Tuesday, November 06, 2012

454 ~ Percubaan setelah beberapa lama teringin...



Kedai sarapan pagi yang terletak di lereng bukit tepi jalan besar ni, memang dah lama menarik minat akak untuk mencubanya. Pernah satu hari kami selesai berjogging ingin singgah di sini tetapi kedainya baru saja habis jualan sarapannya... Itu cerita 4 tahun lepas... Pagi ni barulah ada kesempatan nak mencuba.

Melihatkan kereta banyak yang turun dan naik lereng bukit tersebut... buatkan akak bernekad ingin mencuba juga. Kebetulan pagi ini akak menemankan suami yang megambil keretanya di Spanco, maka berdua-dualah kami bersarapan pagi ni.





Ramai yang datang makan di sini melihatkan jumlah kereta yang parking di luar dan yang berada di dalam kedai. Yang bagusnya, service adalah tip top. Cepat ambil order dan cepat dapat makanan. Ada berbagai juada sarapan pagi. Ada roti canai, mee jawa, soto dan nasi lemak .




Akak cuba nasi lemak lauk sambal kerang.
Ada sambal sotong, sambal udang dan macam2 lagi..
Patutnya mintak nasi lemak sambal sotong dan kuah kari... memang sedapppp..




Cuba juga roti canainya...
sedappp.. lembut dan garing...
Kuah pilihan kuah kambing, kuah daging dan kuah Dhal.




Nampaknya boleh jadi port baru untuk sarapan...

12 comments:

  1. pernah makan disini..mcm2 ada..roti canai, nasi lemak, mee sup, lontong, otak2..tp saya cuma pernah rasa roti canainya aja. Memang sedap berbeza dari roti canai restoren mamak. Masalahnya meja manjang jer penuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shina...
      apalagi...
      jomlah dating di sini...

      Delete
  2. Replies
    1. pB,
      dekat Bandar Baru Bangi juga..
      di kawasan industrial..
      jika otw ke BBBangi, dekat kawasan kilang tu ada deretan stesen minyak, selepas Petronas..
      belah kiri naik kebukit.

      Delete
  3. aiseh~tetiba teringin kari kambing~~

    ReplyDelete
  4. Port baru ...ok lah tu akak. Mai umuq2 gini ....bleh buang2 masa berdua2an ....hehehe
    Saya pun selalu juga terjah port2 gini dgn husband ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. CA..
      betui tu...
      jadikan routine mingguan, kan?

      Delete
  5. alahai... IM dah lama tak makan roti canai konon nak jaga pemakanan.

    tapi bila baca blog ni... ntah la.

    teringat restoran nasi kandar popular, BM..

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM,
      shekali2 pekena..okay gak...
      (niatkan ubat...)
      hehehehehe

      Delete
  6. 4tahun baru dapat cuba? kawasan akak ni memang meriah kedai makan. nanti i cuba cari :)

    ReplyDelete
  7. Madora..
    Tinggal di kawasan melayu.. Mmg mudah cari mmakanan....alhamdulillah...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata