ALHAMDULILLAH....
Akhirnya berjaya berkat tips yang disampaikan menerusi blog qasey honey seperti yang telah di 'suggest' oleh Shamshina... terima kaseh banyak2....
Balik dialysis hari ni terasa sangat lapar. Nak singgah makan kat kedai macam tak da selera nak makan lauk yang dijual. Akhirnya dalam peta minda dah merangka hendak masak sambal ikan bilis dengan tempe dan goreng taugeh dengan kucai...
Teringat masa sekolah dahulu. Bila sekolah petang, kami sekolah rendah, 6 bulan sekolah pagi dan 6 bulan lagi kami kena sekolah petang... Waktu sekolah petang, akak sempat masak lauk ini untuk bekal atau makan sebelum ke sekolah. Kiranya ini adalah lauk yang paling mudah nak masak... Cilinya beli cili boh sahaja.... (Dahulu bukan mudah nak dapatkan mesin pengisar cili....)
Jika paling malas pun, akak cuma goreng telor mata kerbau... Curah kicap... memang menyelerakan...
Jika sekolah pagi, banyak idea untuk sarapan pagi. Nasi lemak kukus makcik Som ada dijual di Kelab Peranakan Jalan Raja Muda... (betul2 depan sekolah rendah kami..) Ataupun boleh singgah di gerai masakan minang tepi jalan menghala ke sekolah. Rendang Limpanya atau rendang dagingnya memang the best....
So, lunch tadi akak terus masak, mujur anak ramai... sorang sikit kena petik taugeh sampai habis.... sekejap jer sebab mujur anak ramai.... :-)
ALHAMDULILLAH...
Dapat masak lauk Nostalgia.....
So.. tak jadi pindah..... dah dapat kekal and upload gambar di blog yang sama.... hehehehehehe
######## Buat teman semua, jika ada nama blogger yang komen kat blog anda semua lepas tu keluar nama aisyahsakinah... hehehehehehehe.... harap maklum itu adalah akak @ ibu abah juga... hehehehehe