Thursday, May 31, 2012

351 ~ 3 Sekawan..


Jika di tahun 70an dahulu ada drama TV yg bertajuk 3 Sekawan... Zaman Millenium ini 3 sekawan terdiri dari Bib, Ustazah Ina dan akak....

Tekalah sendiri kaki yang mana milik siapa...





Awal pagi lagi kami tinggalkan kesayangan.... termasuk bantal busuk untuk memenuhi hajat Ustazah Ina yang dah merindui nak merasai kesedapan Nasi Lemak Kukus Kg Baru....
Alhamdulillah.... jalan dari BBBangi ke Kg Baru tidak mengalami kesesakan mungkin kerana ramai orang masih bercuti di kampong... Selesanya...

Masing2 makan tanpa berbunyi sedikitpun... memang nikmat...

Tahu2nya dah habis...





Singgah menyopping di Sogo dan di Jalan Tuanku Abdul Rahman...
Macam-macam yang hendak dibeli...
tak perlu beli pun rasa macam mesti beli...




Sebelum balik BBBangi... dah terlanjor turun KL...yang sangatlah jauhnya tu menurut Kak Som Al Kisah...
haruslah... nope... wajiblah... kami singgah untuk menjamu selera di sini dahulu...
Cozy Corner, Ampang Park...
Mee Hailam yang jadi juadah yang paling digemari...




Alhamdulillah...
Perut kenyang... barang2 penuh satu bonet kereta...
menyopping tak hengat donia....

Perjalanan pulang sangat lancar tanpa kesesakan jugak...
bagusnya jika hari2 cuti sekolah... Kan?

Sunday, May 27, 2012

350 ~ Budak takda huruf R pada namanya...





Aisyah selalu menyebut dengan nada tidak puas hati kerana pada namanya tiada huruf R berbanding dengan nama ibu, abah dan kakak2nya... Selalu dia bertanya kenapa namanya tidak diberi huruf R.

Aisyah : Kenapa semua orang dalam rumah ini punya nama ada nama R, nama saya takda huruf R?

Ibu : OK... jika Aisyah hendak juga nanti ibu tukar... jadi Airrrrrrrsyah Sakinarrrrrr.... OK tak?

Aisyah : Tak sedaplah... bagilah betul2...

Ibu : Nak letak macam mana lagi? Aisyarrrr Rakinah?

Aisyah : Janganlah... tak sedappp... (dah mula nampak nak menangis)

Kadang2 bila Aisyah sengaja cari fasal seronok juga kami sebagai ibu dan abahnya menyakat.

Abah : OK... nanti abah Rotan... Aisyah dapatlah Rrrr.... Agaknya sebab Aisyah dah lama tak kena rotan itu yang Aisyah mintak sangat nak huruf R.

Aisyah : (Lagilah meraung....)

Abah : Budak yang namanya takda huruf R memang patut kena rotan... takda hal, carik hal...

Ibu dah tak tahan nak ketawa. Sebab kami sering panggil Aisyah budak yang namanya takda huruf R.

Aisyah lari keluar dari bilik sebab dah tak tahan kena usik.

Seronok kan? Menyakat budak kecik....


Friday, May 25, 2012

349 ~ Buat ketawa sorang2 jer...





Dalam perjalanan pulang dari ofis tengahari tadi... pandang cermin pandang belakang....
tiba-tiba rasa sangat terkejut...

Ada satu mamat ni bawak kereta tapi lepas2 tangan sebab nak cerita...
( Kan ada jenis yang cerita siap angkat2 tangan tinggi2.... depang dua-dua tangan pulak tu...)

Akak jadi sangat takut sebab jarak keretanya dan kereta akak sangat dekat...

Di kesempatan yang lain akak perhatikan betul2.. amati betul2..
rupa-rupanya kereta yang di pandu sebelah kiri..
Left Hand Drive Maaaa....
sebab tu penumpang kanan hadapan cerita bersungguh-sungguh
sebab bukan dia yang pegang stering...
heh heh heh heh.......


Thursday, May 24, 2012

348 ~ALHAMDULILLAH.. Rahmah bahagia.. Tuhan Kurniakan...



ALHAMDULILLAH..
Tamatlah sudah pengajian mengaji secara bersanad... Kumpulan kami semuanya dah Khatam dengan bersanad. 

Terasa hilang segala keletihan pergi mengaji 2 kali sehari... 2 juz sehari... Ustazah Aslina yang sungguh komited... ALHAMDULILLAH...

Jika dulu mengaji, tapi tak habis dengan satu guru. Samada akak pindah atau guru yg mengajarnya menunggu akak nak khatam sehinggalah dia ambil pencen... (Tak sanggup nak menunggu) Tapi kali ini.. dengan Ustazah Aslina memang tak da main-main.. Dia sangat komited. Dari mula mengajar, dia dah nekad nak bagi habis sampai Khatam.




Ada ketikanya balik dari dialysis memang sangat penat, baru kepala nak cicah bantal... Ustazah Aslina dah call mengajak mengaji. Lembut pelawaannya. Memang tak sampai hati nak tolak. Dipujuknya daripada janji awalnya baca cuma 5 muka surat... naik kepada 10 muka surat... lepas tu dia suges.. habiskanlah satu juz dah alang2 ni... Maka naiklah satu juz....



Anak murid yang pertama kali khatam.. Kak As...



Semua anak murid yang dah Khatam dapat hadiah Graduasi...




teman yang mengajak masuk kumpulan mengaji.
Bib... my kembar...



Seawal 5 pagi dah bangun nak sediakan masakan untuk majlis.
Nasi Ayam..




Menyambut hari lahir kak As yang kami sayangi.




Sedikit cenderamata buat Ustazah tersayang...





24hb Mei...
sangat teruja...
sekian lama menanti..
persiapan dah berbagai-bagai...
Terima kaseh Ustazah Aslina... menjadikan nya kenyataan....
terima kaseh Bibi Sharifah, Kak As, Liza, Ina, Kak Ani dan Noly...
sama-sama kita belajar.....
Petang nanti akak uploadkan gambar2nya ya...
Insya'ALLAH....

Monday, May 21, 2012

347 ~ Teringat waktu dulu... (Putu Mayam)






Setiapkali akak menikmati Putu Mayam sekarang ni, akak sering teringat waktu kecik2 dahulu. Kami penduduk di Jalan Raja Muda, Kg Baru ... menikmati Putu Mayam yang dijual oleh seorang hindu yang  menaiki basikal. Yang akak ingat waktu dulu Putu Mayam hanya dijual oleh orang hindu sahaja. Mungkin kerana mereka yang mempelopori makanan ini.

Setiap pagi atau petang kelihatan penjual hindu yang sama membuat jualan mengelilingi kg baru. Setiap kali akak lihat penjual tersebut dengan minyak rambut yang membasahi rambut yang disisir rapi... walaupun dahulu dah ada golongan yang berambut panjang bagai hippies... tapi penjual Putu Mayam kami ni, kelihatan sangat kemas dan segak.

Gula yang digunakan ialah gula merah. Cuma sekarang penjualnya menggunakan gula perang. Walau bagaimanapun sedap lagi gula perang dan lebih bersih dari gula merah. Dahulu, gula merah kadang-kadang terjumpa macam ketul batu kecik2... bila nak cicah putu mayam memang kena berhati-hati... jika tergigit boleh patah/sumpik gigi...

Waktu akak berpindah randah dari melaka, kuala lumpur, melaka, penang dan selangor... lama jugak akak tidak dapat menikmati Putu Mayam. Bila sekali terjumpa ada peniaga melayu menjual putu mayam di pasar malam, terasa bagai bertemu teman lama. Syukurlah... sekarang dah ramai peniaga melayu mendominasi jualan putu mayam. Tidak perlu lagi mengharapkan penjual hindu.

Alhamdulillah....

Saturday, May 19, 2012

346 ~ Bila dah Makan tak Sedau Hengat...







Khamis baru ni ada majlis Khatam Quran sahabat/kembar akak. Selesai majlis mesti/wajib ada makan/minum... Memang akak makan hingga tak sedau hengat...

Balik dari majlis perut dah rasa semacam....
cari minyak Tiger Balm.. sapu kat perut dan tengkuk...
tak lega jugak...
ambil Gripe Water...
Masih tak lega...

Ambil Zellog
tak lega jugak....
kesakitannya terasa sampai ke pinggang...
akhirnya..
panaskan air.. masukkan air panas kedalam bekas air panas jenis plastik yang sangat elok jika dituam di bahagian perut yang sakit dan belakang yang sakit...
Sejam dua... Legaaaaaa....

Memang kena berhengat-hengat..
Umur dah tak berapa nak muder ni memang kena jaga2 sikit pemakanan...
jangan main makan sahaja... kena ada rasa berhati-hati
sebab bila yang dah sakit..
Sendiri tanggung Lorrrr...







Thursday, May 17, 2012

345 ~ My Precious..(bunyi macam smeagol sebut)



Baru2 ni akak ke MBO di Gardens, Mid Valley. Akak memang suka mencari2 buah yang agak payah nak ditemui di supermarket biasa.. ternampaklah buah ni... masa gi London 20 tahun  lepas... sempena honeymoon... adalah musim buah ni. Puas jugaklah makan. Harganya jika disana sangat berpatutan... tapi sekarang ni buahnya dalam 20biji harganya mencecah RM29.65 dan sekilo mencecah RM129.00 Haiyooooo.... mujurlah tak perlu beli sekilo baru dapat rasa...

Hmmmmmm... kenapalah tak boleh nak tanam belakang umah tu?????




Wednesday, May 16, 2012

344 ~ I M not Derhaka... (just degil...)


Semalam adalah hari Thalatha... Hari Thalatha selalunya akak suka puasa... Bila puasa, tekak akan cepat tergoda....

Ada entry khas dibawakan oleh majalah terkenal dan tersohor iaitu Al Kisah yang telah mendedahkan rahsia memasak Kambing masak Kicap. Nope... bukan sebarang kambing... bukan kambing hitam atau kambing yg tak mandi pagi... Ini adalah Kambing Biri-biri Ostolia... Ha'ah tak main-main... Ostolia mari....



Antara bahan-bahannya..
( Nak lebih lanjut bukak dan carik kat Al Kisah )
Ada tomato, ada French Loaf ada Kismis lagik...




Semalam juga sessi mengenalkan rempah ratus yg beratus-ratus kat Zahrah...
Ada bunga lawang, bunga cengkih, Pelaga, Kayu Manis dan rempah kari daging...
Tak lupa juga minyak sapi...




Kak Thom...
nampak ke'hitaman' dan ke'legaman'nya?




Bila makan cicah roti..
Aduh...
memang enak buk...
Tanpa sedar sudah abis satu ketol roti..
(harap mahap cikgu2... tak pandai penjodoh bilangannya....)



Makan untuk berbuka puasa semalam..
Mengadap ini sahaja...
rasa macam tak kena pulak makan dengan nasi..
jadinya berbuka semalam hanya makan roti cicah kambeng....




Oooooooo lupa citer part Derhaka...
kak thom( diubah suai sebab hari thalatha ) bg pilihan samaada letak kismis satu cawan atau buah tomato..
Mak Andeh ini sudah taruk dua-dua...
#### next time nak letak tomato SAHAJA...
jika letak kismis, make sure jangan sampai secawan... letaklah sekadar-sekadar sahaja.... sebab jika letak banyak... ianya akan memaniskan lagi masakan...



Tuesday, May 15, 2012

343 ~ Appa, Amma Yelek....



Jumpa gambar lama sewaktu ibu dan abah depa pergi berjimba ke Dubai. Inilah antara xtvt anak2 yang ditinggalkan....

Opah yang rajin  melayan membawa mereka ke Pantai Klebang.



MIL yang amat lah rajin melayan cucunda...




Adapula kemudahan nak naik kuda.... apalagi... tak ketinggalan lah...







Yang ibu depa punyalah risaukan anak2nya... kejap2 call... kejap2 sms...
anak2nya sedap berjimba di tepian pantai....
mujurlah ada opah dan atuk yang melayan cucunda-cucunda semua...
terima kaseh Atuk.. terima kaseh opah....
- Ehem..ehem... rasa macam nak berjimba ke ........

Sunday, May 13, 2012

342 ~ Vangganya Ibu di hari Ibu....







(gambar ni masa Aisyah berusia setahun lebih dahulu... rindu waktu dia kecik2 dulu... rasa cepat sangat dia membesar...)


Negaraku
Tanah tumpah nya darahku
rakyat hidup bersatu dan maju....


RAHMAH bahagia
Tuhan kurniakan...
raja kita..
selamat bertakhta......

Tak pernah-pernah akak berdiri tegak dan berbangga bila mendengar lagu Negaraku, Aisyah dah beri akak semangat baru... kami sekeluarga memang suka dengar versi Aisyah menyanyikan lagu Negaraku. Mula2 sebutan ini hanya abahnya yang perasan... selepas tu satu rumah dah perasan...

Padanlah Aisyah selalu tanya... Ibu... nama ibu Rahmah Zin kan????


Itupun dia tahu sebab sama-sama ada Facebook...

Thursday, May 10, 2012

341 ~ Rama-rama









Dari ulat jadi kepompong
tidur lena dalam kelonsong
tiba masa kepompong pecah  POM
Jadi rama-rama yang indah


Rama-rama terbang merata
hisap madu dipohon bunga
sungguh cantik aneka warna
tapi sayang hidup tak lama...



Lagu Rama-rama yang sedang di nyanyikan oleh Aisyah. Senikatanya agak sedih walaupun indah....

340 ~ Buai ku Laju...





Jika naik buai ini sesuai tak lagu Pohon Beringin?








Pohon Beringin Tegaknya tinggi
Kalau rendah menyapu bumi
penghibur aku
menolong aku
bertiuplah oh angin bayu
Laju-laju buaiku laju
Akulah anak yatim piatu...


Laju-laju...
Buaiku laju


Pohon beringin daunnya rendang
akar berjalur cecah ke bumi
hatiku ingin hidup gemilang
nasib malang suratan diri
hidup aku tidak beribu
akulah anak yatim piatu......

(baru teringat nak cari lirik lagu ni... jika tidak tu naik buai semedangnya nyanyi
laju-laju buaiku laju... aku nak kawin dengan anak raja.... hehehehehehehe)

Monday, May 07, 2012

339 ~ Anak Penang sayang Selangor







Lirik Lagu Negeri Selangor

Duli Yang Maha Mulia
Selamat di atas takhta

Allah lanjutkan usia Tuanku
Rakyat mohon restu

Bawah Duli Tuanku
Bahagia selama-lamanya

Aman dan sentosa
Duli Yang Maha Mulia





Sekarang ni setiap hari Aisyah akan menyanyikan lagu ini...


Sedang nak suap nasi... pada suapan pertama...


" Duli Yang Maha Mulia.... Sela...maaatttt di atas takhta"


Sedang melangkah naik anak tangga pertama...


" Bawah Duli Tuanku... Baha....Giaaaaa... selama-lamanya....."


Malam selepas baca doa nak tidur...


" Aman dan sentosa... Duli Yang.... Maaa Haaa.... Mu..Lia......"




Ini kalau tak dapat perkenan Duli Tuanku Sultan Selangor... saja jer ler......

Saturday, May 05, 2012

338 ~ Janji bunyinya sama ....



Sewaktu sedang beratur hendak mengambil nasi dan lauk di Restoren Nasi Kandar di RasaFood Court yang baru di Alamanda.

Ain : Ibu, Qeeb mintak ibu ambilkan periuk goreng...

Ibu : Apa Ain? Qeeb nak apa?

Ain : Qeeb minta ibu ambilkan dia lauk periuk goreng...

Ibu : ( lama nak memahamkan....Lama-lama dah tau maksud Ain...)


Inilah dia 'Periuk Goreng' yang sangat sedap, rangup dan pahit2 sikit....


Peria Goreng Tepung...



Friday, May 04, 2012

337 ~ Minatnya Menurun juga




Teringat semula  semasa sekolah rendah akak cukup suka membeli buku komik TINTIN.
Kedai buku yang menjual buku komik ini adalah Pustaka Antara, Jalan Tuanku Abdul Rahman dengan nama yang paling dikenali ialah Chow Kit Road. Waktu tahun 1970an, itu adalah antara kedai buku yang terbesar di Kuala Lumpur.

Akak memang rasa terhibur bila dapat senaskah komik TINTIN. Habis baca kumpul lagi duit atau menggunakan taktik yang paling licik iaitu... bawa Arwah emak sekali masuk kedai buku. Ambil satu buku TINTIN dan pujuk mak bayar... Seribu satu macam alasan akak berikan agar mak setuju belikan tanpa banyak soal. Alasan yang paling logik ialah kononnya Cikgu yang suruh beli sebab nak bagi mahir berbahasa Inggeris. Bila guna alasan Cikgu, mak pun lemah dan mengalah.... Heh Heh Heh....

Sekarang anak akak yang ketiga iaitu Ain cukup minat membaca komik ini. Dia beruntung sebab tanpa perlu buat berbagai alasan, abahnya sangat suka membelikan komik ini untuknya. Rupa-rupanya abahnya juga minat membaca komik ini kerana masa kecik juga abahnya selalu ke Pustaka Antara membeli komik ini...
( Kenapa tak jumpa masa tu yer????? heh Heh heh )




Thursday, May 03, 2012

336 ~ JJCM di Empire Shopping Gallery, Subang Jaya.



Dengar mengenai shopping centre ini apabila ada kejadian letupan baru2 ini...  Jika tidak memang tak tahu kewujudan Empire Shopping Gallery... RTK tinggal di hujung sini... manakala shopping centre ini berada di hujung sana... 




Dengar kabarnya Wagyu Beef yang halal berada di sini...
K dalam hidup RTK cukup menggemari Wagyu Beef...
ada seorang teman K yang telah beritahu K mengenai Wagyu Beef di sini...
K mengajak RTK ke mari kerana K tahu RTK memang suka JJCM..




Restoren ini terletak di dalam Cold Storage
Pilih daging yang dikehendaki..
Bayar dahulu...
Chef akan memasaknya...





Hidangan yang sudah disediakan menggunakan Wagyu Beef..




Melihatkan banyak pilihan restoren yang ada disini...
RTK akan datang lagi...

Tuesday, May 01, 2012

335 ~ JJCM dan JJTW sempena cuti 1 mei.


Pagi tadi kami ke Alamanda, PutraJaya. Hajatnya hendak bersarapan dengan Rawa Tosei tetapi dah tertulis rezeki kami di sini pula. Kami keluar awal ke Alamanda kerana hendak mendapatkan tiket untuk tayangan The Avengers tapi telah kehabisan tiket. Tiket yang ada adalah untuk cerita BattleShip... sementara menanti tayangan pukul 3petang, kami bersarapan dan lunch di Bumbu Desa.

Bumbu Desa baru dibuka di Alamanda.




Mempunyai hiasan deko yang sangat cantik dan menarik.
Kebetulan hari ini ada hari 'Pemotretan' (Photography Session)




Ikan Gurame terbang.
Sewaktu akak ke Bandung tak sempat nak mencari Gurame Terbang, rupanya ikannya dah 'terbang' ke Alamanda. Patutlah tiada di Bandung...




Sambal Te Rong..
( Bukan salah eja... suka cara depa menyebut Te Rong)
Sebut Te dulu.... pause sebentar sekadar 2 harakah.... baru sebut Rong...




Ayam Gulai..



Sambal Udang...



Suka bekas nasinya...
Bekas anyaman yang berlapik kan daun pisang






Isi dah makan...
tulang masih tegak gagah berdiri...




Verdict:

Buat yang minat masakan manis2.. okaylah.. tapi kita masih boleh minta Sambal Ijo... kira balance lah juga pedas dan manisnya gandingan masakan Sunda dan Padang. Masakan Sunda yang kering dan bagai bersira gula disempurnakan dengan sambal ijo Padang dan Gulai Ayam.