Saturday, November 17, 2012

463 ~ Keranamu....



Pagi-pagi akak dah ke pasar mencari stok ayam untuk seminggu. Kejutkan Qeeb ajak teman...

Jalan-jalan order ayam di gerai biasa tu. Sambi menunggu dia siapkan pesanan, akak jalan-jalan di gerai ikan dan gerai sayur.

Qeeb teringin makan durian. Belikan juga... walhalnya akak memang berat nak beli durian kerana bila bawa masuk dalam kereta, satu kereta akak berbau... Demi anak.... takperlah....

Then beli ikan... Baru kenal ikan bawal emas... Penjual yang peramah kata buat stim, masak lemak cili api dan masak asam pedas memang sedap. Akak ke gerai sayur2 kampong mencari buah belimbing. Tiada musim... (nantilah kebun akak yang berpuluh ekar tu berbuah, tak heran dah belimbing kat pasar tu...)

Lain di cari lain yang jumpa.... Taugeh Ipoh... My faberet....

Beli dlm 700gm. Selalunya jika akak ke pasar Kajang sahaja baru mudah nak dapat Taugeh ini....

Balik rumah, terus bersihkan... Siapkan bahan2 semua terus masak.
\
Taugeh goreng dengan  kucai dan udang..


Perrrrggghhhh.... habis lebur puasa akak hari ni..

(Khamis hari tu kutuk Zahrah lebur puasa sebab sambal sardin... ALLAH tu bayar cash... selang dua hari puasa akak pun lebur sebab Taugeh Ipoh...)




Keranamu....... terbuka puasa ku....

4 comments:

  1. Taugeh kasar tu pun feberet saya, tapi kat Penang ni tak pernah jumpa!Kat Ipoh memang berlambak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Izan..
      akak ulupun tinggal di Penang. Dari tahun 2001 hingga hujung 2005.
      akak selalu beli kat Pasar Batu Lanchang. memang ada jual...
      U tinggal di mana?

      Delete
  2. IM yang membesar di ipoh pun tak tahu yang ini namanya taugeh ipoh. kami panggil taugeh kasar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM..
      akak tahu nama ni masa ikut arwah emak ke Pasar Chow Kit. Memang namanya dari akak kecik penjual cina ok panggil Taugeh Ipoh...

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata