Teringat semula semasa sekolah rendah akak cukup suka membeli buku komik TINTIN.
Kedai buku yang menjual buku komik ini adalah Pustaka Antara, Jalan Tuanku Abdul Rahman dengan nama yang paling dikenali ialah Chow Kit Road. Waktu tahun 1970an, itu adalah antara kedai buku yang terbesar di Kuala Lumpur.
Akak memang rasa terhibur bila dapat senaskah komik TINTIN. Habis baca kumpul lagi duit atau menggunakan taktik yang paling licik iaitu... bawa Arwah emak sekali masuk kedai buku. Ambil satu buku TINTIN dan pujuk mak bayar... Seribu satu macam alasan akak berikan agar mak setuju belikan tanpa banyak soal. Alasan yang paling logik ialah kononnya Cikgu yang suruh beli sebab nak bagi mahir berbahasa Inggeris. Bila guna alasan Cikgu, mak pun lemah dan mengalah.... Heh Heh Heh....
Sekarang anak akak yang ketiga iaitu Ain cukup minat membaca komik ini. Dia beruntung sebab tanpa perlu buat berbagai alasan, abahnya sangat suka membelikan komik ini untuknya. Rupa-rupanya abahnya juga minat membaca komik ini kerana masa kecik juga abahnya selalu ke Pustaka Antara membeli komik ini...
( Kenapa tak jumpa masa tu yer????? heh Heh heh )
rahmah...Pustaka Antara ni bawak banyak kenangan kan..kat situ la beli buku2 rujukan..bangunannya ada lagi ke?Siti fatimah dulu keja kat situ masa tunggu SPM..
ReplyDeleteYani...
Deleteyesss... situ saja tmptnya nak cari buku rujukan dan buku novel... siti fatimah lama jugak kerja kat situ...
kenangan kita masa muder... kan?