masak taucu ikan... Sekadar itu jer. Tiada lauk sampingan.

Semalam cuti dialysis akak ke pasar selepas menghantar qeeb.

Banyak idea timbul bila dah di pasar.
Ada kepala ikan tenggiri..
Sayur taugeh ipoh
Petai...

Jadinya akak terus teringin nak masak kari kepala ikan tenggiri.. Goreng taugeh dgn udang dan tauhu dan........ Center of attraction petai buat sambal kering dgn ikan bilis....

Alhamdulillah..
Nikmat selera yg ALLAH kurniakan buat akak terasa sangat bersyukur dgn keenakan kombinasi lauk2 begini..

Nak jemput makan tak boleh..
Maaf ya...
Dah habis...

Monday, September 16, 2013

578 ~ Panjang umur.. Jumpa lagi


Ustaz Mustafar adalah salah seorang guru mengajar mengaji akak semasa akak tinggal di rumah Zuraida di Bukit Damansara. Beliau merupakan bilal masjid Saidina Umar Al-Khatab.

Selalunya selepas maghrib beliau akan dtg kerumah dan mengajar hingga Isyak. Anak murid seramai 5 orang menanti untuk belajar. Macam2 karenah kami yg harus Ustaz tanggani. Dialek Nogori yg pekat membuat kami selalu ketawa.
Contoh:
Jika waktu menunjuk bacaan semasa mengaji guna jari.. Ustaz perasan kuku kami yg panjang.. Dia akan berkata:
" panjang kuku... Membolo setan ko???"
Jd kenangan sampai hari ni tiapkali teringat pada Ustaz.

Akak pernah meminta ustaz sempurnakan naik baru nesan arwah mak. Ustaz tidak menolak dan turut membacakan doa waktu majlis kenduri tahlil di rumah.

Hinggalah pd sabtu 14hb september baru ni, jemputan yg di sampaikan oleh kak ani telah kami penuhi. Anak murid yg lain tak dpt turut sama kerana seorang dah meninggal, seorang bertugas di Jeddah, seorang bertugas di luar daerah dan seorang lagi uzur. Makanya hari itu hanya kak ani yg turut serta.

Rasa seronok dpt jumpa ustaz semula setelah lebih 30tahun tak bertemu.
Ustaz masih kenal anak murid yg ini dan akak rasa sgt bersyukur kerana masih di panjangkan umur utk bertemu ustaz.

ALHAMDULILLAH.



Saturday, September 14, 2013

577 ~ Sepetang di Jalan Sultan Ismail

Dahlama akak tidak keluar waktu petang di Jalan Sultan Ismail. Jika bukan kerana jemputan dari kakak Ani tersayang yang ingin meraikan harilahir akak yang baru lepas... memanglah akak tak akan ke Jalan Sultan Ismail pada waktu puncak begitu.

Pertemuan di atur di Lemon Garden Cafe, Shangrila.. Buffet dinner bermula awal 630ptg maka kami bertemu seawal mungkin.

Akak keluar rumah pada pukul 400 petang. Takut jika lambat akan tersekat dalam kesesakan.

Perjalanan melalui Mex Highway sangat lancar. Tiba di Jalan Tun Razak, akak masuk Jalan Bukit Bintang depan Prince Court. Then masuk simpang Jalan Imbi depan Pavilion.. Kemudian ke kanan ke Jalan Sultan Ismail. Alhamdulillah... Lancar sungguh. Tapi jika lewat lagi tentu akak dah sangkut dalam kesesakan.

Pemandangan bangunan pencakar langit buatkan akak teringat waktu akak bekerja dahulu. Ini antara laluan yang akak tempuhi setiap hari. Memang membawa kenangan manis....






Kemudahan surau yang disediakan sangat memuaskan. Sederhana besarnya dan lengkap dengan tempat mengambil wuduq. Terletak di tingkat B2.



Menu buffet malam Khamis dan Sabtu ialah Seafood.
Makan sepuas-puasnya.
Alhamdulillah.




Gubahan bunga Pink Lily sangat indah.















Sunday, September 08, 2013

576 ~ Usia yang makin hampir....


Alhamdulillah
Bertemu lagi tanggal 7 september..
Bermakna bertambah usia dan semakinlah hampir kita pada pengakhiran hidup kita....

Seperti tahun-tahun sebelumnya.. Kami memang menyambut hari lahir setiap anggota keluarga. Seperti biasanya beli makanan dan kek kemudian buat makan-makan.

Semalam lain pulak acaranya.
Keluar makan dan beli apa yg dihajati..
Lokasi pilihan Bangsar Village, Bangsar.

Kesian budak ni.. 
Masih belum ada org yg bawa dia kemana-mana..
Masih meninjau dan memerhati kot2 doktor singa nak bawa dia makan angin... Ekekekekeke....





Akak memang sangat suka makan tomyam. Pilihan akak sebagai besdaygirl.. Hendak makan tomyam yg ori.. Mesti restoren ori thai.. Chef thai...
Cari punya cari dapat di sini.. Sebab kami jarang-jarang menyopping di Bangsar Village berbanding Mid Valley.. Mencari restoren yg menepati selera mmg payah.
Alhamdulillah mungkin sebab rezeki
Besday girl...

Sebagai entree kami memilih mengkham.. Akak pernah cuba waktu chef villa kami chef lek menghidangkan utk kami. Pertama kali cuba mmg pelek. Makan daun sireh kadok bersama sambal dan bahan sampingan. Cili api hiris, bawang hiris, halia dadu, limau dadu, kelapa bakar, udang kering dan kacang... Di satukan dan dilipat masuk mulut... Hmmmmm sangat enak...





Untuk hilangkan dahaga,
Shirley Temple.. 

Order tomyam, ikan kukus dan lain-lain. Memang puashati masakannya..
Terasa bagai makan di phuket..

Selalunya gerai tomyam yg biasa akak pergi tu mmg sesuai dgn selera tapi dah tidak berniaga pula. Restoren kakaknya pun tidak menyamai rasa masakan
Macam restoren yg selalu akak pergi tu.
Alhamdulillah.. Dah jumpa satu yang menepati selera.


Thursday, September 05, 2013

575 ~ Omak Ai.. Mengalahkan kami anak beranak..


Sejak kami berjinak-jinak membela haiwan peliharaan.. memelihara kucing sering membawa kami ke klinik haiwan. Macam-macam jenis klinik haiwan yg dah kami gunakan perkhidmatan mereka.

Teringat akak waktu 1st time bawa kucing demam ke klinik haiwan. Waktu itu akak belum ada lesen memandu dan masih sekolah. Olehkerana kasihsayang pada kucing.. Akak memberanikan diri membawa anak kucing kami ke klinik haiwan yg terletak di Jalan Pekeliling/Jalan Ipoh. Itulah pertama kali akak membawa kucing kesayangan kerana kucing tu demam dan tak lalu makan.

Arwah mak bermurahhati menampung kos rawatan anak kucing tu. Walau agak terkejut dgn kos rawatan tapi demi kasih sayang.. Relakan saja..

Kali kedua akak membawa ibu kucing yang kena infection pada rahim. Waktu ini akak dah berkahwin dan tinggal di Melaka. Akak cari di yellow pages, dapat vet di Bukit Baru. 

Kali ketiga waktu akak tinggal di KL. Kebetulan adik ipar seorang doktor haiwan.. Beliau menyarankan akak menghantar kucing kami ke Klinik Veterinar UPM. Dahulu klinik ini terletak jauh di dalam kampus UPM berdekatan dgn Mardi.

Kali keempat waktu kami tinggal di Penang. Anak kucing kami pertama kali bunting tidak pandai melahirkan lalu kematian anak dalam perut. Akak menghantar ke klinik vet di Jalan Batu Lancang. Tapi kaali ini anak kucing itu mati sebab jangkitan kuman dari kandungan yg mati dan kuman dah masuk dalam darah. Walau cuba diselamatkan melalui operasi tetapi malangnya ibu kucing itu tidak panjang umurnya.

Proses menghantar utk dapatkan Vaccin dan rawatan biasa selalunya akak buat di klinik haiwan biasa saja.

Tapi kali ini sakit yg dideritai oleh Panda bukan sakit biasa.. Diagnos oleh doktor.. Rectumnya terkeluar akibat dari Cerey berry... Perlu di bius dan di bersihkan rectum tersebut sebelum di masukkan semula... 


Hmmmmmmmmm
Pengalaman bela hamster, terrapin, arnab dan ikan tak pernah dibawa ke klinik haiwan. Depa mati terus tanpa kita kesan sakitnya.


Mulai saat ini  akak akan menghantar kucing di sini kerana hospital ini taraf professional kerana mempunyai kepakaran dan peralatan yg canggih.

Keadaan dan kemudahan yg disediakan sangat efisien berbanding klinik haiwan yg terdapat di lot kedai dekat taman perumahan rumah kita.





Wednesday, September 04, 2013

574 ~ Jumpa pula di Bangi......


Waktu akak tinggal di Melaka sekitar 92-94 dan 98 - 2001... Akak selalu jumpa dia ni kat Restoren Mata Kuching, Jln Mata Kuching..

Kemudian akak pindah Penang...
Jumpa lagi kat Minah Restoren, Glugor...

Then... Lama tak jumpa...

Sehinggalah semalam.. Di Kompleks PKNS, Bandar Baru Bangi.. Akak jumpa 
Semula dia ni...

Inilah 'dia ni'...
Kentang berlada dgn kacang, ikan bilis n tempe....
Rindunyaaaaaaa.....


Monday, September 02, 2013

573 ~ Hebatnya Ibu!


Aisyah : Abah tolong buatkan saya origami kapalterbang.

Dah siap kapalterbangnya, Aisyah cuba terbangkan kapalterbang ibu dan abah sekali.

Aisyah : Abah... Ibu punya kapalterbang terbang laju laaaa... Abah punya asyik jatuh ... Ibu hebatlaaaaaa....

Ibu : Well....( dah rasa diawangan sebab kapalterbang ibu mengalahkan kapalterbang abah terus nyanyi ... 🎶🎶 I believe I can fly....🎶🎶🎶)

Tetiba...

Aisyah : Ibu jangan berlagak...

Wah! Memang terkejut tapi melucukan...
Rasa bersalah pada abahnya kot buat dia kata begitu....

Apa pun....
Ibu lagi hebatttt.......

(Ibu punya yang Kiri-walaupun kecil laju...
Abah punya yang Kanan-besar tapi spec hancus...)
Ekekekekeke
-berani sebab duit gaji dah masuk...