Monday, May 21, 2012

347 ~ Teringat waktu dulu... (Putu Mayam)






Setiapkali akak menikmati Putu Mayam sekarang ni, akak sering teringat waktu kecik2 dahulu. Kami penduduk di Jalan Raja Muda, Kg Baru ... menikmati Putu Mayam yang dijual oleh seorang hindu yang  menaiki basikal. Yang akak ingat waktu dulu Putu Mayam hanya dijual oleh orang hindu sahaja. Mungkin kerana mereka yang mempelopori makanan ini.

Setiap pagi atau petang kelihatan penjual hindu yang sama membuat jualan mengelilingi kg baru. Setiap kali akak lihat penjual tersebut dengan minyak rambut yang membasahi rambut yang disisir rapi... walaupun dahulu dah ada golongan yang berambut panjang bagai hippies... tapi penjual Putu Mayam kami ni, kelihatan sangat kemas dan segak.

Gula yang digunakan ialah gula merah. Cuma sekarang penjualnya menggunakan gula perang. Walau bagaimanapun sedap lagi gula perang dan lebih bersih dari gula merah. Dahulu, gula merah kadang-kadang terjumpa macam ketul batu kecik2... bila nak cicah putu mayam memang kena berhati-hati... jika tergigit boleh patah/sumpik gigi...

Waktu akak berpindah randah dari melaka, kuala lumpur, melaka, penang dan selangor... lama jugak akak tidak dapat menikmati Putu Mayam. Bila sekali terjumpa ada peniaga melayu menjual putu mayam di pasar malam, terasa bagai bertemu teman lama. Syukurlah... sekarang dah ramai peniaga melayu mendominasi jualan putu mayam. Tidak perlu lagi mengharapkan penjual hindu.

Alhamdulillah....

8 comments:

  1. makcik....feveret dil gak ni...aduiyai.....huhuhuhu........

    ReplyDelete
    Replies
    1. DIl...
      jika Dill yang makcik kenal.. memang boleh saja nak buat jika teringin sangat nak makan... Alangkan yg payah2 pun Dill dah berjaya buat....

      Delete
  2. saya pun masih ingat tu..penjual putu mayam kat kawasan kejiranan saya tu pagi2 dah laung.."Maaaayammmm....Maaaaayammmm" bergegas lah kita keluar tunggu nak tahan basikal dia depan rumah...nostalgia sungguh bila tgok foto ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu...
      banyak benar kenangan manis kita waktu tahun2 70an dan 80an dahulu yg kita tak jumpa sekarang...

      Delete
  3. dia tulis kat tong tu
    'putu mayum'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yuppp betul tu Doktor...
      Putu Mayum... yesss....

      Delete
  4. The best putu mayam yang pernah pB makan ialah

    putu mayam yang dijual di Pasar Satok , Kuching , Serawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pB
      Jika bila2 aka ada peluang ke Pasar Satok... teringin jugak nak cuba...

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata