Balik dialysis... dalam pukul 1 tengahari, hujan turun selebat-lebatnya... memanglah tak dapat nak singgah memana.... Nak kena ambil boss yang menghantar keretanya di Spanco (lagi sekali).. then ambil Qeeb... Hujan turun sangat lebat.
Hajat nak singgah makan memana bertambah tak dapat bila boss nak berkejar balik ke Hospital kerana ada mesyuarat. Jika tidak boleh jugak singgah di mana-mana yang ada tempat parking bertutup....
Akhirnya dengan berat hati sebab perut sangatlah lapar...(maklumlah lepas dialysis...) baliklah kerumah...
Tak buka kasut lagi dah minta bibik tolong tumbukkan ikan bilis, bawang dan cili api....
Nampak banyak sangat pulak yang bibik tumbuk tu.... dapat idea.... jadi 2 lauk...
Yang satu diperahkan dengan asam limau kasturi...
Yang lagi satu di goreng dengan telur...
Memang sedapppppp... even baunya saja pun dah mengalir air liur...
Makan pulak dengan nasi yang panas...
ALHAMDULILLAH..
Tak perlu ayam, daging, kambing ataupun apa ...
cukup lauk begini cukup menyelerakan...
(tapi teman makan lauk begini hanya anak yang nombor dua tu.... yang lain memang tak pandai...)
####
Pesanan dari pencerita..
Penggunaan cili api yang berlebihan akan menyebabkan ketidak selesaan pada usus anda.. Sejak maghrib tadi pencerita dok keluar masuk WC..
Harap kurangkan penggunaan cili api dalam lauk anda...
Sis..kalau makan sbb nak hidup..lauk simple pun jadikkk. Tapi cuba kalau hidup sbb nak makan..lain lah pulak jadinya..Mula lah selera mengada2 kan..Heheh
ReplyDeleteShina..
Deleteapapun jika ada SELERA.. semuanya boleh makan.
bila SELERA hilang... apapun tak lalu dah...
hihi..setuju!
Deletelincin!!
ReplyDeletehehehehehe...
Deletepinggan tu tak payah basuh jika dijilat bersih... :-)
Assalamualaikum Rahmah,
ReplyDeletehik3x bila perut dah lapar, apa saja sedap.
Akak bila dah lapar, gigil2, tak sempat nak masak, buka sardin dan panaskan, campak hirisan cili padi dan bawang besar, perah asam limau..
Aduhai..itu pun sedap juga
Waalaikumusalam kak nani..
Deletebetul tu..
jika dah lapar.. apapun sedap...
alamak! kita lak lapar balik ni....
ReplyDeletekak ezza...
Deleteapalagi... tumbuklah ikan bilis, cili dan bawang.. perahkan limau...
campur ngan telur dadar ke @ masa tumis kak?
ReplyDeleteteringin nk cuba
Lynn..
Deletemasa tumis tu... dah agak garing masukkan telur dan kacau2 sampai telur kering dan garing...
IM tak suka pedas berbanding ibu_suri yang takada sambal tak lalu makan.
ReplyDeleteIM..
DeleteBagus orang yg tak suka makan pedas...
saya menderita dari malam tadi sampai pagi ini sebabkan kepedasan yg melampau...
bagus eh orang tak suka pedas hehe
ReplyDeletetapi selalunya orang pandang serong kat i, macam menyusahkan orang pulak.
madora...
Deleteorg yg pandang serong tu elok cucuk jer mata dia macam kassim selamat...
bagi mata bukan untuk pandang org lain serong...
I totED peyut minang, klu stakt dgn ciliapi tu no hal lah..
ReplyDeletehahahahahaha
Deletepeyut minang pun ada yg datang 'second hand'..