Malam semalam ada tayangan perdana SkyFall 007.. pegawai JPJ yang garang tu mengajak akak pergi menonton 007. Seawal pukul 630ptg kami sudah keluar rumah.
Jalan yang sesak kerana waktu orang balik bekerja dan hujan yang sangat lebat membawa kami mengikut route baru untuk ke Garden, Mid Valley. Dari Lebuhraya Seremban, kami ambil NPE di Bukit Jalil dan kemudian ke Bangsar. Dari Bangsar buat U-Turn di persimpangan Jln Travers menuju Brickfields, then ambil jejantas yang terus ke Garden. Lebih mudah cara ini.
(Landmark TNB di Jalan Travers menuju ke Brickfields... Sejak kecik2 dahulu akak dah cam kan apabila melalui Jalan Travers... Malam tadi bagai mengembalikan nostalgia )
Cerita 007 ini akan mula ditayangkan 1hb November. Tayangan perdananya malam tadi. Banyak jemputan yang akak kenali turut bersama-sama menonton.. Antaranya bekas guru kelas tingkatan 1/guru Bahasa Inggeris akak, Puan Salmah Ahmad yang kini Puan Sri Salmah yang dahulunya suaminya Tan Sri Dato Kamaruzzaman pernah menjadi Datok Bandar Kuala Lumpur. Dan rupanya Dato' Arumugam (Alleycats) duduk di kerusi hadapan akak...
Seperti biasa.... di pertengahan cerita akak akan tertidur. Hampir selesai cerita baharulah akak terjaga..
(Ada part yang akak ingat masa hero bawak kereta dan boss dia M duduk sebelah. M merungut jugak... Lepas tu hero hampir dah nak tekan satu butang merah kat gear kereta, yang boleh eject M keluar dari kereta... Yang bestnya masa tu M dah redho jer.... tapi hero tak tekan pun butang tu....)
(biasalah tu... kepenatan... dirumah pun serupa... buka tv tapi akhirnya tv pula yang menengok kita)
Sebelum tayangan bermula akak dijamu oleh
hahaha, baik hati pegawai jpj nak ambik hati pemandu lepas macam² teguran!
ReplyDeleteKOG..
Deletememang baik pegawai JPJ tu...
even saman polis pun JPJ tu bayarkan...
hahahahaha
mana nak cari???
kim salam pegawai JPJ tu!
ReplyDeleteDoc...
DeleteDah sampaikan...
:-)
Laaa dah sampai bangsar lain kali singgah lah sat!
ReplyDeleteUncle...
DeletePMlah alamat..
lainkali ke Bangsar boleh ziarah Uncle...
saya lapaq. saya nak makan!
ReplyDeletegB..
Deletecuba tgk lauk hari ujan akak ari ni..
memang menyelewakan...
Burp.... sendawa lagik...
baiknya jpj tu....sedapnya makanan tu.....
ReplyDeletep/s:lama x komen..rindunya....
Dil...
DeletePakcik JPJ tu mmg baik...
makcik pun lama tak dapat singgah...
IM tak minat tengok 007. lebih baik tengok superman ke, siderman ke...
ReplyDeleteIM..
Deleteakak pun tak minat 007 tapi sebabkan pegawai JPJ tu dah mengajak.. jika dia bawa orang lain lagi nayaa....
-kan akak citer akak tertidur sambil menonton... kekekeke